Friday, April 30, 2010

Apabila 2 Orang Gajah Bertelagah, Mangsanya Adalah Rakyat....

Apakah untungnya kepada rakyat jelata apabila melihat bekas 2 orang gajah bergaduh sesama sendiri walaupun mereka berada dalam fikrah yang sama iaitu berasaskan paksi kezaliman? Mereka barsatu pun bukan dari asas memperjuangkan kebenaran dan keadilan malahan sama-sama mengumpul kekayaan untuk diisi dalam kantung sendiri, ada hati pula nak menuding sesama sendiri. Pernah juga mereka bertengkar sehingga memaksa si MAHAzalim bertindak keluar dari barisan kezaliman membiarkan mahaleLAH terkontang kanting seorang diri sambil diampu oleh menaHANTU asal Rembau. Disangkakan bahawa persengketaan mereka akan tamat selepas MAHAzalim kembali menyatu dengan barisan kezaliman sejurus dewa tertinggi dalam pentadbiran negara mengambil alih tampuk dari mahaleLAH, rupanya ianya kembali dihangatkan dengan pendedahan terkini oleh MAHAzalim. Nyata sekali dendam MAHAzalim terhadap mahaleLAH tidak pernah pudar kerana mampu menarik kekayaan yang melimpah ruah dalam tempoh yang singkat sedangkan MAHAzalim memerlukan 22 tahun memerintah sebelum dikecapi kekayaan yang tiada tolok bandingnya. Akhirnya apabila sama-sama sudah tidak punya kuasa, mereka terpaksa menjadi tukun buruk yang jika dijual dengan kiraan timbang pun belum tentu ada yang mahu beli. Lihat disini dan disini.

Beginilah nasib yang akan didapat oleh mana-mana individu yang berkepentingan duniawi semata tanpa memikirkan balasan yang akan diperolehi semasa roh berada di ghargarah kelak. Pada waktu itu barulah kita akan diperlihatkan dengan segala apa yang diperbuatkan sepanjang hidup. Ketika di dunia lagi ALLAH sudah memperlihatkan bahawa pertalian yang mereka bina jika bukan kerana UKHUWAH ISLAMIYYAH, perbalahan yang tidak terbendung akan melanda. Akibat dari ketamakkan dalam mencari kekayaan dan pengaruh dalam negara, akhirnya 2 tukun buruk ini telah menjadi sampah yang tiada nilainya lantaran kezaliman yang disebarbiakkan sepanjang berkuasa. Dahulu nampak seperti seorang yang gah dengan prinsip dan pendirian tetapi apabila tembelang sudah terbongkar, segala yang nampak cantik hanya indah khabar dari rupa.

Wahai MAHAzalim dan mahaleLAH, kembalilah kamu ke tali ISLAM yang MAHA SUCI ini. Betul yang kamu sudah bersara dari arena politik tanahair tetapi akuilah kamu bahawa pentadbiran kamu yang lepas adalah berpaksi pada kezaliman yang diwarisi oleh parti yang didukungi kamu. Tidak perlulah kamu meneruskan tradisi generasi dahulu yang mangkat semuanya dalam parti paksi kezaliman kecuali seorang. Insaflah kamu sebelum sampainya malaikat pencabut nyawa menghampiri kamu. Semoga kamu beroleh keampunan dari ALLAH dengan meninggalkan perjuangan berasaskan kezaliman.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Thursday, April 29, 2010

Hutang Sudah Langsai????

Sekalung tahniah penulis ucapkan kepada seluruh pendukung Pakatan Rakyat sehingga menjayakan misi untuk memberikan tentangan yang sengit kepada parti pemerintah paksi kezaliman dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor. Juga diucapkan tahniah kepada seluruh pengundi yang berjaya meningkatkan sokongan mereka kepada calon Pakatan Rakyat walaupun hasrat mereka untuk melihat Zaid Ibrahim ke Parlimen tidak tercapai. Sesungguhnya undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat itu adalah sangat besar nilainya buat kami yang bertugas selama tempoh berkempen sedangkan pihak parti pemerintah paksi kezaliman ianya adalah satu tamparan yang hebat kerana walaupun sudah mula berkempen sebelum dari hari penamaan calon, namun undi yang diberikan oleh rakyat Hulu Selangor hanya dibezakan dengan majoriti 1,725 berbanding Pakatan Rakyat. Sepatutnya dengan segala jentera yang diperalatkan oleh mereka secara zalim, majoriti undi yang boleh diperoleh oleh puak paksi kezaliman adalah melebihi 10,000 sebagaimana yang pernah direkodkan mereka dalam pilihanraya umum 2004. Amat memalukan kerana pengendali pilihanraya ini hanya berpeluk tubuh sahaja sedangkan parti paksi kezaliman secara terangan melakukan kesalahan dalam berkempen iaitu berkempen sebelum dari waktunya dan berkempen pada hari pengundian. Memanglah dalam akhbar arus perdana yang berlidah biawak tidak menjuruskan ianya adalah untuk mengundi mana-mana pihak tetapi atas kapasiti mat itu sebagai dewa tertinggi dalam pentadbiran negara yang menyuruh pengundi keluar mengundi awal dan mengundi untuk kesejahteraan, pengundi sudah dipengaruhi minda mereka dengan kewujudan muka dewa itu dan parti yang disertainya. Ini sudah jelas bahawa pelanggaran undang-undang oleh parti paksi kezaliman berlaku dalam mana-mana pilihanraya. Namun apa yang dilakukan oleh pengendali pilihanraya yang sepatutnya bersikap adil ini ialah membiarkan sahaja diri mereka dilacurkan tangan-tangan kejahatan dan kezaliman.


Apapun segala keputusan mengenai pilihanraya ini akan diserahkan kepada pihak judiciari memandangkan calon Pakatan Rakyat sudah membuat petisyen untuk mencabar pengendali pilihanraya ini. Diharapkan keputusan dari pihak judiciari akan menyebelahi pihak kebenaran dan memuaskan hati semua. Semoga ALLAH tidak melunturkan semangat kepada seluruh pendukung perjuangan yang ingin melihat kebenaran dan keadilan tertegak dalam bumi Malaysia ini.

Pilihanraya sudah usai. Sekarang adalah masa untuk menuai hasil dan menuntut janji yang ditabur semasa tempoh berkempen. Dan yang terkini kita melihat sebuah berita dimana dewa tertinggi dalam pemerintahan negara bertindak untuk 'mengotakan janji' pilihanrayanya dengan menyampaikan sumbangan sebanyak RM 3 juta kepada SRJK (C) Rasa. Penulis tidak ingin melihat ia sebagai rasuah dalam pilihanraya kerana ia akan ditentukan kelak tetapi apa yang menarik perhatian adalah dimana dalam kenyataan itu dikatakan bahawa hutang antara pemerintah dengan pengundi SUDAH LANGSAI. Lihat disini. Ini bermakna sudah tidak ada lagi peruntukkan yang akan disalurkan oleh pemerintah zalim ini dengan mana-mana pihak yang berada dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ini sehingga sekurang-kurangnya sebelum pilihanraya umum ke 13 atau kematian di sini memandangkan perjanjian antara mereka dilangsaikan dengan saluran sumbangan tersebut. Sangat beruntung penulis ucapkan kepada pengundi berbangsa cina di kawasan ini kerana walaupun tidak memberikan undi kepada parti paksi kezaliman, nasib mereka tetap dipandang oleh pemerintah zalim. Penulis sangat berbesar hati dengan sokongan yang mereka berikan kepada calon Pakatan Rakyat hanya kerana ingin melihat pihak kebenaran berada mewakili mereka. Seterusnya simpati penulis lontarkan kepada pengundi dari kawasan FELDA di sana memandangkan undi yang mereka berikan untuk parti paksi kezaliman dipandang lekeh dan diperkotak-katikkan oleh mereka.

Semoga mereka melihat undi yang diberikan kepada parti paksi kezaliman ini adalah satu kesilapan besar dalam hidup mereka kelak untuk tidak lagi memberikan sokongan pada pilihanraya umum ke 13. Amin.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Senator Mat Opportunis?????

Barangkali pemerintah pusat sudah kehilangan akal atau kewarasan akal apabila mereka bertindak melantik seorang bekas ketua buangan Angkatan Muda Keadilan sebagai wakil mereka dalam persidangan Dewan Negara. Alangkah dangkalnya pemikiran tangan-tangan yang melantik Mat Opportunis ini kerana walaupun sudah lama meninggalkan majikannya iaitu Parti Keadilan Rakyat sekian lama, namun gerak pertuturan yang dilontarkan saling tak tumpah dengan ikon reformasi dalam negara. Apakah dengan 'kehilangan' yang benar-benar dirasai oleh pendukung aspirasi DS Anwar Ibrahim semasa beliau berkuasa, masih merindui perbahasan seumpama DS Anwar sehingga sanggup melantik seorang yang keseluruhannya tidak diketahui. Lihat disini.

Harus diingat bahawa Mat Opportunis ini menyerahkan borang untuk menyertai parti paksi kezaliman sejurus selepas MAHAzalim meninggalkan sementara parti berkenaan. Secara analisis sendiri, penulis beranggapan bahawa kemasukkan Mat Opportunis ke dalam paksi kezaliman masa itu adalah untuk mendakwa MAHAzalim berhubung pelbagai salahguna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh MAHAzalim sepanjang berkuasa. Namun sangkaan penulis adalah meleset sama sekali apabila melihat baculnya Mat Opportunis ini untuk mengadukan bukti-bukti yang digembar-gemburkan semasa berada dalam PKR itu, langsung tidak dipedulikan untuk didakwa.

Nyata sekali Mat Opportunis ini berjaya memainkan peranan beliau untuk menjadi balaci bacul berselindung di sebalik kewangan melimpah ruah tajaan pemerintah zalim. Kemunculan Mat Opportunis dalam merata siri program penerangan telah menarik minat beberapa akhbar lidah biawak pemerintah sehinggakan mampu menghiasi tajuk utama yang kononnya meminta maaf kepada seluruh rakyat lantaran keceluparan dia membela DS Anwar.

Woiiii, Mat Opportunis !!!!
Kamu membela DS Anwar kerana apa?
Apakah kamu membela DS Anwar pada waktu itu kerana kamu berasa simpati dengan nasibnya?
Ataukah kamu membela DS Anwar kerana untuk memikat hati Nurul Izzah?
Ataukah kamu membela DS Anwar kerana ingin beroleh projek untung jutaan ringgit sebagaimana ianya dihalalkan ketika berada dalam parti paksi kezaliman?
Ataukah kamu membela DS Anwar kerana merasakan bahawa apa yang berlaku itu adalah zalim?
Kenapa kamu tidak spesifikkan sahaja permohonan maaf kamu ke atas orang-orang yang terlibat dalam konspirasi 1998 itu?

Sujud sahaja kamu di atas kuburan penulis buku fitnah 50 Dalil, hakim gula-gula Hacks, Ketua Polis yang MAHAsamseng, seorang Umi yang tidak layak bergelar ibu, pendakwa raya 4 tahil dan Ketua Polis yang naik pangkat hanya kerana mengusung tilam ke mahkamah. Apakah kamu sudah lupa yang mahkamah sudah membersihkan DS Anwar dari sebarang pertuduhan yang direkacipta skripnya oleh MAHAzalim pada September 2004? Bukankah dalam dialog MAHAzalim ketika berlangsungnya himpunan tahunan parti paksi kezaliman pada 2001 telah menyebut MeLAYU Mudah Lupa? Apakah kamu sudah termakan sumpahan MAHAzalim dan terus menjadi lupa pada seluruh fakta yang wujud, ataupun kamu dilupakan dengan duit? Terang lagi bersuluh bahawa Mat Opportunis ini sudah menyalahi fitrah sebagai seorang manusia apabila bertindak menyebelahi paksi kezaliman dengan membelakangkan pembebasan DS Anwar oleh pihak judiciari. Oleh itu, Mat Opportunis ini tidak layak diangkat sebagai saksi dalam mana-mana pertuduhan selepas ini kerana haknya itu dengan sendirinya gugur lantaran cenderungnya dia berpaksi kezaliman. Semoga ALLAH masih membuka mata hati beliau untuk kembali dalam perjuangan walaupun terpaksa menelan pahit kerana pembelotannya itu.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Monday, April 26, 2010

Keputusan Adalah 7-3...

Seperti yang sudah tersurat apabila keputusan diumumkan oleh pengendali pilihanraya malam tadi menunjukkan bahawa ketakmenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Seperti yang sudah dijangka apabila kelihatan berpusu-pusu puak menteri pusat memasuki perkarangan dewan tempat perjumlahan undi, penulis bersama 2 orang beradik serta 3 orang sahabat, bergegas berangkat pulang ke negeri asal perjuangan iaitu, Johor. Namun dalam ketika perjalanan pulang itu, sudah mula terdetik untuk penulis kembali semula ke Selangor membantu perjuangan apabila pelbagai khabar angin mengatakan adanya anggota Dewan Undangan Negeri telah kembali ke negeri abadi. Tidak kurang dari 3 kematian yang kononnya digembar-gemburkan ke telinga penulis sepanjang berada di Hulu Selangor namun semuanya dinafikan oleh individu yang terbabit.

Apa yang menarik perhatian penulis sepanjang di Hulu Selangor ialah sebuah pesta untuk menarik undi secara berleluasa. Jika ianya adalah berbentuk penerangan terhadap sesuatu isu, bagi penulis ia adalah perkara lumrah dalam pertandingan. Tetapi apa yang paling menghairankan ialah terdapatnya sogokan terhadap pemilih yang berada sekitar kawasan FELDA yang keterlaluan dan disifatkan oleh penulis sebagai melanggar etika berkempen seperti yang disyaratkan. Tidak perlulah penulis mengemukakan bukti kerana di maya ini bukanlah medium yang sesuai untuk dibuktikan. Adalah terlalu durjana buat parti pemerintah pusat yang zalim kerana telah mempergunakan ketandusan maklumat pemilih di kawasan terpencil untuk mengaburi mata mereka dari melihat parti kebenaran. Adakah ini tidak dianggap oleh pemerintah zalim sebagai rasuah dalam pilihanraya? Apakah pengendali pilihanraya ini terlalu buta untuk melihat salah laku yang diamalkan oleh parti paksi kezaliman sehingga membiarkan sahaja suruhanjaya yang sepatutnya berlaku ADIL, menjadi budak suruhan pemerintah zalim? Dengan segala media arus perdana dipergunakan untuk menghentam parti lawan dan kononnya mendesas-desuskan aspirasi pemerintah zalim, apakah kita akan mampu untuk menghadapi sebuah suasana pilihanraya yang benar-benar telus dan ADIL? Nyata sekali dewa tertinggi dalam pemerintahan pusat ini telah menggunakan ikonnya yang digelar dengan MAHAzalim untuk menindas dan menghenyak pejuang-pejuang keADILan dengan seluruh jentera yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan sampailah ke media telah dikelabui dari berlaku ADIL. Lihat disini.

Semoga ALLAH tidak menjadikkan ketakmenangan pihak kebenaran di Hulu Selangor ini sebagai pematah semangat dari terus berjuang bermati-matian menegakkan agama suci ISLAM. Sesungguhnya tazkirah dari setiap perkara yang didatangkan ALLAH adalah untuk lebih menguatkan lagi azam kita supaya terus istiqomah dalam menerangkan isu kepada rakyat. Semoga ALLAH memperkenankan doa kita semua untuk melihat ISLAM kembali digemilangkan atau dijemput ALLAH sebagai tetamu-Nya yang SYAHID.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Thursday, April 22, 2010

Cenderung Menyebelahi Zionis....


Sungguh terang lagi bersuluh apabila pemerintah telah mengambil langkah bangsat menghentikan penghantaran bekalan gasolin petroleum bertapis ke Iran. Tindakan berkenaan adalah dilihat sebagai satu usaha yang memusuhi sebuah negara berdaulat Iran sambil mengiktiraf pendudukan haram Zionis di tebing barat sana kerana umum mengetahui bahawa kedua-dua blok berkenaan sudah bermusuh sejak sekian lama. Apa yang lebih memeranjatkan ialah sebagai pengerusi sebuah pertubuhan mewakili negara ISLAM iaitu OIC, sepatutnya pemerintah ini menyokong negara yang bernaung dalamnya dan bukannya menindas atau mendukungi aspirasi jahanam Zionis. Terlalu mengecewakan kerana dutanya yang berkhidmat di New York juga telah dipanggil pulang hanya disebabkan tidak menyokong resolusi untuk menyekat program pangayaan uranium oleh Iran di PBB. Walaupun dolak-dalih yang dimainkan oleh pemerintah berhubung kontrak yang disandang oleh wakil terbabit, tetapi rakyat jelata sudah dapat mentafsir bahawa ianya ada kaitan dengan pendirian peribadi wakil itu untuk tidak menyokong resolusi berkenaan. Maka demi mengelak dari menerima tekanan oleh kuasa-kuasa besar dunia yang memonopoli ekonomi kapitalis, pemerintah telah mengambil keputusan dangkal menamatkan perkhidmatan wakil berkenaan. Lihat disini.

Penulis juga percaya bahawa tindakan menyekat penghantaran gasolin ini ke Iran adalah rentetan dari desakan oleh kuasa-kuasa yang sedang menakluki Putrajaya termasuk sebagai balasan atas penerimaan jemputan pertemuan antara dewa tertinggi dalam pemerintah zalim dengan presiden Amerika. Kemungkinan ada yang beranggapan bahawa proses ini adalah sebagai langkah biasa dalam perniagaan tetapi kenapa harus ianya bermula sejurus selepas perjumpaan dengan Obama? Apakah dengan menurut aspirasi yang dilontarkan oleh Zionis akan menyebabkan negara ini tidak akan dijajah oleh mereka? Dengan keadaan kita masih mempunyai helikopter Nuri, jet tanpa enjin dan kapal selam yang timbul, apakah masih kebal kubu pertahanan kita dari di serang oleh musuh-musuh yang durjana?

Dan apa yang lebih melucukan ialah apabila mereka pula sekarang ini menuding jari ke arah Wira Permatang Pauh yang kononnya adalah ejen Zionis seperti yang dituduh oleh Mat Opportunis yang lenggok percakapan dia saling tak tumpah seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kenapa perlu untuk menunggu masa berkempen pilihanraya sahaja baru nampak muka sedangkan selama ini tidak pula menghebohkan berkenaan bukti hubungan rapat antara DS Anwar dengan pemimpin yahudi? Apakah perbuatan DS Anwar itu tidak boleh disamakan dengan kunjungan MAHAzalim ke atas sebuah negara Vatican City dan bertemu pula dengan Pope John Paul 2 pada masa dia berkuasa? Lihat disini.

Ternyata bahawa apa yang sedang dipertuduhkan oleh mereka berhubung perwatakkan DS Anwar yang cenderung kepada Zionis telah memakan diri kerana sebutir-sebutir maklumat tentang adanya tangan-tangan Zionis dalam pemerintahan negara ini didedahkan oleh ALLAH. Terpulang kepada kita semua untuk menerangkan kepada rakyat seluruhnya berkenaan bahayanya pemikiran menidakkan perjuangan mendaulatkan keADILan ISLAM dalam negara. Semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil pada Ahad nanti atau kami SYAHID dalam mempertahankan akidah dari dipesongkan.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

Wednesday, April 21, 2010

Keputusan Yang Bijak...

Penulis sangat-sangat bersyukur ke hadrat ALLAH yang MAHA MERANCANG segalanya apabila dengan ilham yang dititipkan ke dalam istikarah pemimpin atasan Pakatan Rakyat telah sedikit sebanyak menunjukkan hasil bilamana kita melihat seorang disebut-sebut sebagai bakal calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor berpaling tadah dari perjuangan. Penulis secara peribadi langsung tidak mengenali siapakah pakar bedah berkenaan akan tetapi sebagai manusia yang taat, kita akan sentiasa bersangka baik terhadap sesama anggota dalam pakatan. Digembar-gembur dalam akhbar arus perdana bahawa pakar bedah ini adalah salah seorang dari ribuan manusia yang mengasaskan Parti KeADILan Rakyat namun bagi penulis jawatan sebagai pengasas tidak langsung membawa erti sekiranya kepentingan perut sendiri lebih diutamakan berbanding dengan melihat kesejahteraan rakyat di bawah sistem yang adil dan tidak memilih bulu.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa seorang kelahiran Johor yang juga pengasas kepada parti perkauman terbesar di Malaysia ditubuhkan pada 1946 telah meninggalkan parti kerana melihat perjuangan mereka sudah melencong. Konteksnya antara seorang pejuang silam dengan pakar bedah ini adalah berlainan sama sekali kerana sewaktu pejuang silam meninggalkan parti, jawatan yang disandang adalah sebagai presiden sedangkan pakar bedah ini hanya kucing k***p yang keseluruhannya tidak dikenali. Pejuang silam ini juga tidak sesekali menggadai maruah dirinya untuk menyertai parti lain yang dirasakan bersesuaian dengan kehendaknya tetapi bertindak menubuhkan parti baru sedangkan pakar bedah ini telah melanggar prinsip selepas mengumumkan untuk menyertai parti paksi kezaliman. Lihat disini.

Dan antara kenyataan yang paling menggamit hati penulis adalah dimana kenyataan seorang bawahan dalam parti paksi kezaliman semata-mata mahu menyedapkan hati pakar bedah ini. Kenyataan itu berbunyi lebih kurang bahawa sekiranya pakar bedah berkenaan berada dalam parti paksi kezaliman lebih awal, kemungkinan dia adalah calon bagi menentang Zaid Ibrahim di Hulu Selangor. Apakah mat ini sudah terlalu ingin memberontak kepada dewa tertinggi dalam kezaliman yang awal-awal lagi menyampaikan penerangan untuk meletakkan calon dari parti tok sami? Apakah dengan mencadangkan nama pakar bedah ini sebagai calon sekiranya diizinkan tidak mengganggu harmoni antara hubungan kezaliman dia dengan seorang mat yang sudah lama mengidam kerusi itu iaitu seorang yang tidak mengisytihar duit dia dengan pihak berkuasa Australia hanya kerana tidak faham berbahasa inggeris? Disini ianya sudah menampakkan bahawa adanya percanggahan antara mat ini dengan dewa tertingginya dan dengan mat bekas menteri besar yang melarikan anak kerabat berbaju kuning. Tepuk dada, UNDILAH PAKATAN RAKYAT.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Sunday, April 18, 2010

Pemerintah Pusat Tidak Zalim????

Itulah yang terpacul keluar dari mulut seorang Mat Pagoh dalam satu kenyataannya bagi menepis dakwaan yang dilontarkan oleh Wira Permatang Pauh. Penulis tidak tahu apa garispanduan yang digunapakai oleh Mat Pagoh ini untuk menerangkan bahawa pemerintahan tertinggi peringkat pusat ini tidak pernah berlaku zalim, tetapi rakyat tetap mengetahui yang penipuan adalah salah satu dari cabang kezaliman. Belumpun cukup seminggu malahan beberapa hari lepas sahaja, Mat Pagoh ini telah melakukan penipuan peringkat dewa apabila mengumumkan calon yang bukan kelahiran Hulu Selangor dalam satu majlis umum bagi mewakili partinya bertanding pada pilihanraya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Apakah dengan cara tidak berkata benar ini tidak boleh disifatkan dengan satu bentuk kezaliman oleh rakyat? Apakah dengan pemilihan calon yang bukan dari orang pilihan tok sami yang keramat di Sungai Siput sebelum 2008 ini tidak boleh diambilkira telah menzalimi tok sami berkenaan?

Berikut penulis paparkan sedikit dari banyaknya kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah pusat. Semoga ianya akan menjadi renungan buat kita semua agar tidak terus terpengaruh dengan dakyah yang menyesatkan suntikan dari doktrin kekejaman.

MEMBUNUH 14ORANG PEJUANG ISLAM DIMEMALI PADA TAHUN 1985
Mencaci sunnah nabi .
Merompak harta rakyat .
Memperlekeh alim ulama’ .
Meroboh mesjid, surau.dan menutup sekolah Agama.
Melacurkan seluruh jentera kerajaan .
Menghina hukum hudud .
Membelasah rakyat dalam demontrasi aman .
Memecat mufti dan membela ratu cantik .
Membodohkan minda rakyat .
Memindahkan kekayaan negara kepada kroni .
Menumbuk dan meracun DSAI dalam penjara .
Mereka-reka tuduhan palsu .
Menyekat kebebasan media massa .
Membebankan rakyat dengan hutang piutang .
Mengongkong kebebasan bersuara mahasiswa .
Menghalau, meroboh dan membakar rumah setinggan .
Menghalalkan lesen perjudian , perlacuran , dan arak .
Mematuhi segala perintah Yahudi dan Nasrani-Obama dan Ehud Barak laknats
Meletakkan maruah agama , bangsa , dan negara di tahap paling hina dalam sejarah.
Mempergunakan PDRM FRU untuk menyerang ceramah PAS
Mengamalkan rasuah - politik wang.
Menjual enjin jet pejuang kepada negara asing.
TIDAK MENGAMALKAN HUKUM ALLAH DALAM PERUNDANGAN.
Tidak menegur isteri dewa tertinggi yang tidak menutup aurat.
Mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan yang tidak berasas.
Mengeksploitasi peristiwa di Sauk.
Tunduk dengan tuntutan Obama untuk menghantar tentera pengaman di Afghanistan.
Menafikan bayaran ROYALTI MINYAK untuk Kelantan.

Membina ikon kempen pilihanraya menyamai ikon zionis iaitu bintang 6.

Masih belum mampu menangkap Arifin Mohamad sedangkan maklumat perisikkan kita adalah diperakui antara yang terbaik.

Mengekalkan undang-undang rimba iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Merampas negeri Perak secara tak bertamadun.
DAN BANYAK LAGI!!!!!!!!!!!!!!

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Friday, April 16, 2010

Lembu Punya Susu, Sapi Mendapat Nama....

Alangkah kejinya seorang Mat Pagoh kerana telah menipu kita semua terutama pengundi bagi kawasan pilihanraya kecil Hulu Selangor selepas peristiwa pengumuman calon bagi mewakili parti pemerintah zalim itu. Calon yang kononnya mampu diangkat oleh pengundi untuk meneruskan aspirasi kezaliman pemerintah itu adalah bukan kelahiran di mana-mana Dewan Undangan Negeri dalam kawasan parlimen Hulu Selangor. Sedangkan dalam kenyataan sebelum ini disebut-sebut oleh Mat Pagoh ini bahawa calon yang akan bertanding atas tiket kezaliman itu adalah dari kalangan anak tempatan. Lihat disini.

Ternyata pemilihan yang dilakukan oleh jawatankuasa tertinggi parti kezaliman ini telah membelakangi hasrat agung dari seorang sami yang kononnya keramat di Sungai Siput sehinggalah pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang ingin melihat jari telunjuknya, iaitu bekas calon yang sudah ditolak oleh pengundi di Hulu Selangor bagi mengangkat calon Pakatan Rakyat. Dalam kenyataan terdahulu, tok sami ini telah mengemukakan nama tunggal bagi kerusi Hulu Selangor tetapi berada dalam pergelutan yang agak panjang kerana adanya desakan untuk melihat timbalan ketua pemuda parti tok sami ini mewakili kezaliman. Akhirnya apabila diumumkan oleh Mat Pagoh yang dayus kerana berbohong, kedua-duanya telah bertukar menjadi arang dan abu dengan pemilihan orang luar yang keseluruhannya tidak diketahui oleh pengundi. Agaknya idea untuk menamakan calon luar dan bukannya anak tempatan adalah ciplakkan dari pemilihan calon mewakili Pakatan Rakyat yang juga bukan kelahiran Hulu Selangor sebagaimana mereka menciplak idea gagasan 1Malaysia dari sebuah negara paksi kezaliman. Wallahua'lam. Lihat disini.

Pesanan untuk pengundi di kawasan parlimen Hulu Selangor, teruskanlah kebijaksanaan anda untuk membuat timbangan yang rata dalam menilai keupayaan individu dalam membela nasib anda. Bukti sudah jelas bahawa pemimpin yang berada selangkah di belakang dewa tertinggi adalah seorang yang pembohong. Jika isunya Zaid Ibrahim bukan kelahiran tempatan, calon pemerintah zalim juga tidak berasal dari kawasan anda. Dan andai dikhabarkan bahawa hanya calon tempatan sahaja yang mampu menzahirkan aspirasi pengundi untuk dibawa ke peringkat pusat bagi tindakan pembangunan, kawasan penulis di kawasan parlimen Pulai sudah terbukti jelas yang mana rakyat di perumahan setinggan telah diusir keluar tanpa diberikan pampasan yang setimpal oleh pemaju dengan perumahan yang disediakan adalah serupa kandang haiwan ternakan. Sedangkan anggota parlimen untuk kawasan ini adalah dari kalangan anak tempatan yang mewarisi undi dari allahyarham ayahnya. Jadi, janganlah kerana termakan dengan pujukan rayu dari orang-orang yang berkenaan menyebabkan iman anda gugur yang akibatnya ianya memburuk seperti kawasan penulis.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Wednesday, April 14, 2010

Untungnya Jika Menjadi Penasihat...



Beginilah jadinya jika kita sudah termakan budi dengan orang zalim sehingga sanggup membayar sejumlah besar kepada sebuah pertubuhan yang diasaskan dengan pemikiran zionis. Jumlah yang dibayar oleh pemerintah zalim kepada zionis zalim adalah sangat besar kerana jumlah sebelum ini yang dinyatakan adalah sebanyak RM 28 juta sedangkan jumlah sebenar yang dibayar hanya untuk menjadi penasihat kepada gagasan pelik 1Malaysia adalah sebanyak USD 24 juta yang jika diringgitmalaysiakan berjumlah hampir RM 77 juta. Penulis tidaklah sangat bijak dalam cabang ilmu ekonomi tetapi berpendapat kenyataan menteri yang menjaga hal ehwal parlimen kita ini adalah suatu kenyataan yang ingin mengelirukan rakyat. Dan kalaupun sungguh Apco Worldwide dibayar dengan RM 28 juta semata-mata mencanangkan aspirasi mengarut 1Malaysia itu sudah dianggap melampau, inikan pula wang rakyat dibazirkan sebanyak RM 77 juta. Sangat tidak masuk akal jika difikirkan balik kerana pemerintah zalim ini sanggup mencekik darah dan keringat rakyatnya semata-mata untuk mengayakan mentor mereka dalam melakukan kezaliman. Lihat disini.

Semoga ALLAH melindungi kita semua dari kemurkaan-Nya akibat dari kesepakatan pemerintah untuk bersama dengan zionis dalam menegakkan kezaliman mereka.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Tuesday, April 13, 2010

Zaid Yang Terpilih...


Tahniah penulis lontarkan kepada mantan orang antara paling kanan bagi parti pemerintah zalim iaitu Zaid Ibrahim kerana telah diberikan laluan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pertembungan pilihanraya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor 25 April nanti. Walaupun ramai yang sudah menjangka bahawa Zaid Ibrahim adalah nama yang meniti di bibir, namun bagi penulis ianya adalah sesuatu yang baru. Bukanlah penulis tidak langsung menjangka pemilihan Zaid Ibrahim tetapi dalam perkiraan penulis dia adalah berada dalam kedudukan kedua atau ketiga. Apapun, pemilihan sudah diumumkan dan menjadi kewajipan buat seluruh pejuang supaya mentaati keputusan yang disepakati secara syura'. Yang penting bagi kita adalah merapatkan saf perjuangan agar kerusi yang disandang oleh Pakatan Rakyat ini tidak terlepas ke tangan parti pemerintah zalim.

Sesungguhnya besar sekali cabaran yang akan dilalui oleh pejuang Pakatan Rakyat untuk memenangi hati rakyat di Hulu Selangor memandangkan beberapa siri lompatan tak bertamadun dilakukan oleh mereka-mereka yang bersifat oportunis sehingga menggadai prinsip perjuangan dan maruah diri dengan mengemis sujud menyembah kaki dewa tertinggi dalam pemerintahan zalim. Walaupun begitu, perjuangan tidak pernah surut dari diuji. Jika tidak mahu diuji, lebih baik kita menyertai parti yang tidak bertanding secara demokrasi tetapi ingin menegakkan sistem khalifah dalam pentadbiran. Membujur lalu melintang patah. Sekali melangkah takkan berundur walau setapak. Itulah prinsip pejuang yang ditanam. Semoga ALLAH meredhai pemilihan ini untuk memberikan momentum kepada Pakatan Rakyat dalam mengambilalih pemerintahan dari parti pemerintah zalim.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Saturday, April 10, 2010

Semakin Meriah Malaysia Dengan PeRAYAan...

Umum mengetahui bahawa negara Malaysia akan menyaksikan sebuah lagi pilihanraya kecil yang menjadikkan ia sebagai pilihanraya ke sebelas selepas pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008. Sementara itu yang masih menanti jawapan dari perundangan adalah parlimen BATU dan DUN Kota Siputeh di Kedah. Apapun, kita serahkan segala yang belegar dalam tirai mahkamah menurut perundangan dan kebijaksanaan untuk mengeksploitasi situasi samada mengekalkan BATU atau membubarkan Kota Siputeh. Pilihanraya kecil yang ke sebelas ini adalah dilangsungkan dari borneo apabila wakil pemerintah zalim dari parlimen Sibu telah diundang untuk diadili segala amalan dia sepanjang berkuasa dan memimpin rakyat. Terbuktilah bahawa segala apa jua pangkat yang disandang di atas dunia ini hanyalah sementara apabila jawatan timbalan menteri tidak di bawa masuk menghadap malaikat Mungkar dan Nakir sebagai asas melepaskan diri dari soalan yang diajukan. Lihat disini.

Semoga ALLAH mengembalikan kemenangan kepada yang HAK dalam pilihanraya yang bakal dilangsungkan samada serentak dengan pilihanraya keseluruhan Dewan Undangan Negeri Sarawak mahupun pilihanraya tunggal parlimen Sibu. Dan didoakan semoga adanya kesepakatan pada pilihanraya ini untuk Pakatan Rakyat bertanding satu lawan satu dengan calon pemerintah zalim bagi menambahkuatkan jentera pejuang supaya tidak berbelah bagi dalam meraih kepercayaan pengundi.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Wednesday, April 7, 2010

Kapal Sendiri Yang Bocor, Dituduhnya Kapal Orang Yang Nak Karam...

Pada hari ini dewa tertinggi dalam pemerintahan zalim pusat telah menghadiri sebuah keramaian selama sehari yang diadakan di negeri yang aman di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat bertujuan untuk kembali menegakkan kuku besi mereka di Selangor. Berbagai-bagai aspirasi untuk meninggikan semangat telah dilontarkan mereka sepanjang keramaian yang berlangsung antaranya ialah BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13. Dan selaku penakluk organisasi tertinggi peringkat negeri (walaupun dewa ini bukan berasal dari Selangor), dia kelihatan bersungguh-sungguh menitipkan kata penuh semangat demi menguatkan benteng partinya yang semakin rapuh. Bukti yang jelas penulis kemukakan bagi menggambarkan kegoyahan mereka adalah bagaimana rakan perkongsian membolot harta rakyat yang mewakili kaum cina telah bertindak keluar dari keramaian. Tindakan yang hadir dari belasan wakil parti berkenaan adalah kerana merajuk hati selepas melihat tiadanya wakil parti berkenaan yang dijemput berada di atas pentas utama dan lagu yang dimainkan hanya lagu induk dituruti dengan lagu parti komponen dari kaun melayu. Lihat disini.

Tidaklah penulis ingin mencampuri kegiatan mereka dalam berkomplot bagi merampas Selangor yang aman dalam pentadbiran Pakatan Rakyat, tetapi apa yang dilontarkan hanya sebagai renungan kepada kita supaya menilai kapal manakah yang sedang dilambung gelora dan menunggu masa untuk karam. Dan apa yang melucukan adalah digembar-gemburkan bahawa Pakatan Rakyat telah kekurangan calon yang berwibawa hanya kerana menyenarai pendekkan 12 orang nama sedangkan pemerintah mempunyai ramai calon berpotensi dengan mengemukakan seorang calon tunggal dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Memang benar lah apa yang disifatkan oleh sesetengah orang yang mengatakan bahawa media arus perdana sangatlah bijak dalam membilang kerana antara 12 orang dan tunggal, yang tunggal inilah paling banyak untuk dibuat pilihan. Wallahua'lam.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Sunday, April 4, 2010

Idea Bangsat Cedokkan Dari Sambutan Meriah Terhadap Ceramah Pakatan Rakyat...

Pada malam ini akan berlangsungnya sebuah siri penerangan dari parti pemerintah zalim di kawasan yang berdekatan dengan kediaman penulis. Dikhabarkan bahawa saudara yang akan memberikan kebernasan idea mengampu kezaliman adalah datangnya dari seseorang yang pernah penulis abadikan sementara sebagai ikon pengganti kepada Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga mantan setiausaha politik DS Anwar. Ternyata bahawa keyakinan penulis terhadap seorang opportunis ini adalah luntur sama sekali lantaran kemasukkan semula dia ke dalam gerombolan puak-puak zalim setelah sekian lama penulis mendengar ucapannya yang mendukungi kebenaran dan keadilan. Walaupun begitu, penulis tidak hairan dengan keterbukaan orang ini untuk berpaling tadah daripada perjuangan kerana ianya adalah suatu proses biasa dalam menapis pejuang-pejuang yang benar menunjukkan keikhlasan. Cuma seperkara yang penulis sangsikan pada malam ini, apakah rakan pihak berkuasa yang mempunyai black maria akan mengadakan sekatan jalanraya dan mengganggu siri program penerangan ini memandangkan rata-rata ceramah dari Pakatan Rakyat sudah mula menerima tekanan yang amat dahsyat dari mereka di negeri yang dominan dengan pemerintah zalim ini? Sama-sama kita menunggu berita pada keesokkan harinya dari lidah-lidah pengampu melalui tulisan akhbar arus perdana kerana setiap kesulitan yang mereka hadapi akan diterjemahkan di sana. Dan jika berjalan lancar sekalipun akan tetap dikarang di dalamnya walaupun jumlah kehadiran pengunjung diragui. Rupa-rupanya orang ini tidak hanya menyerang kubu gerombolan zalimnya sahaja di kawasan kediaman penulis. Di Pulau Pinang juga akan berlangsungnya program penerangan mengampu kezalimannya dengan mengambil ikon DS Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sebagai muka pada pemidang. Lihat di sini. Apakah orang ini tak punya identiti yang sendiri dalam menonjolkan diri sebagai pemidato pengampu? Sudahlah gaya dalam bertutur juga seakan-akan DS Anwar, apakah untuk mempromosi ceramah sendiri pun mahu menggunakan lambang DS Anwar? Apakah dia sudah menganggap bahawa DS Anwar sebagai dewa yang dia sembah sebagai tuhan walaupun sudah membelakangkan 'tuhannya' itu untuk dia pula menjadi tuhan? Perlukah ada ramainya DS Anwar yang mencirikannya tanpa perlu ada identiti lain untuk meraih sokongan dan dukungan berterusan dari rakyat? Tepuk dada, tanya iman.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Thursday, April 1, 2010

Amalan Syirik Akhbar Akhirnya Dihapuskan Pemerintah..


































Alhamdulillah berbanyak kesyukuran penulis ungkapkan ke hadrat ALLAH yang MAHA PERKASA kerana dengan inayah-Nya telah mengilhamkan kepada pemerintah zalim supaya amalan yang sudah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 1987 telah dipatuhi mereka untuk tidak lagi mengulangi amalan syirik dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara pada setiap 31 Julai saban tahun. Sangat hairan penulis kerana pemerintah zalim ini mengambil masa sehingga hampir 23 tahun untuk memahami fatwa yang dikeluarkan sendiri menurut skrip mereka tetapi tidak difahami. Agaknya bahasa yang digunakan oleh pengeluar fatwa tersebut adalah dalam bahasa yang sukar difahami sehinggakan pemerintah zalim ini terpaksa menjemput jurubahasa dari luar untuk menterjemahkan bahasa yang digunakan. Adapun jika bahasa sendiri digunakan oleh pengeluar fatwa, penulis juga tidak hairan andai pemerintah zalim kesukaran untuk memahami isi kandungan dalam fatwa tersebut kerana dasar pendidikan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik pun sudah diajar dalam bahasa bukan pertuturan sehingga seawal-awalnya 2012. Lihat disini.

Apakah sudah tidak ada cara lain untuk menyambut hari memperingati pahlawan sebagaimana yang disyariatkan? Apakah dengan meletakkan kalungan bunga di patungan akan menyebabkan mereka yang terkorban sebagai pahlawan akan mendapat syafaat? Tidak malukah kepada negara ISLAM lainnya dimana seorang pengerusi pertubuhan Oh, I See boleh melakukan syirik yang sedemikian rupa sambil diperhatikan oleh negara luar hatta oleh seorang cucu tok wali juga? Ada akal, nilailah mengikut pertimbangan ilmu. Semoga ALLAH membuka lebih banyak ruang pembetulan terhadap kesilapan-kesilapan pemerintah zalim ini supaya negara kembali diberkati dan dilindungi dari sebarang musibah.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!