Wednesday, April 21, 2010

Keputusan Yang Bijak...

Penulis sangat-sangat bersyukur ke hadrat ALLAH yang MAHA MERANCANG segalanya apabila dengan ilham yang dititipkan ke dalam istikarah pemimpin atasan Pakatan Rakyat telah sedikit sebanyak menunjukkan hasil bilamana kita melihat seorang disebut-sebut sebagai bakal calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor berpaling tadah dari perjuangan. Penulis secara peribadi langsung tidak mengenali siapakah pakar bedah berkenaan akan tetapi sebagai manusia yang taat, kita akan sentiasa bersangka baik terhadap sesama anggota dalam pakatan. Digembar-gembur dalam akhbar arus perdana bahawa pakar bedah ini adalah salah seorang dari ribuan manusia yang mengasaskan Parti KeADILan Rakyat namun bagi penulis jawatan sebagai pengasas tidak langsung membawa erti sekiranya kepentingan perut sendiri lebih diutamakan berbanding dengan melihat kesejahteraan rakyat di bawah sistem yang adil dan tidak memilih bulu.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa seorang kelahiran Johor yang juga pengasas kepada parti perkauman terbesar di Malaysia ditubuhkan pada 1946 telah meninggalkan parti kerana melihat perjuangan mereka sudah melencong. Konteksnya antara seorang pejuang silam dengan pakar bedah ini adalah berlainan sama sekali kerana sewaktu pejuang silam meninggalkan parti, jawatan yang disandang adalah sebagai presiden sedangkan pakar bedah ini hanya kucing k***p yang keseluruhannya tidak dikenali. Pejuang silam ini juga tidak sesekali menggadai maruah dirinya untuk menyertai parti lain yang dirasakan bersesuaian dengan kehendaknya tetapi bertindak menubuhkan parti baru sedangkan pakar bedah ini telah melanggar prinsip selepas mengumumkan untuk menyertai parti paksi kezaliman. Lihat disini.

Dan antara kenyataan yang paling menggamit hati penulis adalah dimana kenyataan seorang bawahan dalam parti paksi kezaliman semata-mata mahu menyedapkan hati pakar bedah ini. Kenyataan itu berbunyi lebih kurang bahawa sekiranya pakar bedah berkenaan berada dalam parti paksi kezaliman lebih awal, kemungkinan dia adalah calon bagi menentang Zaid Ibrahim di Hulu Selangor. Apakah mat ini sudah terlalu ingin memberontak kepada dewa tertinggi dalam kezaliman yang awal-awal lagi menyampaikan penerangan untuk meletakkan calon dari parti tok sami? Apakah dengan mencadangkan nama pakar bedah ini sebagai calon sekiranya diizinkan tidak mengganggu harmoni antara hubungan kezaliman dia dengan seorang mat yang sudah lama mengidam kerusi itu iaitu seorang yang tidak mengisytihar duit dia dengan pihak berkuasa Australia hanya kerana tidak faham berbahasa inggeris? Disini ianya sudah menampakkan bahawa adanya percanggahan antara mat ini dengan dewa tertingginya dan dengan mat bekas menteri besar yang melarikan anak kerabat berbaju kuning. Tepuk dada, UNDILAH PAKATAN RAKYAT.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment