Tuesday, May 18, 2010

MAHADEWA Dan Timbalannya Saling Bercakap Merapu...

Diibaratkan seolah-olah jerangkung berkata lain dan hantu raya berkata lain. Namun matlamat mereka tetap dilihat sama iaitu untuk menyesatkan manusia sehingga ke akhir zaman. Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Sibu telah berakhir dengan kemanisan untuk pejuang Pakatan Rakyat tetapi cakap-cakap mengenai kesilapan dan penolakkan rakyat terhadap parti pemerintah berpaksi kezaliman masih kedengaran disana dan disini. Pelbagai tohmahan dan kejian dihamburkan kepada perayu undi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ini dengan dikatakan memainkan isu sensitif bagi meraih sokongan dari pengundi di Sibu. Tanpa melihat kepada kepincangan yang sedang berlaku dalam kempen ganas mereka dan kepimpinan negeri yang sudah terlalu lama memerintah secara kuku besi, mereka nyata tidak mengambil iktibar langsung terhadap kekalahan mereka dalam 8 pilihanraya kecil lalu. Sudah tidak wujud istilah post mortem dalam parti mereka bagi mencari kesilapan yang dilakukan sepanjang tempoh berkempen selain dari menuding jari kepada parti lawan yang menyebabkan kekalahan mereka. Tidak dinafikan bahawa kekuatan Pakatan Rakyat adalah asas kukuh penolakkan besar-besaran rakyat terhadap kezaliman yang disajikan sepanjang tempoh 64 tahun kewujudan mereka tetapi yang membingungkan adalah mengapa harus mereka tidak mengkaji kelemahan yang berlaku sama ada ianya merupakan krisis dalaman mahupun peringkat nasional. Tanpa perlu melihat kepada kekuatan yang ada kepada parti pemerintah berpaksi kezaliman ini yang menggunakan seluruh jentera penerangan untuk menyampaikan aspirasi zalim mereka, penulis sendiri mampu untuk menganalisis kelemahan yang wujud dalam Pakatan Rakyat untuk dibaikpulih menjelang PRU ke-13 bagi menawan Putrajaya dengan berkat ALLAH.

Apabila sebelum dari berakhirnya tempoh berkempen untuk meraih undi di PRK Sibu, MAHADEWA telah membuat janji kepada seluruh pengundi bahawa janji kemenangan calon mereka akan disertai dengan PROJEK TEBATAN BANJIR BERNILAI RM5 JUTA. Walaupun mereka seringkali menyalahkan pemerintahan Tok Guru yang didakyahkan sebagai gagal mentadbir kerana tidak mampu menyelesaikan masalah banjir di Kelantan tetapi dengan segala kesempitan dan kekangan kewangan dari pemerintah zalim pusat, Tok Guru dilihat sebagai sangat berjaya memerintah berbanding dengan pemerintah negeri Sarawak yang memerintah sejak sekian lama dan sangat kaya berbanding Kelantan namun tidak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu. Tanpa perlu berjanji untuk meraih undi di Sibu, mereka sepatutnya sudah menyelesaikan masalah terbabit sejak sekian lama bagi menyinambungkan rejim mereka.

Namun selepas dari saatnya pengumumkan keputusan oleh pengendali pilihanraya Sibu itu, MAHADEWA dilihat seolah-olah sudah mula berdolak-dalik untuk menunaikan janjinya itu kerana keputusan tidak menghantar calon mereka ke Dewan Rakyat telah melukakan hatinya selain dari kedukaan MAHADEWI yang gagal mendakap Piala Thomas. Walaupun mengecapi kegembiraan sementara yang mereka rasai semasa memenangi Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat, namun politik dendam yang bersarang dalam lubuk hati mereka telah menyebabkan segala janji dipersetankan demi melangsaikan kezaliman yang diwarisi sejak turun temurun. Sambil menyifatkan dia sebagai jerangkung dalam pemerintahan, rupa-rupanya hadir pula seorang hantu raya yang menafikan cuti mingguan hari Jumaat untuk negeri Johor. Inilah yang penulis sifatkan dengan ayat permulaan kiriman ini apabila timbalan MAHADEWA telah mengemukakan janji untuk tetap meneruskan janji mereka kepada penduduk Sibu walaupun terpaksa menelan kepahitan. Nampak sahaja seperti cadangan timbalan MAHADEWA ini sedikit mahu mengurangkan rintihan pengundi kebenaran tetapi dengan kapasiti dia bercakap sebagai orang kedua dalam pentadbiran, apakah dia mampu menyelesaikan janji tanpa pertolongan MAHADEWA??? Lihat disini dan disini.

Sesungguhnya janji yang disemai oleh parti pemerintah berpaksi kezaliman ini adalah janji yang sangat tidak boleh dipercayai kerana banyak sudah bukti yang mampu menterjemahkan lidah mereka adalah demi memberi projek kepada kantung sendiri tanpa memikirkan keluhan dan rintihan rakyat. Tidak diketahui bagaimana dengan kehidupan rakyat yang mengundi dari kawasan Pekan dan Pagoh melainkan jika adanya pilihanraya kecil dari kawasan tersebut, maka barulah kita akan ketahui apakah masalah mereka yang sebenarnya. Semoga ALLAH memelihara iman kita semua dari terus dipesongkan oleh jerangkung dan hantu raya ini dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Monday, May 17, 2010

8-3, Tsunami Politik Masih Berarus Membadai....

Tercatatlah sudah bahawa suatu ketika dahulu, sebuah kubu kuat parti pemerintah yang sangat zalim terhadap rakyatnya mampu diruntuhkan dengan menghimpun kekuatan para pendukung pihak kebenaran dalam menyampaikan ketidakadilan parti pemerintah tersebut. Sibu yang bersejarah pada tanggal 16 Mei 2010 akan tetap abadi sebagai kenangan paling indah buat para pejuang semua kerana tanpa menghirau segala tohmahan dan celaan puak pezalim saban hari di kacamata televisyen dan akhbar pengampu, mereka terus berjuang dalam serba kekurangan pendengar dari kawasan luar Sibu untuk melawan dakyah pezalim. Sekalung tahniah kepada pejuang Pakatan Rakyat yang berpayahan melawan arus semasa berada di sana memandangkan kekuatan Pakatan Rakyat bukanlah dari negeri-negeri di kepulauan Borneo dan mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk tiba ke Sibu. Sesungguhnya kehadiran mereka bagi membantu pergerakkan penerangan kepada pengundi-pengundi itu membuahkan hasil lumayan dengan pengisytiharan kemenangan buat DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dengan menumbangkan keegoan parti pemerintah zalim yang masih takbur hasil kemenangan sementara di Hulu Selangor. Kepenatan penulis dalam mengharungi tempoh berkempen semasa di Hulu Selangor kini sudah berbaloi serba sedikit dengan keputusan yang dicatatkan di Sibu dimana kedua-dua kawasan adalah lubuk tuaian undi buat parti pemerintah zalim sejak sekian lama.

Tetapi fakta mengenai tsunami politik di Malaysia nyata masih berarus untuk membadai pihak kezaliman semenjak dari keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak dahulu lagi yang menyaksikan gabungan pembangkang adalah seramai 9 orang, meninggalkan parti pemerintah zalim memerintah dengan 62 orang. Walaupun pada hakikatnya wakil mereka dalam sidang DUN Sarawak ini meningkat seorang berbanding 61 yang dimenangi pada 2001, tetapi peratusan wakil yang mereka miliki adalah berkurangan kerana pada 2001 mereka menang 61/62 kerusi DUN sedangkan pada 2006 mereka menang 62/71 kerusi. Ini jelas terbukti bahawa konsep TEORI DOMINO dalam penolakkan pengundi ke atas parti pemerintah berpaksi kezaliman sebenarnya bermula dari SARAWAK pada tahun 2006, dan bukannya dari Semenanjung seperti yang diketahui berlaku pada PRU 2008. Dalam satu ucapan yang didengari penulis mengenai sikap orang di Sarawak yang cuping telinganya mencecah hingga ke pusat, apabila kita menerangkan untuk mengundi parti selain dari yang dominan sekian lama mereka tidak mengetahuinya tetapi apabila disebut nama ANWAR IBRAHIM maka mereka sebulat suara mengatakan bahawa ANWAR adalah orang BAIK. Amat memualkan bagi kita yang kononnya mengaku 'celik' ini tetapi tidak melihat kebaikkan yang ditampilkan oleh DS Anwar Ibrahim sedangkan penduduk di sebuah kawasan yang mundur (mundur kerana pemerintah negeri sejak sekian lama memerintah tetapi tidak mampu menyediakan kemudahan asas yang baik untuk rakyatnya sedangkan negeri kaya) itu sudah terbuka mindanya untuk cenderung berubah memilih kebenaran yang disampaikan melalui calon Pakatan Rakyat.

Memang benar bahawa dalam satu pilihanraya kecil yang diadakan pada April 2009 di Batang Ai dahulu telah dimenangi oleh calon mewakili parti pemerintah zalim, tetapi harus diingat bahawa waktu itu ia diadakan serentak dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau di Semenanjung. Sambil dilihat dalam pilihanraya Batang Ai itu sebagai kemenangan percuma yang Pakatan Rakyat lepaskan kerana sibuknya pimpinan atasan mempertahankan Bukit Gantang dan Bukit Selambau, namun calonnya dari PKR juga tidak berkurang sokongan dari pengundi. Inilah yang disebut bahawa kepimpinan melalui teladan apabila melihat ketelusan dan adilnya pemerintahan kerajaan Kelantan dibawah kendalian Tok Guru sekaligus membuka minda pengundi bukan ISLAM untuk menyahut perubahan menolak parti berpaksi kezaliman.

Jadi, siapa kata HUDUD tidak sesuai untuk zaman ini dan dalam negara ini yang terdiri dari berbilang kaum dan anutan?????
Jika inilah yang terus kita perolehi dalam mana-mana pilihanraya dimana pengundi bukan ISLAM boleh mengundi calon orang ISLAM berbanding calon parti berpaksi kezaliman yang bukan ISLAM, adakah ini bermakna mereka tidak percaya dengan keADILan ISLAM?????
Bangang sangatkah pemerintah ini sampai masih nak nafikan keADILan ISLAM terhadap semua kaum dan anutan?????
Kalau bangang sangat pun, tak bolehkah kamu mendengar penghujahan dari kami yang dari dulu konsisten mahu menegakkan hukum ALLAH di negara ini?????
Apakah Pak Mau Ufti kamu pun turut bangang sehinggakan terpaksa bersetuju dengan fahaman sesat kamu itu?????
Masih tak sedarkah kamu yang rakyat kini sudah tak bodoh sebagaimana yang kamu bodohkan setiap hari di televisyen dan akhbar pengampu kezaliman?????
Jatuhkah darjat kamu apabila mendengar keluhan dari rakyat jelata melalui tusukan ke sanubari mereka tentang keperitan dan kepayahan mereka?????

Terang lagi bersuluh apabila keputusan dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Sibu ini membuktikan bahawa kempen ganas yang diamalkan parti pemerintah berpaksi kezaliman sebagaimana yang diperbuat dalam pilihanraya Bagan Pinang dan Hulu Selangor sudah tidak lagi relevan. Mungkin amalan haprak itu kiranya relevan diamalkan di kawasan yang majoriti melayu memandangkan mereka agak sukar berfikir secara matang kerana kitab yang dipegangi adalah akhbar pengampu dan siaran berita televisyen penipu tetapi untuk kawasan yang majoriti adalah pengundi CINA, ianya menunjukkan parti pemerintah zalim mendukungi keganasan seperti yang ditonjolkan itu. Semoga tsunami politik yang melanda negara semenjak Pilihanraya Negeri Sarawak 2006 itu akan berarus deras sekaligus menghantar Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya pada PRU ke-13 kelak. Semoga kita pendukung-pendukung agama kebenaran ISLAM akan terus istiqomah untuk menghadapi segala asakan dari pemerintah zalim dan merapatkan ukhuwah sesama sendiri dalam berganding bahu mentadbir Putrajaya.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Sunday, May 16, 2010

Anak MAHAzalim Akui, Rampasan Perak Adalah Tidak Bermaruah...

Satu-satunya anak MAHAzalim yang menjadi pengganti penerus kezaliman ayahnya dengan menjadi ahli politik telah mengeluarkan satu kenyataan yang dilihat sebagai bercanggah dari apa yang sudah dizalimi ke atas pengundi negeri Pasir Dua Butir apabila menegaskan untuk membantu parti berpaksi kezaliman untuk merampas Kedah (walaupun kemampuan mereka mentadbir adalah diragui) dengan cara yang lebih bermaruah tanpa perlu membeli ahli Dewan Undangan Negeri Kedah sebagaimana yang dilakukan awal Februari 2009. Dalam situasi hari ini dengan desas desus mengatakan bahawa adanya pembelian dari mantan calon Pakatan Rakyat yang lebih ISLAM dari Tok Guru dan Dr. Yusuf Al-Qaradawi (walaupun sumber ini tiada asasnya), penerus legasi MAHAzalim ini seolah-olah sudah melihat adanya ketidakadilan dalam rampasan bangsat ke atas negeri Pasir Dua Butir dengan kataknya 3 orang ahli Dewan Undangan Negerinya walaupun notis pembubaran Dewan Undangan Negeri tidak diendahkan. Dalam keadaan wakil dari ahli yang dikatakan mahu melompat parti iaitu ADUN Bukit Selambau mengatakan ianya tidak berasas dan bertujuan mengucar kacirkan perancangan kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, nyata bahawa parti pembangkang berpaksi kezaliman dalam DUN Kedah sudah kemaruk kuasa untuk meneruskan kezaliman mereka. Walaupun anak MAHAzalim ini tidak menzahirkan kenyataan rampasan negeri Pasir Dua Butir sebagai tidak bermaruah, tetapi cara dia berkata untuk mendapatkan Kedah secara undi rakyat tanpa perlu membeli wakil rakyat adalah satu tindakan berselindung bagi mengkritik. Lihat disini.

Woiii, Anak MAHAzalim !!!
Apakah kamu sudah menjadi bacul untuk menzahirkan penentangan kamu terhadap rampasan bangsat oleh koloni kamu terhadap Perak???
Dimana keberanian kamu yang lantang mengkritik pemerintahan mahaleLAH suatu ketika dahulu tetapi tidak berani untuk mengkritik secara terbuka rampasan ini terhadap MAHADEWA???
Apakah kerana kamu tidak beroleh jawatan dalam kabinet mahaleLAH menyebabkan kamu bersuara dan selepas kamu mendapat jawatan (walaupun sebagai timbalan menteri) maka suara kamu pun menjadi serak lantas tidak terkeluar perkataan mengkritik???
Ataukah kerana kamu telah memenangi kerusi untuk kawasan parlimen yang pelik (besar kemungkinan berlakunya penipuan dalam kerusi Jerlun ini kerana pengundi telah mengundi untuk parlimen tetapi tidak mengembalikan undi bagi kawasan DUN), lantas kamu berasa berterima kasih dan menghentikan kritikan kamu terhadap parti berpaksi kezaliman kamu???
Apakah kamu terlalu berkeinginan untuk kembali mentadbir pemerintahan Kedah (yang didalamnya terdapatnya makam mulia SYUHADA MEMALI dan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor) sedangkan angin penghijrahan pengundi disana sudah tidak lagi memihak kepada kezaliman???

Sesungguhnya begitulah cara orang yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka sudah ditolak secara kaffah dalam pilihanraya umum yang lepas apabila berusaha dengan cara bangsat dalam mengambilalih pemerintahan yang ADIL diasaskan oleh Pakatan Rakyat melalui keteladanan Kelantan. Walaupun ditegaskan berkali-kali yang mereka tidak akan terpengaruh dengan wang jutaan ringgit sebagaimana yang menggugurkan iman beberapa ahli termasuk anggota parlimen yang lebih ISLAM dari orang lain, mereka tak habis-habis memainkan spekulasi untuk meruntuhkan tembok kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Semoga ALLAH terus memelihara pemerintahan di negeri Kedah ini yang dipimpin oleh seorang ulama' dan sentiasa berada dalam lindungan ALLAH dalam melaksanakan hukum-Nya di atas muka bumi ini.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Saturday, May 15, 2010

Najis Sendiri Masih Berbau, Digalinya Lubang Najis Orang Lain....


Dalam situasi pemerintah sedang bergelumang dengan dosa menghalalkan JUDI walaupun ianya hanya dikhabarkan bersempena dengan kejohanan Piala Dunia, ternyata bahawa masih ada yang ingin menegakkan benang basah dosa terbabit apabila Mat Kota Belud menjadi malaun terbaru dalam membela dosa itu. Entah apa jawatan dia dalam parti berpaksi kezaliman itu, tiba-tiba sahaja dia bersuara untuk membela najis yang masih berbau tengik tanpa mengemukakan hujah yang bernas dalam penghalalan JUDI berkenaan. Dikhabarkan bahawa JUDI 'haram' yang kini merebak dengan berleluasa dalam negara adalah didalangi oleh kumpulan haram berasaskan kongsi gelap serta menjalankan pelbagai aktiviti haram lainnya (tetapi tidak pula dinyatakan apa kegiatan yang disifatkan sebagai haram itu memandangkan perspektif pemerintah haram itu sangat luas maknanya termasuk berceramah dalam premis persendirian). Lantas antara keputusan yang dipersetujui oleh Mat Kota Belud ini dalam membendung saluran wang hasil dari JUDI haram ke kumpulan haram adalah dengan menghalalkan JUDI. Difahamkan juga dia sebagai menambah bahawa wang hasil dari cukai JUDI yang dibayar itu akan digunakan untuk membangunkan negara yang kelihatan seolah-olah kesuntukkan sumber kewangan dalam negera dan cuba mengeksploitasi dengan menegaskan mereka tidak pernah mengabaikan pembangunan ISLAM dalam negara. Lihat disini.

Woiii, Malaun Kota Belud !!!
Apakah engkau lupa bahawa najis JUDI yang diteruskan oleh pemerintah di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor adalah najis yang engkau teruskan semasa memerintah???
Apakah engkau sudah nyanyuk bahawa yang meruntuhkan masjid di Kampung Bujal juga adalah sebahagian dari kerja engkau yang tak ingin melihat pembangunan ISLAM disinambungkan dalam negara???
Bukankah bekas Ketua Menteri negeri engkau pernah dibebani dengan hutang JUDI ketika membazir di kasino dengan jumlah hutang membabitkan jutaan ringgit???
Apakah engkau mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan bahawa kegiatan JUDI 'haram' ini banyak melibatkan sindiket yang menjalankan pelbagai aktiviti haram terutamanya kumpulan kongsi gelap???
Tidakkah kenyataan engkau ini boleh disifatkan sebagai membelakangi tugasan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan ke atas sindiket haram ini???
Apakah bukti yang engkau boleh sabitkan JUDI 'haram' ini dengan kegiatan kongsi gelap???
Jika berbukti pun, apakah engkau tidak memberikan bukti ini kepada pihak berkuasa dalam menyiasat demi menghapuskan terus kegiatan JUDI 'haram' dan kumpulan kongsi gelap???
Tidakkah dengan bukti yang engkau simpan ini akan lebih membantu negara untuk menghapuskan langsung kegiatan JUDI 'haram' tanpa perlu menghalalkan JUDI walaupun khusus untuk Piala Dunia???
Apakah engkau pula bertindak menafikan kenyataan Ketua Polis Negara yang dalam ucapannya yang lepas telah menyatakan bahawa indeks jenayah dalam negara sudah berkurangan (walaupun kereta rasmi Ketua Polis Selangor sendiri dicuri)???
Tidakkah kenyataan engkau ini seolah-olah ingin menjejaskan kredibiliti Ketua Polis Negara itu dalam mengeluarkan kenyataan umum serta keupayaan dia dalam membanteras jenayah terutamanya kumpulan kongsi gelap???

Apapun hujah yang digunakan oleh pengampu kezaliman dan kekejaman ini dalam membela jenayah JUDI, nyata dia takkan mampu mengemukakan idea yang bernas dalam hujah pembelaannya kerana kebenaran ISLAM sudah terpancar sejak lebih 1,400 tahun dahulu iaitu dengan pengharaman JUDI sahaja akan membawa sinar kemenangan dan kegemilangan dalam pemerintahan. Kepada pengampu kezaliman dan kekejaman seluruhnya, tak usahlah kamu bertindak menegakkan benang basah kamu itu kerana sudah dijanjikan ALLAH bahawa hujah yang kamu pertahankan itu tak akan memberikan kemampuan kepada kamu bagi menghapuskan gelombang kebangkitan pejuang kebenaran dari serata dunia. Semoga ALLAH mengelukan lidah mereka dari mempertahankan kezaliman dan kekejaman.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Friday, May 14, 2010

Akhirnya, Wangsa Maju Juga Menjadi Katak...


Seperti yang sudah diberi gambaran beberapa ketika yang silam, akhirnya anggota yang mewakili kawasa Parlimen Wangsa Maju juga sudah dikelabukan matanya dari melihat kebenaran dan menjadi katak walaupun masih tak setanding dengan raja katak dari Pasir Mas. Sudah lama desas desus mengatakan bahawa pegangan katak ini pada perjuangan tidak kukuh malahan ketika ditanya oleh wartawan sebuah portal pada April lalu mengenai kelompatan dia menjadi bebas, dia hanya mengatakan bahawa wartawan itu lebih mengetahuinya. Tanpa berselindung dengan melontarkan pertuduhan bahawa media baru seperti blog dan portal di alam maya ini sebagai tidak bertanggungjawab, dia mengesahkan bahawa hanya akan bercakap kepada media tertentu bagi mengelakkan lidahnya dari diputarbelitkan. Lihat disini.

Woiii, Katak Wangsa Maju !!!
Apakah kamu juga ingin mengkhianati pejuang-pejuang yang bertugas untuk memenangkan Pakatan Rakyat bagi kerusi itu dalam pilihanraya umum lepas???
Berapa pula bayaran yang kamu dapatkan untuk berpaling tadah dari perjuangan memandangkan kamu sekarang sudah berada dalam senarai akhir untuk mengembalikan kuasa majoriti 2/3 kepada parti pemerintah berpaksi kezaliman???
Apakah kamu sudah tersalah percaturan untuk menyembunyikan kelompatan kamu pada April semata-mata ingin menjadi hero dan memberikan kuasa majoriti 2/3 itu???
Apakah selepas menyaksikan tiadanya lagi anggota parlimen yang bertukar menjadi katak sedangkan duit kamu sudah belanjakan, menyebabkan kamu terpaksa juga melompat walaupun belum mampu memberikan kuasa 2/3 itu???
Ataukah juga kamu sememangnya bersetuju dengan penajaan JUDI halal yang diberikan kepada syarikat yang tidak berjaya di akhirat memandangkan kamu juga taik JUDI???
Apakah kamu yakin bahawa dengan pemergian kamu menyebelahi parti berpaksi kezaliman itu akan melemahkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat dalam usaha kami menuju Putrajaya sebagai pemerintah dalam Pilihanraya Umum Ke-13???
Jika Putrajaya berjaya Pakatan Rakyat tawan dalam PRU 13 itu, apakah kamu yakin akan menjadi pembangkang yang kuat waktu itu atau kamu sekadar tempelan sebagaimana sekarang???


Kehadiran katak-katak ini dalam perjuangan sebenarnya adalah sebagai muhasabah untuk kita semua supaya lebih mempercayai janji ALLAH yang memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu dan ia bukannya atas kekuatan individu dalam menghapuskan kezaliman dalam negara. Mereka hanya boleh berjanji tetapi tak mungkin akan dapat menunaikan janji mereka tanpa pertolongan dari ALLAH jua. Walaupun kerusi untuk Pakatan Rakyat sekarang hanya berkelebihan 1 kerusi dalam penafian parti berpaksi kezaliman membentuk kuasa 2/3 dalam Parlimen, ia adalah sangat penting memandangkan idea mengenai persempadanan semula telah diutarakan kepada pengendali pilihanraya dan bagi mengelak dari terus ditipu seperti di tahun 2004 ia harus ditangguhkan sehingga ketelusan didaulatkan. Semoga ALLAH terus memelihara perjuangan ini dari menerima tohmahan dan kritikan pejuang sendiri sekaligus gelombang menghapuskan kekejaman dan kezaliman dapat dioptimumkan.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

Sampai Bila Nak Membisu Sedangkan Rakyat Bangkit...???


Tindakan parti pemerintah zalim memberikan lesen JUDI secara sah kepada sebuah syarikat yang tak berjaya di akhirat telah menimbulkan pelbagai bantahan dari rakyat khususnya apabila satu perhimpunan bagi membantah penghalalan JUDI dan konsert gila babi sampai 12 jam telah diadakan sejurus usai solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru. Difahamkan seramai 500 orang telah menghadiri himpunan rakyat yang cintakan akidah seluruh rakyat dari terus dipesongkan dengan ajaran sesat parti pemerintah sehinggakan membuat fatwa adanya JUDI haram dan JUDI halal. Dengan keengganan MAHADEWA dalam pemerintahan negara dari memberikan reaksi awalnya berhubung fatwa penghalalan tersebut oleh Mat Awang Liku, dia dilihat sedang lena dalam kempen pilihanraya kecil di Sibu dan kini dalam perancangan laknat untuk menawan Kedah pula sebagaimana yang pernah dilakukan ke atas Perak. Lihat disini.

Woiii, Pemerintah Zalim !!!
Apakah kamu sudah terlalu kecut kerut untuk berhadapan dengan rakyat yang cintakan akidah seluruh umat yang bernaung dalam negara Pengerusi OIC ini???
Apakah tidak cukup kezaliman yang kamu perlakukan ke atas Perak sehinggakan sekarang ini kamu bertindak mahu merampas sebuah negeri yang terkandung di dalamnya jenazah suci SYUHADA MEMALI dan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor???
Terlalu terdesak sangatkah kamu untuk memenangi kerusi 2/3 majoriti dalam parlimen bagi membolehkan kamu membuat persempadanan semula kawasan pengundian dalam melancarkan penipuan kamu bersama pengendali pilihanraya???
Apakah sudah habis duit yang kamu belanjakan untuk membeli semua katak-katak dalam Dewan Rakyat sehingga duit dari hasil JUDI pula kamu nak tarah untuk memancing lebih banyak anggota parlimen mahupun anggota dewan undangan negeri seluruh negara???
Tak sabarkah kamu untuk menunggu kebangkitan rakyat dalam menolak kepimpinan kamu secara kaffah dan menjadikan umur 64 tahun kamu sebagai riwayat akhir dalam Pilihanraya Umum ke-13???
Apakah kamu yakin bahawa dengan berada dalam masalah membanteras JUDI secara menghalalkan ia adalah membawa maksud bahawa tiadanya langsung JUDI tanpa lesen dalam negara???
Ataupun kamu bimbang dengan ketirisan hasil yang disebabkan JUDI tanpa lesen itu akan membungkus ekonomi negara ke tahap defisit sebagaimana belanjawan negeri Johor???
Apakah Pak Mau Ufti yang merupakan paling ramai dalam dunia ISLAM, hanya membisu semuanya dalam isu pemberian status halal kepada aktiviti perjudian dalam negara???
Apakah JUDI ini juga mahu dihukum dengan HARUS SANA HARUS SINI sedangkan ilmu mengenai pengharaman JUDI sudah diajarkan sejak dari sekolah rendah???
Tidakkah ini yang dinamakan dengan SYAITAN BISU dalam Al-Quran bagi menujukan ia khas buat pendakwah yang ada ilmu tetapi menyembunyikan kebenaran ilmu demi periuk nasi dan projek balak yang banyaknya di negeri Pasir Berdengung???

Berikut adalah sebahagian dari potret-potret perjuangan yang membantah JUDI 'halal' ini dan konsert haprak 12 jam. Semoga ianya akan menjadi penguat semangat kepada seluruh pejuang-pejuang kebenaran untuk lebih mendekatkan diri dengan ALLAH melalui cara solat malam.











ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Wednesday, May 12, 2010

Pemerintah Sudah Menjadi Tuhan....


Menghalalkan apa yang sudah disyariatkan oleh ALLAH sebagai HARAM. Jelas dalam Al-Quran bahawa perbuatan berjudi walaupun diberi lesen atau tidak, ianya tetap takkan diredhai ALLAH dan mengundang kemurkaan serta bencana yang lebih besar dari keruntuhan akhlak rakyat jelata. Dari tidak dapat membendung kegiatan berjudi secara 'haram' menurut perspektif pemerintah, lantas mereka telah membesarkan diri mereka sebagai TUHAN atau DEWA apabila bertindak menghalalkan dengan pemberian lesen sah judi kepada sebuah syarikat yang dilihat berjaya di dunia tetapi tidak di akhirat kelak. Ternyata ini adalah melambangkan satu ciri kegagalan pemerintah dalam menguatkuasakan pelaksanaan undang-undang membanteras kegiatan berjudi secara berterusan kerana jika mereka mampu membanteras mengapa harus mereka terjun sama dalam kegiatan yang tidak diredhai ALLAH itu. Lihat disini.

Woiii, Mat Awang Liku !!!
Apakah kamu sekarang boleh berbangga dengan idea bernas engkau yang sudah diluluskan oleh kabinet haprak engkau itu???
Kitab mana yang engkau ambil sebagai rujukan tertinggi dalam menghalalkan JUDI walaupun ianya digunakan semasa Piala Dunia sahaja???
Apakah penajaan JUDI ini tidak ada kesinambungannya dari syarikat yang memenangi bidaan itu untuk diteruskan ke musim bolasepak Eropah hadapan???
Bangsat sangatkah ekonomi negara untuk dimanfaatkan sehinggakan tidak ada lagi sumber yang boleh diteroka melainkan berekonomi secara Jahiliyyah dengan wang JUDI???
Ataukah cerut yang engkau bakar setiap hari itu juga digunakan hasil dari sumber JUDI yang tidak berlesen lantas engkau memberikan lesen supaya ianya nampak seperti engkau menurut undang-undang negara???
Apakah ini juga agenda yang engkau terapkan dalam keinginan melampau untuk merampas tampuk pemerintahan dari Tok Guru sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan semasa PRU 2008???
Dalam keadaan Tok Guru tidak membenarkan bercambahnya kedai JUDI di negeri Kelantan, engkau pula datang untuk merampas dan membenarkan JUDI semula di Kelantan???

Bersyukur kita kepada ALLAH seluasnya kerana dalam PRU 2008 lalu, Dia tidak langsung membenarkan Mat Awang Liku ini dari meneruskan keinginan dia merampas Kelantan untuk terus berada dalam lindungan rahmat ALLAH. Rupa-rupanya disebalik kemenangan besar yang diraih oleh PAS dan PKR di negeri Kelantan telah membuka mata hati seluruh rakyat jelata bahawa malaun yang kononnya disebut sebagai BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN ini adalah seorang yang haprak dan pendukung JUDI. Besar kemungkinan bahawa dia juga akan memulakan pertaruhan untuk menentukan juara Piala Dunia kelak demi sebatang cerut atau berpuluh-puluh batang. Semoga ALLAH memadamkan terus riwayat parti pemerintah yang berpaksi kezaliman ini selepas 64 tahun wujud dan menabur jutaan fitnah dan hamburan keegoan mereka terhadap golongan pejuang ISLAM.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!