Monday, December 28, 2009

Hidup Dicengkam Dasar Kapitalis... Bilakah Ini Akan Berakhir??

Malam tadi penulis baru saja sampai ke negeri perjuangan sejak sekian lama, Johor selepas berhujung minggu di utara semenanjung kerana menghadiri majlis walimah urus sepupu di kawasan parlimen ketua pembangkang sidang dewan rakyat Malaysia. Namun, bukanlah penulis ingin menceritakan mengenai majlis tersebut melainkan kekecewaan penulis dan ribuan warga pengguna kemudahan yang konon disediakan oleh pemerintah zalim yang tersangkut dalam kesesakan teruk di lebuhraya yang asyik tambah sahaja. Geram bercampur dengan perasaan tertindas sebagai rakyat marhaein kerana perkhidmatan yang digunakan adalah BERBAYAR tetapi perjalanan kami tetap tidak lancar sebagaimana biasa. Disangkakan perjalanan yang menyakitkan hati itu akan diberikan rebat oleh pihak tambah, tetapi sangkaan itu meleset sama sekali kerana rebat hanya diberikan bagi kenderaan yang keluar selepas jam 12 tengahmalam. Akibatnya dari perjalanan tengahmalam ini adalah kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas ekspress yang kembali menggamatkan seluruh negara. Walaupun perjalanan yang melibatkan bas tidak dikenakan rebat oleh pihak tambah, tetapi pemandu bas terbabit telah menyatakan bahawa dia terlelap seketika ketika kemalangan. Sememangnya menjadi fitrah seseorang manusia ialah tidur apabila malam dan bila rebat itu dikenakan menjelang tengahmalam, ini bererti pihak pemerintah dan tambah sengaja menggalakkan rakyat mereka untuk berjalan malam. Tidak dinafikan bahawa perjalanan malam akan membuatkan kita lebih selesa untuk bergerak kerana bilangan kenderaan juga berkurangan tetapi risiko mengantuk juga harus diambilkira oleh pihak tambah. Mengapa harus rebat itu bermula dari jam 12 tengahmalam sedangkan selepas jam 2 pagi ramai antara kita sudah mula mengantuk apabila berjaga. Tidak adakah resolusi yang lebih praktikal yang mampu diterapkan oleh pihak tambah demi menjaga keselamatan perjalanan para pengguna lebuhraya mereka?? Ataukah mereka hanya memikirkan satu bentuk keuntungan dari aliran trafik yang meningkat sewaktu perayaan mahupun cuti panjang hujung minggu tanpa mengambilkira keselamatan lebuhraya mereka?? Malang sungguh nasib kita kerana berada dalam tempias kapitalis durjana. Wallahua'lam.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment