Tuesday, January 12, 2010

Ceramah Penerangan Dari YB Salahuddin Ayub...

Marilah kita meriahkan siri penerangan oleh Parti ISLAM SeMalaysia dan perdengarkan apa yang telah didapati oleh YB ini selepas perjumpaan dengan Duta Mesir ke Malaysia pada Jumaat lalu. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat-Nya ke atas majlis ilmu ini.

Penceramah : Y.B. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan)

Tarikh : 26 Muharam 1431 bersamaan 12 Januari 2010

Lokasi : Markaz PAS Taman Dahlia, Negeri Johor Parlimen Pulai DUN Kempas

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Friday, January 8, 2010

Memorandum Membantah Tindakan Mesir Menutup Sempadan Ke Gaza Berjaya Diserahkan...






Alhamdulillah kerana satu siri perhimpunan aman yang dianjurkan oleh pencinta ISLAM telah berjaya diserahkan melalui 4 orang wakil iaitu Naib Presiden Parti ISLAM SeMalaysia, YB Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Parti ISLAM SeMalaysia Pusat, Nasruddin Hassan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Parti ISLAM SeMalaysia Pusat, Azman Shapawi Abd Rani dan Ketua Dewan Muslimat Parti ISLAM SeMalaysia Pusat, Nuridah Salleh. Antara kandungan memorandum tersebut adalah mengutuk tindakan dari pemerintah Mesir yang bertindak menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Dalam himpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu, dimulai sejurus selepas usai solat Jumaat dari masjid Kompleks Tabung Haji dan berarak sejauh hampir 4 kilometer sebelum berkumpul di Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang. Lihat disini.

Semoga ALLAH menghancurkan segala perancangan pihak kuffar didalam memusuhi ISLAM di serata dunia.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

SELAMATKAN BAITULMAQDIS !!!

TUMBANGKAN PERANCANGAN ZIONIS !!!

KHAIBAR YA YAHUD !!!

Ceramah Isu Semasa Oleh Timbalan Speaker DUN Kelantan...


Ceramah Penerangan Isu 8 Kampung Setinggan Dun Stulang

1) Yb Ust Zaki Ibrahim(Timbalan Speaker Dun Kelantan)

2) Syed Othman Syed Abdullah(Pengerusi Induk Badan Bertindak Setinggan Johor)

3) Rosli Kemin (YDP PAS Johor Bahru)

Marilah bersama kita imarahkan kunjungan kita ke majlis ilmu. Semoga ALLAH menurunkan maunah-Nya ke atas hadirin sekalian.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Perhimpunan Tanpa Permit Sudah Diisytiharkan Halal Oleh Pemerintah.... Dimanakah Rasionalnya Menghalalkan Barang Yang Diharamkan Mereka Dahulu???

Dimanakah konsistennya pemerintah negara Malaysia apabila mereka sekali lagi terpaksa merubah pendekatan mereka dan secara tidak langsung meniru corak pemerintahan di 5 buah negeri termasuk sebuah yang dirampas secara tak bertamadun, dengan mereka kali ini menghalalkan pula perhimpunan aman oleh rakyat jelata walaupun tanpa permit yang sah dari pihak yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan permit. Apa sudah jadi dengan otak dan benak pemerintah ini? Apakah mereka sudah semakin terdesak dengan asakan rakyat sehingga tidak mampu untuk berfikir pada idea sendiri melainkan menciplak idea orang lain yang mereka sifatkan sebagai tak bertamadun? Malang sungguh pemerintah ini kerana tidak mampu mengeluarkan idea yang membangun sehingga terpaksa menceduk idea orang lain yang saban hari dicerca diherdik tanpa perikemanusiaan. Lihat disini.



Semoga ALLAH memberkati fikiran-fikiran yang memberi idea yang baik untuk ISLAM dan melaknat tangan-tangan yang menceduk idea tersebut yang kemudiannya mencerca dan memfitnah golongan yang mengeluarkan idea tersebut.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Tuesday, January 5, 2010

Lojikkah Penjualan Enjin Bernilai RM 100 Juta Hanya Melibatkan Pegawai Rendahan???


Untuk yang ke sekian kalinya, rakyat Malaysia akan berdepan dengan satu lagi kekeliruan dan kecelaruan yang dimainkan oleh pemerintah dan pegawai yang mewakili seluruh rakyat Malaysia dalam bidang kehakiman apabila mereka ingin menutup kes-kes berprofil tinggi yang dibangkitkan oleh rakyat iaitu melibatkan penjualan secara tidak sah 2 buah enjit jet milik TUDM. Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam yang kononnya handalan di Malaysia menyebut bahawa transaksi yang berjalan hanya melibatkan pegawai peringkat bawahan dalam susur galur TUDM dan langsung tidak membabitkan pegawai atasan mahupun mereka yang berkuasa dalam pemerintah. Lihat di sini.

Malang sungguh kita sebagai rakyat Malaysia kerana sanggup membiarkan diri kita semakin di tipu oleh pemerintah dan mereka yang bersekongkol dengan pemerintah dalam penipuan. Lojikkah sebuah transaksi yang melibatkan sebuah enjin jet yang sepatutnya digunakan untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh dan bernilai RM 100 juta, hanya membabitkan pegawai peringkat rendah dalam TUDM? Ramai orang mungkin akan tertipu dengan kenyataan ini tetapi tidak bagi penulis. Ini kerana penulis bekerja dalam sektor awam dan penulis tahu yang pegawai peringkat rendah ini tidak mungkin akan laku tandatangan mereka sekiranya transaksi itu melibatkan jumlah yang melebihi RM 5 ribu. Ternyata sekali lagi kita dibodohkan dan ditipu sewenangnya oleh pemerintah thogut seperti yang pernah dilakukan mereka sebelum ini.

Apa untungnya mereka memperbodohkan kita seperti ini? Tidakkah mereka mengambil seberapa banyak pengajaran hasil dari pembohongan mereka sehingga hampir dicabut kekuasaan mereka peringkat pusat oleh ALLAH dalam pilihanraya umum lepas? Ataukah mereka memang tidak akan berubah dari terus membohongi rakyat sehingga matahari terbit dari barat? Mungkin juga mereka masih beranggapan bahawa rakyat Malaysia adalah jumud dan mudah ditagih undi mereka menjelang pilihanraya dengan pelbagai janji manis yang bersifat pembohongan. Wallahua'lam.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

Saturday, January 2, 2010

Gula-Gula Hacks Kehilangan Ikonnya.... Siapa Mahu Jadi Pengganti??

Seorang hakim yang hanya terkenal dan diterima kenaikkan pangkatnya selepas mengadili sebuah kes berprofil tinggi dalam negara pada tahun 1998 telah kembali ke asalnya kejadian pada petang ini. Hakim tersebut yang juga dikenali dengan ikon untuk gula-gula Hacks di negara ini adalah berjawatan Hakim Mahkamah Persekutuan pada akhir hayatnya. Lihat di sini. Jadi, disarankan kepada mana-mana individu yang terdiri dari rakyat Malaysia mahupun negara asing sekiranya ingin menjadi ikon gula-gula Hacks boleh menghadiri temuduga bersama kumpulan Barkath andai tidak mahu kita kehilangan pengeluaran gula-gula tersebut. Antara syarat yang dikehendaki untuk menjadi ikon tersebut ialah individu tersebut perlu membotakkan kepalanya bahagian tengah sampai ke belakang dan membiarkan rambut tumbuh di bahagian tepi atas telinga dan dikerintingkan.

Gambar hiasan.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
TUMBANGKAN KEZALIMAN !!!

Isu Penggunaan Nama ALLAH.... Kenapa Selepas Keputusan Diumumkan Baru Kita Nak Tergadah???


Apa sudah jadi dengan nasib orang ISLAM di Malaysia sekarang. Kenapa sewaktu pengarang kitab Herald Weekly beberapa bulan lampau yang ingin membawa kes mengenai penggunaan nama ALLAH dalam penulisan mereka, tidak ramai antara kita yang tergadah untuk membantah? Apakah sensitiviti mereka hanya akan terusik apabila mahkamah sudah membuat keputusan tanpa perlu membantu prosiding mahkamah di pihak pembelaan untuk mencakna sesuatu yang menguntungkan pihak ISLAM? Apakah mereka tidak boleh dikenakan dengan kesalahan menghina mahkamah dengan mengadakan demonstrasi demi demonstrasi yang rata-rata membantah keputusan pak hakim? Di mana suara mereka ketika adanya akhbar dalam negara sendiri yang menghina Rasulullah S.A.W. dengan mengkarikaturkan sifat Baginda S.A.W.? Kita tunggu sahaja 8 Januari kelak untuk mengetahui sejauh mana umat ISLAM yang kononnya mengaku membantah keputusan mahkamah berhubung isu penggunaan nama ALLAH itu, untuk sama-sama berdemo di hadapan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan kerana tidak membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Palestin. Dari sini, kita akan mengetahui berapa ramai yang lidahnya berkata ingin membela ISLAM tetapi tindakan mereka tidak mencirikan apa yang dilontarkan.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!