Saturday, January 2, 2010

Isu Penggunaan Nama ALLAH.... Kenapa Selepas Keputusan Diumumkan Baru Kita Nak Tergadah???


Apa sudah jadi dengan nasib orang ISLAM di Malaysia sekarang. Kenapa sewaktu pengarang kitab Herald Weekly beberapa bulan lampau yang ingin membawa kes mengenai penggunaan nama ALLAH dalam penulisan mereka, tidak ramai antara kita yang tergadah untuk membantah? Apakah sensitiviti mereka hanya akan terusik apabila mahkamah sudah membuat keputusan tanpa perlu membantu prosiding mahkamah di pihak pembelaan untuk mencakna sesuatu yang menguntungkan pihak ISLAM? Apakah mereka tidak boleh dikenakan dengan kesalahan menghina mahkamah dengan mengadakan demonstrasi demi demonstrasi yang rata-rata membantah keputusan pak hakim? Di mana suara mereka ketika adanya akhbar dalam negara sendiri yang menghina Rasulullah S.A.W. dengan mengkarikaturkan sifat Baginda S.A.W.? Kita tunggu sahaja 8 Januari kelak untuk mengetahui sejauh mana umat ISLAM yang kononnya mengaku membantah keputusan mahkamah berhubung isu penggunaan nama ALLAH itu, untuk sama-sama berdemo di hadapan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan kerana tidak membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Palestin. Dari sini, kita akan mengetahui berapa ramai yang lidahnya berkata ingin membela ISLAM tetapi tindakan mereka tidak mencirikan apa yang dilontarkan.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment