Friday, January 8, 2010

Memorandum Membantah Tindakan Mesir Menutup Sempadan Ke Gaza Berjaya Diserahkan...






Alhamdulillah kerana satu siri perhimpunan aman yang dianjurkan oleh pencinta ISLAM telah berjaya diserahkan melalui 4 orang wakil iaitu Naib Presiden Parti ISLAM SeMalaysia, YB Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Parti ISLAM SeMalaysia Pusat, Nasruddin Hassan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Parti ISLAM SeMalaysia Pusat, Azman Shapawi Abd Rani dan Ketua Dewan Muslimat Parti ISLAM SeMalaysia Pusat, Nuridah Salleh. Antara kandungan memorandum tersebut adalah mengutuk tindakan dari pemerintah Mesir yang bertindak menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Dalam himpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu, dimulai sejurus selepas usai solat Jumaat dari masjid Kompleks Tabung Haji dan berarak sejauh hampir 4 kilometer sebelum berkumpul di Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang. Lihat disini.

Semoga ALLAH menghancurkan segala perancangan pihak kuffar didalam memusuhi ISLAM di serata dunia.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

SELAMATKAN BAITULMAQDIS !!!

TUMBANGKAN PERANCANGAN ZIONIS !!!

KHAIBAR YA YAHUD !!!

No comments:

Post a Comment