Tuesday, April 13, 2010

Zaid Yang Terpilih...


Tahniah penulis lontarkan kepada mantan orang antara paling kanan bagi parti pemerintah zalim iaitu Zaid Ibrahim kerana telah diberikan laluan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pertembungan pilihanraya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor 25 April nanti. Walaupun ramai yang sudah menjangka bahawa Zaid Ibrahim adalah nama yang meniti di bibir, namun bagi penulis ianya adalah sesuatu yang baru. Bukanlah penulis tidak langsung menjangka pemilihan Zaid Ibrahim tetapi dalam perkiraan penulis dia adalah berada dalam kedudukan kedua atau ketiga. Apapun, pemilihan sudah diumumkan dan menjadi kewajipan buat seluruh pejuang supaya mentaati keputusan yang disepakati secara syura'. Yang penting bagi kita adalah merapatkan saf perjuangan agar kerusi yang disandang oleh Pakatan Rakyat ini tidak terlepas ke tangan parti pemerintah zalim.

Sesungguhnya besar sekali cabaran yang akan dilalui oleh pejuang Pakatan Rakyat untuk memenangi hati rakyat di Hulu Selangor memandangkan beberapa siri lompatan tak bertamadun dilakukan oleh mereka-mereka yang bersifat oportunis sehingga menggadai prinsip perjuangan dan maruah diri dengan mengemis sujud menyembah kaki dewa tertinggi dalam pemerintahan zalim. Walaupun begitu, perjuangan tidak pernah surut dari diuji. Jika tidak mahu diuji, lebih baik kita menyertai parti yang tidak bertanding secara demokrasi tetapi ingin menegakkan sistem khalifah dalam pentadbiran. Membujur lalu melintang patah. Sekali melangkah takkan berundur walau setapak. Itulah prinsip pejuang yang ditanam. Semoga ALLAH meredhai pemilihan ini untuk memberikan momentum kepada Pakatan Rakyat dalam mengambilalih pemerintahan dari parti pemerintah zalim.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment