Monday, November 30, 2009

Selepas El Clasico.... Pellegrini Dalam Pertimbangan Untuk Di Pecat??

Apakah Real Madrid akan menyaksikan seorang lagi jurulatih yang berwibawa untuk dipecat selepas perlawanan yang dianggap pertembungan klasik 2 musuh setempat dengan Barcelona? Dengan sejarah telah membuktikan bahawa seseorang jurulatih pasukan Real Madrid hanya akan dinilai tugasan mereka membimbing pasukan ketika menentang Barcelona, pastinya jawatan Manuel Pellegrini sekarang sudah berada di hujung tanduk. Sedikit kealpaan akan menyebabkan dia kehilangan jawatan yang baru beberapa bulan disandangnya dari jurulatih bidan terjun yang berkaliber, Juande Ramos. Dimana rasionalnya seseorang jurulatih itu dipecat akan mengundang lebih semangat dikalangan pemain untuk meneruskan cabaran? Apakah tidak boleh ditunggu sehingga akhir musim untuk mencari pengganti bagi jurulatih yang ada sekarang? Lihat saja Barcelona yang mana pasukan itu tidak memenangi apa-apa kejuaraan sepanjang 2 tahun iaitu 2006-2007 dan 2007-2008 tetapi hanya menggantikan jurulatih Frank Rijkaard pada penghujung musim 2008 yang mana jurulatih yang ada sekarang telah membentuk sebuah pasukan yang mantap hampir di semua posisi. Jadi, tidak bolehkah pihak pengurusan Real Madrid menunggu sehingga akhir musim sebelum menilai keseluruhan tugasan yang diberikan kepada Pellegrini? Apa pentingnya perlawanan yang disifatkan sebagai El Clasico ini berbanding dengan memenangi kejuaraan liga atau kejuaraan Eropah yang dibanggakan itu?

Saturday, November 28, 2009

El Clasico Yang Klasik.... Bilakah Pemain-Pemain Bersejarah Ini Akan Bergabung Lagi Untuk Real Madrid??

Sangat terhibur hati penulis apabila menjumpai satu video yang menemukan pasukan Real Madrid dan Barcelona dimana di dalamnya terkandung pemain-pemain yang penulis suka seperti Ivan Zamorano, Fernando Redondo, Manuel Sanchis, Fernando Hierro, Luis Enrique, Raul, Davor Suker dan Bodo Illgner. Menarik sekali perlawanan ini yang menyaksikan Real Madrid menang dengan permainan yang menghiburkan dalam penguasaan yang menyeluruh oleh Ivan Zamorano dan Fernando Redondo. Semoga pemain-pemain ini mampu untuk mencakna sesuatu dalam meningkatkan akademi yang dibangunkan oleh Real Madrid bagi mencari bakat-bakat baru sebagai generasi pelapis.

Dalam El Clasico Ni, Barca Pula Yang Kena...

Asyik cerita pasal Barcelona yang menang, sekali ini kita lihat pula apa yang terjadi dalam El Clasico yang berlangsung di Santiago Bernabeu pada tahun 2008. Malang sekali buat Real Madrid kerana pada perlawanan esok tidak dapat menurunkan pemain yang flip flop bernama Guti kerana cedera. Saat Guti ini bermain dengan baik, ramai sekali orang yang teringin untuk memilikinya menjadi sebahagian dari ahli pasukan. Ini adalah satu bukti dimana Guti berada dalam tahap yang tinggi dengan hantaran-hantaran yang mengelirukan dan menghasilkan gol.

El Clasico Terakhir Menjelang Esok... Apakah Ini Akan Berulang??

Perlawanan antara Real Madrid dan Barcelona pastinya akan menghidangkan beberapa detik ketegangan antara pemain-pemain mereka dan biasanya akan menghadirkan banyak jaringan. Walaupun detik ketegangan dalam perlawanan El Clasico ini tidak seperti tegangnya perlawanan antara Real Madrid dan Atletico Madrid ataupun Barcelona dan Espanyol yang pernah menyebabkan pengadil melayangkan sebanyak 4 kad merah, tetapi perlawanan esok pastinya akan membuatkan adrenalin menjadi tidak stabil. Saksikan perlawanan El Clasico yang terakhir sebelum perlawanan esok yang menyaksikan sebanyak 8 gol dihasilkan.

Friday, November 27, 2009

Main Cantik Tapi Hampeh..... Virus Barca??

Apa dah jadi dengan pasukan Real Madrid? Kenapa permainan yang cantik sebegitu hanya menghasilkan satu gol saja? Apakah cukup sekadar menghidangkan sebuah permainan yang cantik tetapi menghampakan peminat dengan kegagalan menemui sasaran menentang sebuah pasukan yang tidak terkenal dari Switzerland berbanding FC Basel itu? Apakah sudah cukup berpuashati dengan penguasaan bola yang dominan dengan Kaka dan Lassana Diarra menjelang El Clasico di Nou Camp Ahad nanti? Apakah berbaloi jika penulis mengambil cuti pada hari tersebut jika permainan yang tidak menghasilkan banyak jaringan seperti ini dipersembahkan menentang Barcelona? Atau mungkin mereka sekadar ingin memperlihatkan dominasi mereka mengawal bola kepada Barcelona sebelum bermain untuk jaringan pada perlawanan itu? Wallahua'lam.

Wednesday, November 25, 2009

Menjelang Real Madrid - FC Zurich.... Adakah Real Madrid akan menuruti jejak Liverpool??

Awal pagi tadi, sebuah pasukan bolasepak yang bertaraf gergasi telah terkeluar dari saingan perebutan kejuaraan paling perstij di Eropah iaitu Liverpool. Meskipun mereka menang dalam perlawanan mereka dengan kesukaran, kemenangan Fiorentina juga tidak mengubah kedudukan mereka dalam Kumpulan E dan hanya akan bersaing dalam kejuaraan yang bertaraf kelas kedua dalam Eropah. Biarlah Liverpool dengan labu-labunya.

Yang penting adalah perlawanan malam ini yang akan melibatkan Real Madrid. Pada perlawanan pertama yang berlangsung di Zurich, Switzerland, Real Madrid telah mencapai kemenangan agak bergaya dengan jaringan 5-2 dimana dalam perlawanan ini pemain Real Madrid telah tidak dibenarkan memakai kostum asal mereka kerana undang-undang Switzerland tidak menghendaki mana-mana pasukan memakai kostum yang memaparkan iklan produk selain Switzerland. Apakah pagi nanti kita akan menyaksikan satu lagi kenduri gol dari Santiago Bernabeu dengan kehadiran semula pemain termahal dunia? Sesungguhnya, kemenangan malam nanti akan menjadi momentum terbaik untuk Real Madrid menjelang pertemuan El Clasico menentang Barcelona.

Monday, November 23, 2009

Hanya Kerana Bantahan Beberapa Kerat Puak-Puak Jakun, Ceramah Anwar Dibatalkan Permitnya.... Dimanakah Keadilan Dari Penguasa??

Malam tadi telah dijadualkan berlangsungnya dua ceramah dari lokasi yang agak berhampiran oleh tokoh yang sangat terkenal dikalangan pendukung-pendukung ISLAM di Malaysia iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya berucap di Kulai dan Mohamad Sabu di kawasan Pulai. Akan tetapi, ceramah yang sepatutnya diadakan di Kulai itu telah dibatalkan permitnya oleh penguasa hanya kerana terdapat bantahan dari puak-puak jakun yang tak pernah melihat ramainya orang pada malam itu datang ke Kulai semata-mata mahu mendengarkan ucapan dari seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat. Bilangan puak-puak jakun tersebut yang seramai 30 orang itu telah menyebabkan program hanya berlangsung selama 10 minit sahaja sebelum ianya dibatalkan atas arahan penguasa. Baca di sini. Apa rasionalnya mereka yang sedikit ini mahu mempengaruhi penguasa untuk membatalkan siri penerangan ini? Apakah mereka sudah mula merasakan kedudukan dan sokongan terhadap mereka sudah mulai kendur walaupun di negeri yang mereka paling kuat dalam dunia? Ternyata sudah bahawa negeri Johor sekarang sudah tidak lagi dikira sebagai negeri yang selamat buat mana-mana individu yang mendukungi pemerintah kerana sudah 6 tempat di negeri ini dikuasai oleh parti yang biasanya kehilangan wang deposit mereka apabila bertanding di Johor. Dan antara yang paling menarik perhatian penulis adalah bagaimana sebuah Dewan Undangan Negeri bernama Skudai yang didalamnya menempatkan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam mampu di tawan oleh parti yang bukan dominan dalam negeri Johor. Apakah ini akan menandakan sebuah perubahan ke arah yang lebih baik untuk penduduk Johor khususnya dan penduduk di KemPAS amnya? Wallahua'lam. Semoga ALLAH memberikan perasaan istiqomah kepada kita semua untuk mewarisi perjuangan ISLAM yang ditinggalkan.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Tok Guru Disenaraikan Antara 50 Tokoh Yang Berpengaruh Dalam Dunia ISLAM.... Di Manakah Kedudukan Pengerusi OIC??

Alhamdulillah kerana pada tahun 2009 ini, ikon perjuangan ISLAM di Malaysia iaitu Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mendapat pengiktirafan dunia ISLAM apabila The Royal Islamic Strategic Studies Center meletakkan kedudukan Tok Guru di tangga ke 42 dalam senarai 50 Tokoh Islam Paling Berpengaruh Dunia. Baca di sini. Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Melihatkan kepada senarai pengiktirafan yang dibuat dalam kajian tersebut, penulis agak ragu-ragu kerana di dalamnya tidak pula tersenarai kedudukan bagi Pengerusi Organisation of the Islamic Conference (OIC) yang sepatutnya berada dalam kedudukan 10 terbaik. Dimana pula kedudukan pelopor kepada dakyah ISLAM HADHARI dalam senarai ini? Kenapakah dunia ISLAM tidak mengiktiraf pengerusi OIC ini sebagai antara tokoh ISLAM yang berpengaruh? Adakah kerana peranan OIC sekarang sudah menjadi hampas yang semakin dilupakan? Sama-sama kita renungkan.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Mendahului Menjelang El Clasico.... Mampukah Real Madrid Bertahan Selepas Minggu Hadapan??

Dalam kiriman yang lepas, penulis menjangkakan bahawa pasukan kegemaran penulis akan menang mudah menentang Racing yang boleh penulis sifatkan pasukan belasahan apabila menentang Real Madrid. Ternyata sekali bahawa kemenangan yang diraih oleh Real Madrid tidak semudah dijangka walaupun bermain di gelanggang sendiri. Bagaimanapun, keputusan itu sudah cukup untuk meninggikan kedudukan Real Madrid di dalam liga apabila seteru utama yang akan ditentang di Nou Camp minggu hadapan iaitu Barcelona hanya mampu seri dengan pasukan asal Basque, Athletic Bilbao. Penulis pernah mempertikai corak permainan Barcelona apabila mereka hanya tahu bermain bolasepak tetapi tidak mahu menghiburkan penonton dengan jaringan yang banyak. Penulis lebih gemar pada permainan yang tidak menarik serta mendebarkan yang dipamerkan oleh Real Madrid kerana akan menyaksikan banyak sekali jaringan tetapi nampaknya sindrom pasukan Barcelona sudah mula berjangkit kepada Real Madrid.

Apapun, penulis mengharapkan semoga Real Madrid mampu menahan asakan dari Barcelona pada pertemuan El Clasico minggu hadapan dan kekal di teraju liga sehingga akhir musim.

Saturday, November 21, 2009

Seminggu Sebelum El Clasico.... Apakah Real Madrid Terlepas Dari Serangan Nou Camp??

Pagi nanti akan berlangsungnya perlawanan antara pasukan kegemaran penulis, Real Madrid menentang pasukan yang pernah diwakili oleh pemain pertahanan Ezequiel Garay iaitu Racing Santander. Sepanjang pengamatan penulis, pasukan Racing ini belum pernah mengancam pasukan Real Madrid sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun sering tewas dengan pasukan digelar belasahan dalam liga. Berbekalkan dengan pemain yang diperjudikan akan diturunkan pagi nanti, penulis menjangkakan kemenangan mudah bakal diraih Real Madrid.

Namun begitu, bukan perlawanan malam ini yang mahu penulis mengulas. Ia adalah melibatkan perlawanan liga seterusnya iaitu menentang penyandang juara, Barcelona yang digelar sebagai perlawanan seteru setempat terhebat yang pernah disaksikan dalam liga serata dunia. Ini kerana ketegangan antara kedua-dua pendukung pasukan terlibat adalah memuncak menjelang pertembungan yang dinamakan El Clasico. Musim lepas Barcelona dilihat sebagai memiliki segala kekuatan sehingga membenam Real Madrid dalam kedua-dua gelanggang. Mereka menang di Nou Camp dengan jaringan 2-0 yang menyebabkan jurulatih pilihan penulis iaitu Bernd Schuster telah kehilangan jawatan sebagai entrenador atau pengendali dan digantikan dengan Juande Ramos. Akan tetapi, Juande Ramos juga dilihat untuk tidak disambung kontraknya bersama Real Madrid pada penghujung musim lepas adalah kerana Real Madrid kalah sekali lagi kepada Barcelona di Santiago Bernabeu dengan jaringan 6-2. Dan pastinya ketegangan itu akan sekali lagi memuncak menjelang El Clasico pada minggu hadapan. Apakah kali ini Manuel Pellegrini pula yang harus angkat kaki atau boleh goyang kaki selepas minggu hadapan? Kita sama-sama tunggu.

Friday, November 20, 2009

Perihal Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya.... Semoga ALLAH mewariskan semangat ini ke dalam hatiku.

Ustaz Ibrahim Libya merupakan tokoh utama rakyat negara ini dalam penentangan terhadap
ISA . Nama sebenarnya ialah Ustaz Ibrahim b. Mahmood b. Hanafi b. Saman . Ibunya bernama
Sofiah bt Cik Nik b. Mohd Hassan . Dilahirkan di Kampung Charok Putih , Mukim Siong ,
Baling Kedah pada pada tanggal 1 Julai 1942 . Beliau adalah anak kedua dari lima orang
adik beradik .
Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Weng , Baling ketika berusia 7 tahun .
Pengajiannya di sekolah berkenaan terbahagi kepada dua sesi iaitu pada waktu pagi sesi
pengajian akademik biasa dan pada waktu petang sesi pengajian agama Islam . Pada sebelah
malamnya beliau belajar al-Qur’an dan berguru daripada Ustaz Haji Abdul Ghani. Beliau
juga agak aktif dalam kegiatan sukan bola sepak dan sepak takraw di sekolah . Beliau memang
dikenali sebagai seorang pelajar yang tekun dan suka membaca di samping berjimat-cermat
dalam perbelanjaan .
Ustaz Ibrahim Libya meneruskan pengajian menengahnya di Sekolah Agama ( Pondok ) di Charok Putih iaitu Madrasah Ittifaqiah . Selama 3 tahun di sekolah ini beliau telah dididik dengan ilmu tauhid , tafsir , hadith , feqah dan sejarah Islam . Setelah itu beliau menyambung
pengajiannya di Madrasah Khairiah , Pokok Sena yang juga dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin .
Selama 8 tahun di madrasah ini , beliau mendalami lagi ilmu-ilmu agama seperti
Usul Feqh , Tasawuf , Mantiq dan pelbagai ilmu lagi yang menyentuh tentang syariat Islam .
Bakatnya dalam pidato dan syarahan terserlah di sinidengan menyertai beberapa pertandingan
termasuklah pertandingan perbahasan ,syarahan dan mentafsir al-Qur’an . Beliau juga mulai
aktif dalam sukan seperti sepak takraw dan badminton . Walaupun beliau bertubuh kecil namun
kebolehan dan bakatnya telah melonjakkan beliau sehingga menjadi Ketua Pelajar di Madrasah
ini . Beliau juga digelar Osman Walad kerana bentuk tubuh yang lebih kecil berbanding rakan-rakannya yang lain . Setelah tamat pengajian di Madrasah ini belai telah menyambung pengajian
di Nilam Puri , Kota Bharu , Kelantan pada tahun 1966 dan berjaya menamatkan pengajiannya
dalam masa 2 malah turut melepasi peperiksaan asy-Syahadah al-‘Aliah .
Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum , Deoband , Saharanpur , Uttar Pradass di India pada tahun 1968 . Di sini beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam pengkhususan ilmu hadith . Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar , Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Syariah . Kemudian beliau telah menyambung pengajiannya di Ma’ahad Dakwah , Tripoli , Libya dan memperolehi Ijazah Dakwah Tertinggi dalam masa 1 tahun . Setelah belajar di sini , beliau mendapat gelaran Ibrahim Libya dari teman-teman dan gelaran itu berpanjangan sehinggalah Ustaz Ibrahim Libya kembali ke Malaysia .
Setelah 7 tahun merantau di luar negara , akhirnya beliau telah kembali ke Malaysia dan ditawarkan berkhidmat di Pusat Islam Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai Pegawai Dakwah . Beliau bertugas di bawah seliaan Ustaz Ahmad Awang . Setelah 3 tahun berkhidmat beliau telah meletakkan jawatan dan kembali berbakti kepada masyarakat kampungnya . Ini kerana beliau ingin memenuhi permintaan gurunya Lebai Yaakob , Charok Putih yang mahu beliau membantunya menjadi pendidik di samping beliau sendiri merasai tidak bebas berdakwah di dalam jawatan kerajaan tersebut .
Setelah kembali ke kampung , beliau aktif berceramah di seluruh negara dan membantu gurunya mengajar agama . Beliau juga telah membuka madrasah sendiri yang dinamakan
Madrasah Islamiah Diniah di Kampung Memali . Pada masa yang sama , beliau mulai aktif dalam PAS dan memegang beberapa jawatan penting di peringkat kawasan , daerah dan negeri malah pernah diamanahkan sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah . Beliau juga pernah bertanding sebagai calon PAS dalam pilihanraya umum pada tahun 1978 dan 1982 di DUN Bayu . Ustaz Ibrahim Libya telah tewas dengan majoriti 300 undi . Keaktifan dan semangat beliau untuk berdakwah menjadi ancaman kuat kepada penyokong-penyokong kerajaan dan ahli-ahli UMNO sehingga beliau difitnah dengan pelbagai tohmahan .
Kemuncaknya beliau telah difitnah sebagai pengganas dan melatih anak-anak murid untuk melakukan pemberontakan bersenjata serta menghasut orang ramai menentang kerajaan secara terbuka . Tuduhan yang dilemparkan kepada beliau belum dibuktikan melalui undang-undang negara yang sedia ada namun beliau telah dianggap sebagai seorang penjenayah besar . Ustaz Ibrahim Libya cuba untuk ditahan di bawah ISA pada 1984 namun gagal ekoran beliau telah dipertahankan oleh pengikut-pengikutnya dan sekali lagi percubaan untuk menangkapnya dilakukan pada tahun 1985 . Pihak keselamatan telah mengarahkan sejumlah besar pasukan polis termasuk unit Polis Hutan membuat kepungan bukan sahaja di sekitar madrasah bahkan di seluruh Kampung Memali . Pihak polis telah membuat sekatan jalan raya dan meminta asy-Syahid Ibrahim Libya untuk menyerah diri namun beliau tetap teguh dengan pendiriannya
untuk tidak menyerah diri kepada pemimpin yang zalim .
Akhirnya , pihak polis telah merempuh masuk ke dalam kawasan madrasah beliau dengan sebuah kereta perisai Polis . Beliau telah ditembak dengan kejamnya dan syahid bersama 13 orang pengikutnya yang lain . Peristiwa berdarah ini lebih dikenali sebagai ‘ Tragedi Memali ’ dan tarikh 19 November 1985 pasti tidak akan dilupakan oleh mana-mana pendokong gerakan Islam di Malaysia .
Berikutan tragedi ini , PAS telah diasak , ditohmah , dikekang dengan pelbagai cara termasuk dengan mengaitkan peristiwa ini dengan Amanat Hj. Hadi seorang pemikir Islam yang paling berpengaruh dalam PAS ketika itu .Ceramah-ceramah PAS telah diharamkan di beberapa buah negeri seperti Kelantan , Terengganu , Kedah serta Perlis . Kesannya cukup ampuh apabila PAS hanaya memenangi satu kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum tahun 1986 iaitu di kawasan tradisinya , Pengkalan Chepa .

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Nama-Nama SYUHADA MEMALI...

Berikut adalah nama-nama pejuang ISLAM yang dijemput ALLAH sebagai SYUHADA dalam peristiwa pembantaian pemerintah zalim ala zionis ke atas MEMALI. Juga diselitkan dengan nama-nama individu yang cedera lantaran pembantaian tersebut.

1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.


MEREKA YANG CEDERA

1. Mohd Khir bin Sulaiman, Kampung Tanjung Pari, Siong, 28 tahun; beliau ditembak di leher tidak dapat menelan makanan. Tangannya tidak dapat diangkat kerana patah. Beliau mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

2. Rusli bin Abdul Rahman, Siong, Baling, 17 tahun; ditembak di perut lima butir peluru dan dibedah.

3. Azizan bin Rauf, Kampung Charok Puteh 37 tahun. Beliau cedera ditembak dan terkena enam peluru di perut dan terpaksa dibedah. Sekarang beliau tidak boleh bekerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak.

4. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

5. Hambali bin Ismail, Kampung Charok Puteh, 55 tahun; ditembak di betis. Beliau adalah Abang ipar As-Syahid Ibrahim Libya. Beliau Mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.

6. Ahmad bin Kadir, Mukim Siong, Baling Kedah, 45 tahun; ditembak di paha dan tidak dapat bekerja.

7. Zainol Abidin bin Mad Daud, Kampung Becah Sawa, Siong, 25 tahun; ditembak di kaki.

8. Abdullah bin Che Soh, Kampung Becah, Siong, 40 tahun; ditembusi lapan butir peluru. Kedua-dua tangannya tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan enam orang anak.

9. Mat Piah bin Yunus, Tanjung Pari Siong, 40 tahun; cedera di sebelah tangan kanan, lumpuh ditembusi 15 butir peluru. Mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak.

10. Harun bin Mat Isa, Padang Geh, Kuala Ketil, 40 tahun, guru agama; cedera dengan sebelah tangan kanan lumpuh; ditembak di bahu.

11. Hassan Abdullah, Tanjung Pari, Mukim Siong, 33 tahun; ditembak di dada, di kaki. Beliau dipijak dan dipusingkan kedua belah kakinya ... tercabut tulang paha dan pinggangnya patah. Dia lumpuh sehingga sekarang. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak.

12. Azmi Jusoh, Kampung Becah, Siong, 45 tahun; ditembak di paha. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.

13. Rosli Osman, Kampung Carok Puteh, 15 tahun; ditembak di belakang dan mengalami kesesakan nafas sehingga sekarang.

Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan maunah-Nya ke atas SYUHADA dan individu yang cedera itu.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Thursday, November 19, 2009

24 Tahun Kekejaman Pemerintah Terhadap MEMALI...... Apa Kesannya Kepada Kita??


Pada setiap tarikh 19 November, pastinya kita tidak akan melupakan satu peristiwa yang bersejarah pernah berlaku dalam negara kita. Dalam kita memperhitungkan kekejaman yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Thaksin dan tenteranya yang bersifat kejam terhadap penduduk ISLAM di Tak Bai, peristiwa di sebuah perkampungan bernama MEMALI adalah perlu diambilkira sebelum melabel orang lain sebagai kejam. Apakah perlu kita menuding jari kepada negara jiran sedangkan di negara kita sendiri pernah berlakunya kerakusan pemerintah untuk terus berkuasa dengan membantai sebuah kampung yang mahukan undang-undang ISLAM didaulatkan di negara sendiri? Apakah dengan hanya berbekalkan penduduk sebuah perkampungan yang terpencil seperti itu mampu untuk menumbangkan pemerintahan ala zionis yang ditadbir sekarang? Jika tak mampu, di mana rasionalnya pemerintah mengarahkan supaya seluruh kampung tersebut diganyang sekonyongnya oleh penguasa? Dan jika mampu sekalipun, apakah tidak cara lain yang lebih berhemah boleh digunakan sebagai pendekatan untuk memujuk penduduk kampung tersebut berunding secara ilmiah? Dan apakah dengan cara menggunakan kekerasan sedekimian akan menyelesaikan segala masalah berkaitan kebangkitan pejuang ISLAM di muka bumi ALLAH?


Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda penulis apabila mula diperkenalkan dengan penceritaan mengenai peristiwa pembantaian pemerintah zalim ala zionis dari MEMALI disampaikan oleh Allahyarham Mantan Presiden Ustaz Fazdil Mohd Noor. Namun sehingga kini segala persoalan itu masih belum menemui jawapan yang memuaskan hati rata-rata pendukung ISLAM di Malaysia ini terutamanya penduduk Baling. Akan tetapi selepas penulis melazimkan diri untuk membaca mengenai sirah-sirah perjuangan ISLAM terdahulu, sedikit sebanyak hati penulis merasa tenteram dengan perjuangan yang dipertontonkan kepada kita oleh Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud @ Libya serta penduduk MEMALI. Perkara ini diperkuatkan lagi selepas penulis bersama saudara lelaki yang lain menziarahi sendiri pusara 14 orang syuhada MEMALI di Parit Panjang pada 1 Muharam 1430 lalu dan yakinlah penulis bahawa doktrin yang disebarkan oleh pemerintah terhadap mereka melalui lidah-lidah pengampu berbentuk elektronik dan penulisan akhbar adalah dakyah jahat bertujuan untuk menghancurkan semangat JIHAD di hati-hati kita semua.


Cukup memalukan apabila mereka boleh melontarkan apa sahaja pertuduhan terhadap SYUHADA ini sedangkan apabila kita meminta penjelasan lanjut mengenai apakah kenyataan yang diluahkan oleh Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang disifatkan sebagai mengundang subversif terhadap negara, mereka tidak pula menyatakannya malahan melarang kita dari bertanya lanjut. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus atau transparency goverment yang diuar-uarkan oleh mereka diserata dunia? Kerajaan telus bagaimana yang dipersembahkan mereka itu? Sedangkan melihat kepada indeks rasuah sendiri pun kita semakin tercicir saban tahun, inikan pula dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyatnya. Nyata sekali apabila mereka sudah ketandusan idea untuk terus membohongi rakyat mengenai MEMALI, mereka telah memerintahkan untuk kita rakyat tidak dibicarakan lagi mengenai MEMALI malahan hari untuk memperingati MEMALI yang biasanya diadakan setiap tahun juga diarahkan untuk dimansuhkan. Sungguh memalukan apabila seorang perancang kejahatan yang bersifat ala zionis tidak sanggup untuk berdepan dengan segala persoalan yang membabitkan tindakan zalim tersebut dari rakyatnya. MAHA BENAR lah janji ALLAH bahawa manusia merancang, ALLAH juga merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah ALLAHU RABBI. Ternyata ALLAH telah mengelukan lidah mereka dari terus mendakyah SYUHADA yang dijemput ALLAH pada peristiwa MEMALI yang bersejarah. Semoga ALLAH merahmati seluruh individu yang terlibat secara langsung atau tak langsung mendukungi perjuangan ISLAM di MEMALI pada 19 November 1985. Al-Fatihah juga kita panjangkan kepada SYUHADA.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

TEGAKKAN SEMANGAT MEMALI DALAM DIRI !!!

JAHANAM ISA !!!

DARI HIDUP BERCERMINKAN BANGKAI, LEBIH BAIK MATI BERKANDUNGKAN TANAH !!!

TUMBANGKAN PEMERINTAH ZALIM !!!

JAHANAM ZIONIS DAN TELUNJUK ZIONIS !!!

Monday, November 16, 2009

Menghijauputihkan Kota Siputeh..... Apakah Penulis Akan Dipanggil Berkursus Lagi??


Setelah kita rakyat Malaysia menyaksikan banyaknya siri pilihanraya kecil yang dilangsungkan sepanjang tahun ini, mahkamah hari ini memutuskan bahawa ianya tidak berhenti di Bagan Pinang. Sekali lagi kita akan menyaksikan pertandingan antara dua buah parti yang dominan di negara kita bertembung di Kota Siputeh, Kedah walaupun penulis pasti keputusan mahkamah tersebut akan ditentang oleh parti pemerintah dalam mahkamah rayuan sebagaimana mereka lakukan selepas mahkamah membuat keputusan Y.A.B. Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Apapun, kita tolak ketepi dahulu apa keputusan yang akan dipersembahkan kepada kita melalui mahkamah rayuan. Pokok pangkalnya, rakyat Malaysia akan menyaksikan pilihanraya kecil kesepuluh selepas Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manik Urai, Permatang Pasir dan Bagan Pinang. Baca disini.

Apa yang menarik perhatian penulis setiap kali adanya pilihanraya umum mahupun kecil di negara kita, maka waktu itu jugalah penulis akan diundang untuk menghadiri kursus. Dan dengan keputusan mahkamah ini, penulis sedikit bimbang sekiranya akan juga dipanggil untuk menghadiri kursus walaupun di tempat kerja penulis. Sekiranya ini berlaku, bolehlah penulis gambarkan bahawa tujuan penulis dipanggil berkursus adalah untuk mengganggu penumpuan penulis terhadap perjuangan walaupun ia tidak sepatutnya begitu. Akan tetapi, penulis sangat-sangat berharap supaya pilihanraya kecil ini tidak mengundang penulis untuk menghadiri kursus lagi.

Kota Siputeh. Apa yang ada di DUN ini? Sebuah DUN yang letaknya di dalam kawasan Parlimen yang pelik. Penulis sifatkan Parlimen Jerlun ini pelik kerana pada pilihanraya umum 2008 lepas telah menyaksikan peratusan keluar mengundi yang sangat luar biasa iaitu sebanyak 99.85% yang merupakan satu sejarah bagi penulis sedangkan peratusan keluar mengundi di DUN Kota Siputeh adalah sebanyak 81.56% dan satu lagi DUN Ayer Hitam sebanyak 82.24%. Ini menggambarkan seolah-olah adanya satu kecenderungan dikalangan pengundi di sini untuk mengundi bagi kawasan Parlimen Jerlun tetapi tidak mahu mengundi DUN yang sebenarnya menimbulkan rasa kemusykilan bagi penulis sejak dari keputusan diumumkan. Penulis tidaklah arif sangat mengenai perjalanan sistem pilihanraya di negara ini tetapi rasanya tidak ada akal di dunia ini yang boleh menerima rasa musykil sebegini. Pernah juga penulis mendengar bahawa Allahyarham Presiden Saddam mendapat sokongan 100% dari rakyatnya bagi menghadapi serangan Amerika Syarikat tetapi undian itu adalah dilakukan secara rambang tanpa ada bukti bertulis yang boleh diwartakan. Itu cerita di Iraq yang pada penulis ianya tak mungkin akan berlaku lagi walaupun tanpa bukti. Ternyata sangkaan penulis adalah salah malahan ia berlaku pula di negara penulis sendiri walaupun ianya tidak 100%. Agaknya ALLAH sengaja membuka laluan untuk diadakan pilihanraya dari DUN ini supaya kita semua merungkai segala kekusutan yang dilakukan oleh penguasa. Wallahua'lam.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Sunday, November 15, 2009

Walimah Urus...... Penulis Bila Lagi??

Sebenarnya tajuk untuk catatan ini adalah cadangan dari seorang sahabat yang dapatlah penulis sifatkan dia sebagai seorang yang sangat memahami diri penulis walaupun kami hanya berjumpa apabila diundang menghadiri kursus. Untuk tidak mengecewakan sahabat itu, penulis gagahkan diri juga untuk menulis tajuk yang ini.

Penulis pernah diajukan soalan yang sama berulang kali oleh ramai kenalan mengenai bilakah tarikh sebenar penulis mahu menamatkan zaman bujang penulis. Akan tetapi, jawapan yang hanya penulis berikan kebiasaannya akan menghampakan mereka kerana penulis akan menjawab tidak ada orang yang berkenan pada penulis. Jawapan ini telah penulis berikan kepada hampir semua orang yang bertanya walaupun kadang-kadang penulis memberikan juga jawapan bahawa penulis tak nak langkah bendul. Apakah benar dakwaan penulis bahawa tidak ada yang berkenan? Wallahua'lam.

Setakat ini penulis belum pernah dilanda dengan perasaan cinta terhadap mana-mana kenalan walaupun pernah berkenalan dengan 3 orang. Bagi penulis, mereka yang bertiga itu bukanlah teman istimewa penulis kerana kami tidak pernah bersembang tentang apa-apa yang boleh disabitkan dengan perasaan hati masing-masing. Sebab itu perkenalan penulis dengan mereka hanya bertahan 2 minggu. Mungkin juga tempoh 2 minggu itu belum cukup matang untuk kami bercerita tentang perasaan hati masing-masing. Jadi selepas penulis 'putus' (penulis guna istilah orang-orang muda sekarang) dengan muslimat yang ketiga iaitu sekitar Julai 2008, sampai sekarang penulis masih sepi dari mencari pengganti. Bukanlah niat penulis untuk menjadi serik dalam pencarian, tetapi lebih kepada sikap berhati-hati dalam menjalin ukhuwah. Penulis tidak lagi mahu membazirkan masa pendek yang diperuntukkan ALLAH hidup di dunia ini untuk mencari perkara yang sia-sia. Sudah menjadi lumrah manusia apabila mereka terlalu mahukan perkara yang pasti, begitu jugalah naluri penulis. Pembuangan masa hanya akan menyebabkan kita lemah dalam mencari kepastian.

Pernah juga penulis dituduh oleh beberapa kenalan bahawa penulis ini seorang yang terlalu memilih calon muslimat sedangkan itu kurang tepat kerana pemilihan yang mereka maksudkan itu adalah dari segi rupa. Memang betul penulis memilih calon tetapi calon itu mestilah seorang calon yang mampu faham dengan apa yang penulis perjuangkan dan komitkan sehingga ke hari ini. Tidaklah penulis mengharapkan turunnya Siti Khadijah R.A. tetapi sekurang-kurangnya cukuplah sekiranya penulis dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai semangat untuk meninggikan syiar ISLAM di Malaysia ini.

Gambar Hiasan.

Untuk itu, penulis seringkali mengelak dari membicarakan soal munakahat di kalangan sahabat-sahabat kerana penulis tidak mahu terganggu dengan penumpuan penulis terhadap perjuangan mendaulatkan ISLAM. Ramai daripada mereka sering menceritakan kepada penulis tentang pelbagai keberuntungan yang mereka kecapi selepas mereka berumahtangga akan tetapi ada satu perkara yang sangat-sangat penulis terasa sesudah penulis berkhalwat dengan sahabat yang dinyatakan tadi. Perkara itu adalah berkaitan zuriat. Mendengarkan perkataan itu, penulis tiba-tiba menjadi sebak kerana belum ada mana-mana sahabat penulis yang menitikberatkan soal zuriat sebagai suatu yang istimewa apabila berumahtangga. Lantas diperakui penulis bahawa nikmat yang paling besar apabila kita berumahtangga adalah anak. Mungkin penulis mampu untuk menepis segala godaan nafsu gelojak dengan membujang kerana penulis sedang merasai kemanisan berada dalam jamaah, tetapi perjuangan memerlukan pelapis. Apalah gunanya jika kita bersemangat waja untuk mendaulatkan ISLAM di bumi tercinta sekiranya perjuangan kita tidak mempunyai pelapis. Ternyata sahabat penulis itu sudah berjaya merungkai segala kekeliruan penulis mengenai alam rumahtangga.

Terima kasih sahabat. Segala nasihat yang sahabat pernah lontarkan kepada penulis akan penulis manfaatkan untuk masa hadapan demi sebuah perjuangan suci mendaulatkan ISLAM. Mengenai Baitul Muslim yang sahabat cadangkan kepada penulis, insyaALLAH akan penulis pertimbangkan dengan mizan yang rata. Semoga ALLAH memanjangkan ukhuwah kita sehingga ke syurga ALLAH.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Saturday, November 14, 2009

Kezaliman Yang Dilakukan Oleh Si Zalim.....


Dalam kiriman yang lepas, penulis ada menyatakan kerinduan penulis untuk menunaikan ibadah Haji selepas penulis sayu mendengarkan lagu Raihan berkenaan ibadah tersebut. Akan tetapi ternyata ada kesyahduan lain yang penulis baru tersedar. Ia adalah berkenaan dengan dengan pembatalan ikon perjuangan ISLAM di Malaysia yang terpaksa membatalkan pemergian ke Tanah Haram Mekah lantaran di fitnah oleh si zalim. Baca di sini.


Ternyata sekali golongan yang zalim tidak pernah berhenti untuk memfitnah orang yang baik seperti Tok Guru Nik Aziz walaupun orang tersebut ingin melakukan pekerjaan yang baik. Sungguh durjana permainan si zalim kerana telah membuat tuduhan yang kurang ajar seperti itu ke atas Tok Guru semata-mata mahu untuk mencari modal politik bagi menjatuhkan moraliti kerajaan sah Kelantan sebagaimana yang dilakukan si zalim ke atas negeri Perak. Ternyata sekali bahawa pemerintah hanya memainkan polemik dayus untuk membanteras rasuah dengan hanya menyiasat kes-kes yang tidak ada sumber keasliannya sama sekali sedangkan kes-kes yang melibatkan ketua ketui parti pemerintah peringkat cawangan mahupun bahagian diabaikan walaupun berpuluh-puluh malahan beratus laporan diajukan ke pihak yang wajib menerima laporan dan menyiasat. Semoga ALLAH membersihkan segala calar yang terpalit kepada Tok Guru ini yang sengaja digores oleh si zalim.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Lambaian Baitullah.... Bilakah Akan Di Sahut??


Secara mengejut, penulis dengan tidak semena-mena terlalu asyik untuk mengingati bilakah masanya penulis akan diizinkan ALLAH sampai ke Tanah Haram Mekah bagi menunaikan ibadah Haji sepertimana yang disyariat dalam rukun ISLAM. Terasa sebak dihati apabila mendengar lagu yang didendangkan oleh kumpulan Raihan mengenai ibadah Haji ini. Sesungguhnya kerinduan penulis terhadap Tanah Haram Mekah sudah tidak dapat dibendung lagi. Terlalu sayu hati untuk turut sama menuju ke Baitullah bersama jutaan umat ISLAM seluruh dunia.

Akan tetapi kerana keterbatasan sumber kewangan dan masih lagi dibebani dengan hutang puitang yang membelenggu penulis, hajat tersebut penulis hanya mampu pendam untuk ditunaikan pada masa hadapan. Penulis tidak mampu untuk menduga masa hadapan sama ada akan sampai ke Tanah Haram Mekah ataupun tak akan sampai, tetapi penulis sangat-sangat mengharapkan semoga ALLAH melapangkan rezeki dan kesihatan untuk penulis tiba di sana bagi menyempurnakan ibadah Haji. Dan lantaran bonda dan ayahanda penulis masih belum sampai ke Tanah Haram, penulis ingin sekali meniupkan semangat di hati mereka dengan mengudarakan berulang kali lagu Raihan ini supaya ibadah Haji yang ingin dikerjakan mereka kelak akan diangkat ALLAH sebagai Haji Mabrur. Di samping itu penulis juga ingin membantu mereka mempercepatkan langkahan menuju Tanah Haram Mekah dengan mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk mereka menyimpan setiap bulan bagi merealisasikan impian mereka ke sana. Wallahua'lam.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Friday, November 13, 2009

Apa Sebenarnya Masalah Real Madrid...?

Satu kejuaraan sudah terlepas dari jangkauan untuk dikecapi. Yang tinggal untuk digapai tinggal dua yang penulis nampak semakin sukar andai corak pemainan mereka masih belum konsisten. Penulis maksudkan adalah pasukan kegemaran penulis iaitu Real Madrid. Satu kejuaraan yang walaupun prestijnya kurang berbanding memenangi kejuaraan yang tinggal untuk dimenangi Real Madrid, telah dilepaskan oleh pemain Real Madrid. Apa sebenarnya yang berlaku ke atas pemain Real Madrid? Adakah kerana piala yang tidak menarik untuk dimenangi ini telah membuatkan pemain Real Madrid bermain sambil lewa menentang pasukan yang langsung tidak dikenali penulis walaupun di dalam permainan komputer Football Manager? Jika tidak menarik sekalipun, adakah mereka berpuashati dengan dikalahkan oleh pasukan yang tidak terkenal seperti itu?


Penulis sebenarnya sangat tertarik untuk memberikan maklumbalas mengenai kejuaraan ini kerana penulis pernah menyaksikan satu kebangkitan ajaib dari pasukan ini dalam kejuaraan yang sama iaitu ketika menentang pasukan Zaragoza pada tahun 2006 selepas pada pusingan pertama mereka dikalahkan dengan jaringan 6-1. Ketika itu pasukan Real Madrid telah dibimbing oleh jurulatih bidan terjun Juan Lopez Caro selepas jurulatih asal mereka iaitu Vanderley Luxemburgo telah dipecat pada Disember 2005. Secara peribadi, penulis sangat menyenangi jurulatih bidan terjun ini kerana dikala pasukan sedang bergelut untuk bersaing dengan Barcelona yang ketika itu bergelar Pasukan Impian Dunia, namun dia berjaya membentuk satu kombinasi mantap antara pemain-pemain muda di dalam akademinya dengan pemain-pemain yang sedia ada yang bertaraf bintang. Walaupun dalam perlawanan timbal balik yang diadakan di Santiago Bernabeu berkesudahan dengan kemenangan 4-o oleh Real Madrid dan tidak cukup untuk membolehkan mereka melangkah jauh, tetapi penulis kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan ini kerana mereka berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit pertama.



Akan tetapi, itu cerita dahulu. Kebangkitan menakjubkan seperti itu adalah kenangan manis yang lepas dalam lipatan sejarah. Apa yang berlaku pada hari ini adalah cukup mendukacitakan peminat-peminat Real Madrid. Kekalahan 4-0 di tangan pasukan kerdil Alcorcon sebenarnya belum cukup memeritkan tetapi kegagalan mereka untuk bangkit di stadium yang dikatakan keramat adalah sesuatu yang lebih memalukan. Hanya satu gol yang dapat dihasilkan mereka yang cuma hadir pada minit ke-80. Itupun datangnya gol itu dari pemain yang sepatutnya mereka jual pada musim perpindahan pemain lepas. Cukup memalukan. Walaupun pemain ini sangat setia dengan Real Madrid bersama pemain yang sudah dijual, Wesley Sneijder, tetapi pengurusan pasukan ternyata tidak menghargai kesetiaan mereka. Jadi, apakah sebenarnya masalah Real Madrid?

Pada pandangan penulis, pihak pengurusan tidak sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk mencampuri urusan kejurulatihan dan pembelian pemain. Sudah terlalu ramai jurulatih ditukar oleh pengurusan semata-mata untuk memenuhi hajat besar mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah sedangkan ia sebenarnya mendatangkan kesan dari segi taktikal dan mentaliti pemain seluruhnya. Polisi pembelian besar-besaran yang dijalankan sekarang tidaklah ditentang tetapi seeloknya bagi penulis biarlah wang yang banyak itu dilaburkan sama untuk pembangunan akademi belia mereka supaya pemain-pemain bintang yang mereka beli itu tidak dipersia-siakan bakat mereka tanpa pewaris. Melatih pemain ketika mereka masih ditagih untuk bermain adalah lebih efektif berbanding ketika mereka melatih pemain apabila mereka sudah bersara kelak. Ini kerana kudrat yang mereka ada ketika sudah bersara adalah semakin berkurangan dan ini akan membataskan penumpuan pemain muda untuk mengikut arahan jurulatih. Dan pemain terbaik dunia tak semestinya akan menjadi seorang jurulatih yang baik pada masa hadapan.

Monday, November 9, 2009

1Malaysia Kuning....


Masih ingatkah kita kepada apa yang berlaku pada tanggal 10 November 2007? Ia adalah hari yang bersejarah dalam negara kita apabila menyaksikan satu perhimpunan rakyat bertaraf raksasa telah berlangsung di ibunegara. Perhimpunan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan yang menggelar diri mereka dengan Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (BERSIH) adalah bagi menuntut 4 perkara bagi membersihkan sistem pilihanraya negara kita. Memorandum tersebut telah berjaya dihantar dengan jayanya oleh wakil BERSIH kepada pengawal Istana Negara sekitar jam 3.30 petang.
Antara tuntutan yang dipersembahkan ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung adalah seperti berikut :

1. Penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berulang.
2. Pembersihan daftar pemilih yang didakwa turut mengandungi nama orang yang sudah meninggal dunia.
3. Pemansuhan undi pos yang kemungkinan untuk berlaku penyelewengan adalah tinggi.
4. Akses kepada media yang selalu memberikan maklumat berat sebelah.

Perjalanan yang dilalui oleh peserta perhimpunan adalah bermula dari 3 lokasi utama iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek dan Sogo sebelum berjumpa di hadapan Istana Negara. Ternyata bahawa apabila suara rayat disatukan melalui perhimpunan aman seperti itu, ia seakan-akan membawa satu gelombang yang menyeluruh dalam negara iaitu gelombang kebangkitan menuntut hak masing-masing melalui demokrasi.

Sebelum peristiwa ini berlaku, pihak pemerintah hanya tahu untuk menggunakan kuasa yang ada pada mereka bagi terus menekan rakyat seluruhnya. Pihak pemerintah seolah-olah tidak peka dan celik pada perubahan yang berlaku pada pengundi-pengundi mereka sedangkan mereka sehari-hari terus sahaja disajikan dengan berita palsu dari kaca televisyen kononnya rakyat masih teguh berdiri di belakang mereka. Sedikit sebanyak detik kekalahan besar yang dilalui oleh parti pemerintah ketika pilihanraya umum ke 12 akan menjadi titik tolak kepada mereka untuk lebih menghargai sokongan dan dukungan rakyat kepada mereka. Akan tetapi, perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Seakan-akan ingin membalas dendam kepada rakyat, pada tanggal 5 Jun 2008 pemerintah telah mengumumkan peningkatan harga penjualan petrol bersubsidi adalah sebanyak 78 sen kepada RM 2.70 seliter. Ternyata penolakkan secara kaffah terhadap parti pemerintah oleh rakyat seluruhnya pada pilihanraya umum ke 12 telah dipandang dendam oleh pemerintah. Mereka tidak pernah memandang penolakkan itu di sudut yang positif untuk menarik kembali sokongan rakyat untuk mengundi mereka. Hasil daripada dendam yang dicurahkan secara membuta tuli itu, kita disajikan dengan episod kekalahan demi kekalahan parti pemerintah dalam pilihanraya kecil yang diadakan yang mana ianya adalah sesuatu yang luar biasa berlaku di negara kita. Bermula dari pilihanraya kecil Permatang Pauh, merebak ke Kuala Terengganu, berpindah ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau seterusnya Penanti, Manik Urai dan berakhir di Permatang Pasir.

Jadi, di mana ungkapan "Seseorang yang bertaqwa tidak akan jatuh dalam lubang yang sama berulang kali" amatlah sesuai untuk kita terapkan dalam diri kita supaya hikmah yang berlaku atas setiap kejadian yang dirancang ALLAH kepada diri kita tidak menjadi sia-sia. Carilah petunjuk dan pedoman yang tepat untuk kita mentafsirkan setiap kejadian supaya menjadi berguna kepada kita di masa hadapan. Janganlah kita bersifat dendam hanya kerana tidak diberikan kuasa yang sepatutnya oleh ALLAH. Ingatlah, kuasa yang ALLAH berikan kepada kita sebenarnya adalah amanah yang semestinya akan diperhitungkan di padang mahsyar kelak.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

Agensi Luahan Perasaan???

Nampaknya beberapa hari kebelakangan ini, penulis tak habis-habis dikunjungi dengan pelbagai luahan perasaan dari beberapa kenalan di laman sosial. Penulis sendiri tidak mengerti apa sebenarnya tujuan mereka meluahkan perasaan kepada penulis sedangkan ianya tidak pernah diungkit oleh penulis. Macam-macam masalah mereka telah dibangkitkan kepada penulis sehinggakan profil ibrahim libya yang digunakan penulis adalah seperti sebuah agensi perunding masalah atau luahan perasaan. Akan tetapi, luahan mereka tak pernah diabaikan penulis. Agaknya kaedah psikologi yang dimainkan oleh penulis telah mendesak mereka untuk menceritakan masalah mereka walaupun penulis tidak pernah bertanyakan mereka secara langsung.

Sebenarnya penulis tak memandang luahan perasaan mereka sebagai bebanan untuk penulis. Jadi kepada mana pengunjung yang pernah meluahkan perasaan mereka kepada penulis, janganlah merasa bahawa anda telah melakukan kesilapan dengan tindakan tersebut. Ia sebenarnya adalah satu perkongsian yang baik demi mengangkat martabat diri kita ke arah yang diredhai ALLAH. Sesungguhnya ukhuwah yang terbina atas nama ISLAM adalah menuju ke syurga ALLAH. Walaupun penulis tidak belajar tinggi, tetapi penulis akan tetap mencuba untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh mereka berdasarkan pengalaman yang sekelumit di samping kata-kata semangat yang pernah ditiupkan ke jiwa penulis melalui ucapan-ucapan dari ustaz kesayangan penulis. Penulis memandang rapat masalah mereka kerana tak mustahil masalah yang dihadapi mereka itu akan berpindah ke orang-orang terdekat dengan penulis hatta kepada penulis sendiri. Sekurang-kurangnya apabila masalah itu terjadi kepada kami, penyelesaian kepada masalah itu sudah dapat dihidu dan bayangannya juga sudah boleh dijangka.

Ucapan terima kasih penulis kepada kalian semua yang sedia untuk berkongsi masalah dengan penulis. Semoga ALLAH memandang ia sebagai satu lambang pengukuhan ikatan ukhuwah ISLAMIYYAH.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Sunday, November 8, 2009

Real Madrid menang dalam duka....

Sekali lagi pasukan kegemaran penulis, Real Madrid menang dalam pertembungan setempat dengan Atletico Madrid yang kesudahannya Real Madrid menang 3-2 dari Stadium Vicente Calderon yang dijaringkan oleh kombinasi Brazil dan Argentina iaitu Kaka, Marcelo dan Gonzalo Higuain sementara gol-gol musuh kelab bolasepak penulis dijaringkan oleh bekas rakan sepasukan semasa di Argentina iaitu Diego Forlan dan Sergio Aguero. Yang dikatakan duka oleh penulis adalah dalam perlawanan ini, kad merah telah dilayangkan kepada pemain Real Madrid, Sergio Ramos yang merupakan antara pemain kesayangan penulis disamping Kaka, Gonzalo Higuain dan Lassana Diarra.

Salam Perkenalan....

Asalamualaikum sahabat sekalian....

Akhirnya terciptalah juga blog hasil karya penulis sendiri setelah sekian lama terdetik untuk memilikinya. Bukanlah niat penulis untuk tidak mahu memilikinya lebih awal, tetapi memandangkan kesibukkan kerja yang sering membelenggu hidup ini di tambah lagi dengan kursus-kursus yang datang bertali arus membuatkan penulis berasa tak mampu untuk komit pada penulisan berbentuk blog. Niat untuk menulis blog sebenarnya datang dari beberapa permintaan sahabat-sahabat yang dikenali penulis dari laman sosial tertentu yang rata-rata dari mereka menyifatkan bahawa kiriman mesej ringkas kepada mereka seolah-olah mereka sedang membaca blog. Sebenarnya penulis sangat suka untuk menulis andai terdapat isu yang disembangkan semasa berbalas mesej dengan mereka. Dan penulis akan cuba mengolah penulisan mereka sepanjang mungkin bagi menambah rencah dalam persembangan kami. Hatta walaupun mereka cuba membalas dengan memberikan ayat mandatori sekalipun, penulis akan cuba untuk menambahpanjangkan mesej untuk dihantar kepada mereka. Agaknya sebab penulis sangat suka mendengar ucapan dari Al Ustaz Shamsuri Bin Ahmad lah telah menjadikkan penulis mengulas panjang pada satu-satu isu yang ditimbulkan. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan maunah-Nya kepada Ustaz Shamsuri Ahmad kerana banyak mendidik jiwa penulis supaya berfikiran optimis dan kritis terhadap satu-satu isu yang dibangkitkan. Semoga ALLAH memanjangkan usia penulis untuk bersua muka dengan Ustaz Shamsuri Ahmad. Amin...

Ucapan terima kasih juga penulis ucapkan kepada sahabat-sahabat yang setia memberikan semangat kepada penulis untuk menerbitkan blog sendiri walaupun penulis masih terlalu buta dengan dunia jalur lebar. Semoga ALLAH merahmati kalian semua.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!