Friday, April 16, 2010

Lembu Punya Susu, Sapi Mendapat Nama....

Alangkah kejinya seorang Mat Pagoh kerana telah menipu kita semua terutama pengundi bagi kawasan pilihanraya kecil Hulu Selangor selepas peristiwa pengumuman calon bagi mewakili parti pemerintah zalim itu. Calon yang kononnya mampu diangkat oleh pengundi untuk meneruskan aspirasi kezaliman pemerintah itu adalah bukan kelahiran di mana-mana Dewan Undangan Negeri dalam kawasan parlimen Hulu Selangor. Sedangkan dalam kenyataan sebelum ini disebut-sebut oleh Mat Pagoh ini bahawa calon yang akan bertanding atas tiket kezaliman itu adalah dari kalangan anak tempatan. Lihat disini.

Ternyata pemilihan yang dilakukan oleh jawatankuasa tertinggi parti kezaliman ini telah membelakangi hasrat agung dari seorang sami yang kononnya keramat di Sungai Siput sehinggalah pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang ingin melihat jari telunjuknya, iaitu bekas calon yang sudah ditolak oleh pengundi di Hulu Selangor bagi mengangkat calon Pakatan Rakyat. Dalam kenyataan terdahulu, tok sami ini telah mengemukakan nama tunggal bagi kerusi Hulu Selangor tetapi berada dalam pergelutan yang agak panjang kerana adanya desakan untuk melihat timbalan ketua pemuda parti tok sami ini mewakili kezaliman. Akhirnya apabila diumumkan oleh Mat Pagoh yang dayus kerana berbohong, kedua-duanya telah bertukar menjadi arang dan abu dengan pemilihan orang luar yang keseluruhannya tidak diketahui oleh pengundi. Agaknya idea untuk menamakan calon luar dan bukannya anak tempatan adalah ciplakkan dari pemilihan calon mewakili Pakatan Rakyat yang juga bukan kelahiran Hulu Selangor sebagaimana mereka menciplak idea gagasan 1Malaysia dari sebuah negara paksi kezaliman. Wallahua'lam. Lihat disini.

Pesanan untuk pengundi di kawasan parlimen Hulu Selangor, teruskanlah kebijaksanaan anda untuk membuat timbangan yang rata dalam menilai keupayaan individu dalam membela nasib anda. Bukti sudah jelas bahawa pemimpin yang berada selangkah di belakang dewa tertinggi adalah seorang yang pembohong. Jika isunya Zaid Ibrahim bukan kelahiran tempatan, calon pemerintah zalim juga tidak berasal dari kawasan anda. Dan andai dikhabarkan bahawa hanya calon tempatan sahaja yang mampu menzahirkan aspirasi pengundi untuk dibawa ke peringkat pusat bagi tindakan pembangunan, kawasan penulis di kawasan parlimen Pulai sudah terbukti jelas yang mana rakyat di perumahan setinggan telah diusir keluar tanpa diberikan pampasan yang setimpal oleh pemaju dengan perumahan yang disediakan adalah serupa kandang haiwan ternakan. Sedangkan anggota parlimen untuk kawasan ini adalah dari kalangan anak tempatan yang mewarisi undi dari allahyarham ayahnya. Jadi, janganlah kerana termakan dengan pujukan rayu dari orang-orang yang berkenaan menyebabkan iman anda gugur yang akibatnya ianya memburuk seperti kawasan penulis.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment