Thursday, April 1, 2010

Amalan Syirik Akhbar Akhirnya Dihapuskan Pemerintah..


































Alhamdulillah berbanyak kesyukuran penulis ungkapkan ke hadrat ALLAH yang MAHA PERKASA kerana dengan inayah-Nya telah mengilhamkan kepada pemerintah zalim supaya amalan yang sudah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 1987 telah dipatuhi mereka untuk tidak lagi mengulangi amalan syirik dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara pada setiap 31 Julai saban tahun. Sangat hairan penulis kerana pemerintah zalim ini mengambil masa sehingga hampir 23 tahun untuk memahami fatwa yang dikeluarkan sendiri menurut skrip mereka tetapi tidak difahami. Agaknya bahasa yang digunakan oleh pengeluar fatwa tersebut adalah dalam bahasa yang sukar difahami sehinggakan pemerintah zalim ini terpaksa menjemput jurubahasa dari luar untuk menterjemahkan bahasa yang digunakan. Adapun jika bahasa sendiri digunakan oleh pengeluar fatwa, penulis juga tidak hairan andai pemerintah zalim kesukaran untuk memahami isi kandungan dalam fatwa tersebut kerana dasar pendidikan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek sains dan matematik pun sudah diajar dalam bahasa bukan pertuturan sehingga seawal-awalnya 2012. Lihat disini.

Apakah sudah tidak ada cara lain untuk menyambut hari memperingati pahlawan sebagaimana yang disyariatkan? Apakah dengan meletakkan kalungan bunga di patungan akan menyebabkan mereka yang terkorban sebagai pahlawan akan mendapat syafaat? Tidak malukah kepada negara ISLAM lainnya dimana seorang pengerusi pertubuhan Oh, I See boleh melakukan syirik yang sedemikian rupa sambil diperhatikan oleh negara luar hatta oleh seorang cucu tok wali juga? Ada akal, nilailah mengikut pertimbangan ilmu. Semoga ALLAH membuka lebih banyak ruang pembetulan terhadap kesilapan-kesilapan pemerintah zalim ini supaya negara kembali diberkati dan dilindungi dari sebarang musibah.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment