Monday, December 28, 2009

Hidup Dicengkam Dasar Kapitalis... Bilakah Ini Akan Berakhir??

Malam tadi penulis baru saja sampai ke negeri perjuangan sejak sekian lama, Johor selepas berhujung minggu di utara semenanjung kerana menghadiri majlis walimah urus sepupu di kawasan parlimen ketua pembangkang sidang dewan rakyat Malaysia. Namun, bukanlah penulis ingin menceritakan mengenai majlis tersebut melainkan kekecewaan penulis dan ribuan warga pengguna kemudahan yang konon disediakan oleh pemerintah zalim yang tersangkut dalam kesesakan teruk di lebuhraya yang asyik tambah sahaja. Geram bercampur dengan perasaan tertindas sebagai rakyat marhaein kerana perkhidmatan yang digunakan adalah BERBAYAR tetapi perjalanan kami tetap tidak lancar sebagaimana biasa. Disangkakan perjalanan yang menyakitkan hati itu akan diberikan rebat oleh pihak tambah, tetapi sangkaan itu meleset sama sekali kerana rebat hanya diberikan bagi kenderaan yang keluar selepas jam 12 tengahmalam. Akibatnya dari perjalanan tengahmalam ini adalah kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas ekspress yang kembali menggamatkan seluruh negara. Walaupun perjalanan yang melibatkan bas tidak dikenakan rebat oleh pihak tambah, tetapi pemandu bas terbabit telah menyatakan bahawa dia terlelap seketika ketika kemalangan. Sememangnya menjadi fitrah seseorang manusia ialah tidur apabila malam dan bila rebat itu dikenakan menjelang tengahmalam, ini bererti pihak pemerintah dan tambah sengaja menggalakkan rakyat mereka untuk berjalan malam. Tidak dinafikan bahawa perjalanan malam akan membuatkan kita lebih selesa untuk bergerak kerana bilangan kenderaan juga berkurangan tetapi risiko mengantuk juga harus diambilkira oleh pihak tambah. Mengapa harus rebat itu bermula dari jam 12 tengahmalam sedangkan selepas jam 2 pagi ramai antara kita sudah mula mengantuk apabila berjaga. Tidak adakah resolusi yang lebih praktikal yang mampu diterapkan oleh pihak tambah demi menjaga keselamatan perjalanan para pengguna lebuhraya mereka?? Ataukah mereka hanya memikirkan satu bentuk keuntungan dari aliran trafik yang meningkat sewaktu perayaan mahupun cuti panjang hujung minggu tanpa mengambilkira keselamatan lebuhraya mereka?? Malang sungguh nasib kita kerana berada dalam tempias kapitalis durjana. Wallahua'lam.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Peristiwa Bermulanya Qunut Nazilah...

Sebuah peristiwa tragis kembali menimpa kaum muslimin. 70 shahabat pilihan yang merupakan para qurra` dibantai dengan hanya menyisakan satu orang saja. Peristiwa ini mengguratkan kesedihan yang mendalam pada diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliaupun mendoakan kejelekan kepada para pelaku selama satu bulan penuh. Inilah awal mula ada Qunut namun tentu saja bukan seperti yg dipahami oleh masyarakat kebanyakan di mana dilakukan terus menerus tiap Shalat Shubuh.

Pada bulan Shafar tahun keempat hijriah peristiwa ini terjadi. Ketika itu datang Abu Barra` ‘Amir bin Malik menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di Madinah kemudian oleh beliau diajak kepada Islam. Ia tidak menyambut namun juga tidak menunjukkan sikap penolakan.
Kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah seandai engkau mengutus shahabat-shahabatmu kepada penduduk Najd untuk mengajak mereka kepada Islam aku berharap mereka akan menyambutnya.”
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Aku mengkhawatirkan perlakuan penduduk Najd atas mereka.” Tapi kata Abu Barra`: “Aku yg menjamin mereka.”
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus 70 orang shahabat ahli baca Al-Qur`an termasuk pemuka kaum muslimin pilihan. Mereka tiba di sebuah tempat bernama Bi`r Ma’unah sebuah daerah yg terletak antara wilayah Bani ‘Amir dan kampung Bani Sulaim. Setiba di sana mereka mengutus Haram bin Milhan saudara Ummu Sulaim bintu Milhan membawa surat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada ‘Amir bin Thufail. Namun ‘Amir bin Thufail tidak menghiraukan surat itu bahkan memberi isyarat agar seseorang membunuh Haram. Ketika orang itu menikamkan tombak dan Haram melihat darah dia berkata: “Demi Rabb Ka’bah aku beruntung.”
Kemudian ‘Amir bin Thufail menghasut orang-orang Bani ‘Amir agar memerangi rombongan shahabat lain namun mereka menolak kerana ada perlindungan Abu Barra`. Diapun menghasut Bani Sulaim dan ajakan ini disambut oleh ‘Ushaiyyah Ri’l dan Dzakwan. Merekapun datang mengepung para shahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu membunuh mereka kecuali Ka’b bin Zaid bin An-Najjar yg ketika itu terluka dan terbaring bersama jenazah lainnya. Dia hidup hingga terjadi peristiwa Khandaq.
Ibnu Hajar rahimahullahu dlm Fathul Bari juga memaparkan kisah yg disebutkan Al-Imam Al-Bukhari dlm Shahih- antara lain beliau mengatakan:
“Bahwasa ada perjanjian antara kaum musyrikin dgn Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka adl kelompok yang tidak ikut memerangi beliau. Diceritakan oleh Ibnu Ishaq dari para guru demikian pula oleh Musa bin ‘Uqbah dari Ibnu Syihab bahwa yang mengadakan perjanjian dengan beliau adalah Bani ‘Amir yg dipimpin oleh Abu Barra` ‘Amir bin Malik bin Ja’far si Pemain Tombak. Sedangkan kelompok lain adalah Bani Sulaim. Dan ‘Amir bin Thufail ingin mengkhianati perjanjian dengan para shahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Diapun menghasut Bani ‘Amir agar memerangi para shahabat namun Bani ‘Amir menolak kata mereka: “Kami tidak akan melanggar jaminan yg diberikan Abu Barra`.” Kemudian dia menghasut ‘Ushaiyyah dan Dzakwan dari Bani Sulaim dan mereka mengikuti membunuh para shahabat..” demikian secara ringkas.
Akhir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan qunut selama sebulan mendoakan kejelekan terhadap orang-orang yg membunuh para qurra` shahabat-shahabat beliau di Bi`r Ma’unah. Belum pernah para shahabat melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu berduka dibandingkan ketika mendengar berita ini.
Al-Imam Al-Bukhari menceritakan dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu:

قَنَتَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا حِيْنَ قُتِلَ الْقُرَّاءُ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَزِنَ حُزْنًا قَطُّ أَشَدَّ مِنْهُ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut selama satu bulan ketika para qurra` itu terbunuh. Dan aku belum pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu berduka dibandingkan ketika kejadian tersebut.”
Ibnu Jarir meriwayatkan pula dlm Tarikh- sebagaimana dinukil oleh Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma’ad bahwa pada saat pembantaian tersebut ‘Amr bin Umayyah Adh-Dhamari dan Al-Mundzir bin ‘Uqbah bin ‘Amir tinggal di pekarangan kaum muslimin. Mereka tidak mengetahui ada peristiwa pembantaian itu melainkan kerana ada burung-burung yang mengitari tempat kejadian tersebut. Akhir mereka melihat kenyataan yang memilukan tersebut.
Mereka berembug apa yang mesti dilakukan. ‘Amr bin Umayyah berpendapat sebaik mereka kembali utk menceritakan kejadian pahit ini kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Namun Al-Mundzir menolak dan lebih suka turun menyerang kaum musyrikin. Diapun turun dan menyerang hingga terbunuh pula. Akhir ‘Amr tertawan namun ketika dia menyebutkan bahwa dia berasal dari kabilah Mudhar ‘Amir memotong ubun-ubun dan membebaskannya.
‘Amr bin Umayyah pun pulang ke Madinah. Setiba di Al-Qarqarah sebuah wilayah dekat Al-Arhadhiyah sekitar 8 pos dari Madinah dia berhenti berteduh di bawah sebuah pohon. Kemudian datanglah dua laki2 Bani Kilab dan turut berteduh di tempat itu juga. Ketika kedua tertidur ‘Amr menyergap mereka dan dia beranggapan bahwa ia telah membalaskan dendam para shahabatnya. Ternyata kedua mempunyai ikatan perjanjian dgn Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yg tidak disadarinya. Setelah tiba di Madinah dia ceritakan semua kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau pun berkata:

لَقَدْ قَتَلْتَ قَتِيْلَيْنِ َلأَدِيَنَّهُمَا

“Sungguh kamu telah membunuh mereka berdua tentu saya akan tebus keduanya.”1
Inilah antara lain yang juga menjadi penyebab terjadi perang Bani An-Nadhir yang akan dikisahkan pada edisi mendatang Insya Allah.
Dari kisah ini ulama menyimpulkan bahwa qunut yg dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah qunut nazilah. Dan itupun beliau lakukan selama satu bulan mendoakan kejelekan terhadap Bani Lihyan ‘Ushaiyyah dan lain-lain. Bukan terus-menerus sebagaimana dilakukan sebagian kaum muslimin hari ini.
Ini diriwayatkan juga oleh Al-Imam Ahmad dan lain dari hadits Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَنَتَ شَهْرًا ثُمَّ تَرَكَهُ

“Bahwasa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut selama satu bulan lalu meninggalkannya.”
Demikian pula yang disimpulkan oleh Ibnul Qayyim dlm pembahasan masalah qunut ini lihat kitab Zaadul Ma’ad .
Terakhir beliau mengatakan bahwa yang diriwayatkan dari shahabat tentang qunut ini ada dua yaitu:
a. Qunut ketika ada musibah atau bencana yang menimpa seperti qunut yang dilakukan Ash-Shiddiq radhiallahu ‘anhu ketika para shahabat memerangi Musailamah Al-Kadzdzab dan ahli kitab. Juga qunut yang dilakukan ‘Umar dan ‘Ali ketika menghadapi pasukan Mu’awiyah dan penduduk Syam.
b. Qunut yang mutlak yang dimaksud adalah memanjangkan rukun shalat untuk berdoa dan memuji Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wallahu a’lam.

Friday, December 11, 2009

Datuk Seri Anwar Ibrahim Disenaraikan Antara 100 Pemikir Terbaik Dunia.... Dimana Kedudukan MahaZalim??

Menurut sebuah majalah yang berpengkalan dari Washington 'Foreign Policy', Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disenaraikan sebagai antara 100 orang pemikir terbaik dunia dengan beliau telah diletakkan pada kedudukan di tangga ke 32 mengatasi perdana menteri Britain, Gordon Brown yang berada di tangga ke 74. Lihat disini.

Persoalan yang timbul di sini adalah kenapa rata-rata pemimpin di Malaysia kini tidak langsung berjaya untuk menembusi senarai tokoh pemikir dunia? Apakah kita kini sudah ketandusan pemimpin yang berkaliber yang mampu kita pernaikkan untuk menerajui tampuk pemerintahan? Kenapa pula majalah ini tidak mengiktiraf mantan perdana menteri yang maha zalim sehingga sanggup membantai sebuah perkampungan MEMALI walhal dia sudah dianggap mampu untuk menyebarbiakkan doktrin agama baru oleh golongan yang taksub kepada fahaman mahathirisme atau mahathirdamus? Tepuk dada tanya iman. Kita semua boleh agak macamana dengan pemikiran seorang mantan perdana menteri kuku besi itu. Dia hanya akan bersuara apabila dirasakan bahawa kepentingan dia dicabar tetapi akan berdiam diri dari mengeluarkan buah fikiran bagi memajukan negara apabila dia mempunyai kepentingan dalam pelaksanaan satu-satu projek atau program. Lihat sahaja apa yang pernah dikritiknya terhadap pemerintahan Dolah Hadhari apabila pemerintah waktu itu membatalkan perancangan pembinaan jambatan bengkok yang dia sendiri berkepentingan dan isu permit impot kereta luar, AP.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Kembali Bertalian...

Setelah agak lama kesunyian dari menerbitkan sebarang kiriman dari blog ini, kini penulis telah kembali untuk aktif semula mengarang dari laman maya ini. Bukan kerana ketandusan idea untuk mengarang tetapi kesibukkan kerja yang ditanggung oleh penulis di samping beberapa komitmen yang perlu ditumpukan mengundang ketakkemaskinian blog ini. InsyaALLAH selepas ini penulis akan cuba mencuri masa yang diperuntukkan selama 24 jam sehari semalam ini untuk membuahkan akal fikiran demi sebuah fikrah yang meninggikan ISLAM di mata dunia.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!