Thursday, April 22, 2010

Cenderung Menyebelahi Zionis....


Sungguh terang lagi bersuluh apabila pemerintah telah mengambil langkah bangsat menghentikan penghantaran bekalan gasolin petroleum bertapis ke Iran. Tindakan berkenaan adalah dilihat sebagai satu usaha yang memusuhi sebuah negara berdaulat Iran sambil mengiktiraf pendudukan haram Zionis di tebing barat sana kerana umum mengetahui bahawa kedua-dua blok berkenaan sudah bermusuh sejak sekian lama. Apa yang lebih memeranjatkan ialah sebagai pengerusi sebuah pertubuhan mewakili negara ISLAM iaitu OIC, sepatutnya pemerintah ini menyokong negara yang bernaung dalamnya dan bukannya menindas atau mendukungi aspirasi jahanam Zionis. Terlalu mengecewakan kerana dutanya yang berkhidmat di New York juga telah dipanggil pulang hanya disebabkan tidak menyokong resolusi untuk menyekat program pangayaan uranium oleh Iran di PBB. Walaupun dolak-dalih yang dimainkan oleh pemerintah berhubung kontrak yang disandang oleh wakil terbabit, tetapi rakyat jelata sudah dapat mentafsir bahawa ianya ada kaitan dengan pendirian peribadi wakil itu untuk tidak menyokong resolusi berkenaan. Maka demi mengelak dari menerima tekanan oleh kuasa-kuasa besar dunia yang memonopoli ekonomi kapitalis, pemerintah telah mengambil keputusan dangkal menamatkan perkhidmatan wakil berkenaan. Lihat disini.

Penulis juga percaya bahawa tindakan menyekat penghantaran gasolin ini ke Iran adalah rentetan dari desakan oleh kuasa-kuasa yang sedang menakluki Putrajaya termasuk sebagai balasan atas penerimaan jemputan pertemuan antara dewa tertinggi dalam pemerintah zalim dengan presiden Amerika. Kemungkinan ada yang beranggapan bahawa proses ini adalah sebagai langkah biasa dalam perniagaan tetapi kenapa harus ianya bermula sejurus selepas perjumpaan dengan Obama? Apakah dengan menurut aspirasi yang dilontarkan oleh Zionis akan menyebabkan negara ini tidak akan dijajah oleh mereka? Dengan keadaan kita masih mempunyai helikopter Nuri, jet tanpa enjin dan kapal selam yang timbul, apakah masih kebal kubu pertahanan kita dari di serang oleh musuh-musuh yang durjana?

Dan apa yang lebih melucukan ialah apabila mereka pula sekarang ini menuding jari ke arah Wira Permatang Pauh yang kononnya adalah ejen Zionis seperti yang dituduh oleh Mat Opportunis yang lenggok percakapan dia saling tak tumpah seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kenapa perlu untuk menunggu masa berkempen pilihanraya sahaja baru nampak muka sedangkan selama ini tidak pula menghebohkan berkenaan bukti hubungan rapat antara DS Anwar dengan pemimpin yahudi? Apakah perbuatan DS Anwar itu tidak boleh disamakan dengan kunjungan MAHAzalim ke atas sebuah negara Vatican City dan bertemu pula dengan Pope John Paul 2 pada masa dia berkuasa? Lihat disini.

Ternyata bahawa apa yang sedang dipertuduhkan oleh mereka berhubung perwatakkan DS Anwar yang cenderung kepada Zionis telah memakan diri kerana sebutir-sebutir maklumat tentang adanya tangan-tangan Zionis dalam pemerintahan negara ini didedahkan oleh ALLAH. Terpulang kepada kita semua untuk menerangkan kepada rakyat seluruhnya berkenaan bahayanya pemikiran menidakkan perjuangan mendaulatkan keADILan ISLAM dalam negara. Semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil pada Ahad nanti atau kami SYAHID dalam mempertahankan akidah dari dipesongkan.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment