Thursday, February 25, 2010

Mengata Dulang Paku Berserpih, Mengata Orang Dia Tu Yang Lebih...

Itulah ungkapan yang boleh penulis sifatkan kepada stesen televisyen yang paling berpengaruh dalam menyebarbiakkan doktrin kefahaman songsang rakyat Malaysia apabila bersempena dengan kedatangan Maulidurrasul S.A.W esok, maka dengan sengaja mereka merencana untuk mengadakan satu pesta yang pernah difatwakan haram oleh pak mufti bermula 27 Februari iaitu sehari selepas sambutan maulid. Setelah beberapa hari mereka terlalu asyik menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang kerana kononnya tidak membenarkan perarakan menyambut maulid (walhal ianya hanya baru cadangan) yang dikatakan bercanggah dengan 'semangat' menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W., tetapi rupanya mereka sengaja mahu mengalih mata kita semua untuk memprotes jadual pesta haram( menurut pak mufti ) yang diadakan sehari selepas maulid. Ternyata agenda sulit mereka untuk menuding ke arah kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah sikap seorang yang tak bertamadun kerana sekalipun benar Pulau Pinang tidak dibenarkan untuk berarak, ianya adalah selari dengan ISLAM iaitu tidak pernah dianjurkan untuk umat ISLAM dari menyambut maulid pada masa Rasulullah S.A.W. masih hidup. Malahan orang yang paling bergembira sehingga membebaskan hamba pada masa lahirnya Rasulullah S.A.W. adalah ABU JAHAL. Jadi, di mana kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini??? Adakah adat yang kita warisi kini perlu diteruskan semata-mata untuk tidak menghampakan generasi terdahulu sedangkan ianya tiada dalam ISLAM??? Tidakkah kita kini seperti sudah menghalalkan suatu perkara yang tidak ada nas yang sah dari mana-mana Al-Quran dan Hadis??? Tidakkah boleh kita menumpukan kepada perkara yang lebih penting iaitu menegakkan hukum ALLAH dengan menyeluruh??? Tepuk dada tanya iman.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
MANSUHKAN JOM HEBOH !!!

Saturday, February 13, 2010

Gambar-Gambar Yang Membuatkan Mat Pagoh Berkokok...





















Gambar-gambar semua adalah diambil dari blog http://perisik-rakyat.com/
Semoga ALLAH mengabulkan doa warga Kelantan yang ditindas oleh pemerintah zalim di bumi Malaysia ini.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
KAMI MENUNTUT ROYALTI UNTUK KELANTAN !!!

Mat Pagoh Berkokok Lagi....

Sebentar tadi entah tak semena-mena penulis telah melalui mimpi ngeri apabila mata penulis tertumpu rapat ke hadapan televisyen menatap propaganda menjahanamkan minda rakyat sepanjang satu jam bermula 8 malam. Antara berita utama yang dijadikan isu oleh media propaganda anjuran puak yang mendengki perjuangan ISLAM ialah bagaimana Mat Pagoh sekali lagi menyuarakan pandangan beliau untuk menuntut Wira Gua Musang memikirkan kembali kebersamaan dia dalam puaknya. Mat Pagoh menegaskan walaupun dia seorang yang berjawatan timbalan presiden puaknya, namun Wira Gua Musang adalah tetap dianggap sebagai veteran dalam puaknya dan mahu Wira Gua Musang ini mempertimbangkan sama ada mahu kekal bersama puaknya atau mengambil jalan berundur dari bersama puaknya. Penulis tersenyum sendiri apabila Mat Pagoh ini mampu berkata begitu kepada seorang yang telah menelan dahulu kepahitan dalam politik kartun negara kita. Siapa Mat Pagoh ini untuk berkata demikian kepada seorang yang telah menjadi pengasas kepada Petronas ini??? Apakah Mat Pagoh ini mahu menyanggahi perjanjian yang dimeterai oleh Wira Gua Musang ini semasa memimpin Petronas??? Apakah kebersamaan Wira Gua Musang ini dengan ribuan warga Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz dianggap sebagai perbuatan khianat kepada puak Mat Pagoh??? Bukankah ini menunjukkan bahawa Wira Gua Musang ini sedang memperjuangkan hak rakyat. Sepatutnya Mat Pagoh berterima kasih kepada Wira Gua Musang kerana telah merealisasikan slogan Juara Rakyat yang dicanangkan oleh Mat Pekan. Dangkal sungguh pemikiran seorang Mat Pagoh ini dalam mentafsir kehadiran seseorang dalam majlis penerangan oleh Parti ISLAM SeMalaysia. Semuanya yang dianjurkan oleh PAS adalah ditafsirkan sebagai bersalahan dengan pelembagaan puak Mat Pagoh. Jika benar begitu, mengapa pula pemuda puak Mat Pagoh ini mengajak pemuda PAS seluruhnya memimpin perhimpunan haram yang dihalalkan semasa isu kalimah ALLAH sedang hangat??? Tidakkah itu juga akan menyalahi dengan pelembagaan puak Mat Pagoh. Apapun, tahniah juga penulis panjangkan kepada Wira Gua Musang ini kerana mempertahankan prinsip membela rakyat walaupun menghadapi kemungkinan dihadapkan ke jawatankuasa tindakan tatatertib puak Mat Pagoh. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan maunah-Nya ke atas pendukung-pendukung ISLAM seluruh dunia dalam menghadapi tohmahan dan cacian puak yang membenci ISLAM.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ROYALTI UNTUK KELANTAN !!!

Kami Dengar Dan Kami Taat.... Satu Contoh Wala' Yang Wajib Dituruti

Alhamdulillah kerana setelah beberapa ketika YB Khalid Samad yang merupakan ahli parlimen Parti ISLAM SeMalaysia untuk kawasan Shah Alam dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS, akhirnya YB telah menyatakan pendirian untuk tidak mengemukakan rayuan di atas tindakan menggantungnya dari jawatan sebagai Yang Dipertua PAS bagi kawasan Shah Alam selama enam bulan. Sambil menegaskan bahawa Jawatankuasa Disiplin parti boleh untuk menarik balik tindakan berkenaan sekiranya mereka tersilap percaturan, YB Khalid menaruh sepenuh kepercayaan kepada Jawatankuasa Disiplin berkenaan keputusan yang diambil. Tahniah penulis ingin dipanjangkan kepada YB kerana menunjukkan ketaatan yang tinggi dalam menghormati tindakan diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sudah pasti pihak yang di sebelah sana akan semakin membenci situasi dan pendirian yang diambil oleh seorang YB Khalid Samad ini didalam mereka ingin melihat keruntuhan kepercayaan terhadap pimpinan atasan dalam PAS. Semoga ALLAH memelihara ukhuwah yang terbina di dalam Parti ISLAM SeMalaysia ini dari diporak perandakan oleh puak-puak yang mendengki ikatan perpaduan ini. Lihat disini.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

Wednesday, February 3, 2010

Fakta Yang Auta....


Air maninya keluar dari duburku...

ALKISAH, kes DS Anwar telah pun bermula. Mukaddimahnya, air mani DS Anwar dikeluarkan dari dubur Si Saiful (menahan gelak sikit) dalam keadaan dikatakan tiada kesan tusukan di dubur Saiful. Kehebatan DS Anwar siapa yang tahu bagaimana ia dilakukan. Semuanya akan dibuktikan oleh Si Pendakwa bagaimana `tusukan' dibuat. Samada secara ghaib atau sihir, Wallahu Aklam.

Drama lucu dan menarik ini bakal kita tonton bersama. Kita turut bakal menyaksikan bagaimana Saiful akan menjelaskan `mengapa dia tidak melawan si tua sekitar 60 tahun itu yang sakit pinggang ketika `dipaksa' liwat ke atasnya'. Sekiranya si pemuda gagah ini tidak terdaya atau lebih lemah berbanding si tua itu, mengapa beliau tidak menjerit ketika beliau diliwat?

Mengapa setelah liwat tanpa rela itu berlaku, si pemuda tampan ini masih bekerja dengan si tua yang kununnya meliwat beliau? Mengapa perlu jumpa Najib untuk mengadu perihal beliau telah diliwat? Bagaimana pula dengan permohonannya untuk mendapatkan biasiswa walaupun beliau gagal melanjutkan pengajiannya? Ini semua akan diceritakan oleh Si Saful satu persatu...

- Diambil dari Buletin Dr. Badrulamin Baharon di laman sosial Tagged.

Ulasan Penulis.
Sudah-sudahlah tu Det. Berapa kali lagi kau nak fitnah orang. Dahulu kau fitnah Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud hanya kerana dia tak sebulu dengan kau. Lepas tu kau fitnah orang dalam Ops Lalang hanya kerana polemik yang dicetuskan oleh orang-orang kanan kau. Tak cukup dengan tu kau fitnah pulak seorang Anwar Ibrahim dengan membawa tilam ke mahkamah. Sekarang kau masih nak mempengaruhi Pee Em yang kaki plagiat dengan mengadakan tuduhan fitnah versi kedua. Tidakkah kau saksikan betapa ALLAH itu MAHA BERKUASA dengan menunjukkan kepada kita tentang apa yang berlaku ke atas Allahyarham penulis buku "50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", apa yang terjadi ke atas bekas Ketua Polis Negara yang melebamkan mata Anwar dan apa kesudahan hakim gula-gula Hacks??? Atau sebenarnya mata kau telah dibutakan untuk nampak kebenaran disebabkan kecenderungan untuk melakukan kepalsuan? Mungkin juga mata kau sudah buta kerana disembur dengan bahan berbahaya oleh individu yang merupakan pemimpin kanan Parti Progresif Penduduk itu. Wallahua'lam.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

Monday, February 1, 2010

Malang Buat Mat Jambry Kerana Kenyataan Bodoh...















Sudahlah masam, kelat pulak. Sudahlah tak putih, berkilat pulak. Sudahlah haram, bangang pulak.

Begitulah apa yang boleh penulis gambarkan kepada seorang menteri mandat haram dari negeri Pasir Dua Butir apabila mengeluarkan kenyataan tidak berfikir panjang walaupun dia seorang yang belajar tinggi. Kenyataan itu adalah apabila dia menyuruh kesemua ahli dewan undangan negerinya yang "membangkang" berjumlah 28 kesemuanya termasuk menteri halal meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat bagi membuktikan bahawa rakyat yang memilih mereka pada pilihanraya umum 2008 samada masih mahu mereka menjadi suara rakyat di dewan. Apakah menteri pasola ini terlalu bangang atau terlepas pandang pada undang-undang yang ditetapkan oleh pengendali pilihanraya di Malaysia?? Tidakkah dia mengambilkira bahawa seseorang yang sudah menjadi wakil rakyat lalu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, sekiranya ingin untuk bertanding semula dalam sebuah pilihanraya maka dia harus menunggu sehingga 5 tahun sebelum idahnya dimansuhkan oleh pengendali pilihanraya. Dan pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti juga, buat pertama kali kita menyaksikan bahawa parti pemerintah telah kehilangan jantannya apabila menarik diri dari menyertainya sambil mengatakan bahawa pilihanraya yang diadakan adalah sebagai membazir duit rakyat. Penulis lebih gemar pada Saudara Kamarul Ramizu kerana sanggup untuk turun padang dan menyertai pilihanrayanya yang kedua selepas Bukit Gantang walaupun kehilangan wang deposit buat kali kedua berbanding dengan pemerintah yang bacul. Jika fakta membuktikan bahawa semua pilihanraya kecil ini adalah sebagai membazir wang rakyat, apa salahnya jika menteri haram ini membubarkan sahaja Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan 59 buah kerusi akan dipertandingkan berbanding hanya 28 kerusi jika ianya dikosongkan. Sungguh dangkal pemikiran seorang yang diangkat oleh pemerintah zalim ini untuk mewakili sebuah kerajaan negeri yang didalamnya lahir dengan pelbagai ahli cendekiawan melalui Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mahupun melalui Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Lihat disini. Semoga ALLAH membuka mata hati kita semua untuk melihat kemungkaran dan kebodohan golongan opportunis ini.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!