Saturday, February 13, 2010

Mat Pagoh Berkokok Lagi....

Sebentar tadi entah tak semena-mena penulis telah melalui mimpi ngeri apabila mata penulis tertumpu rapat ke hadapan televisyen menatap propaganda menjahanamkan minda rakyat sepanjang satu jam bermula 8 malam. Antara berita utama yang dijadikan isu oleh media propaganda anjuran puak yang mendengki perjuangan ISLAM ialah bagaimana Mat Pagoh sekali lagi menyuarakan pandangan beliau untuk menuntut Wira Gua Musang memikirkan kembali kebersamaan dia dalam puaknya. Mat Pagoh menegaskan walaupun dia seorang yang berjawatan timbalan presiden puaknya, namun Wira Gua Musang adalah tetap dianggap sebagai veteran dalam puaknya dan mahu Wira Gua Musang ini mempertimbangkan sama ada mahu kekal bersama puaknya atau mengambil jalan berundur dari bersama puaknya. Penulis tersenyum sendiri apabila Mat Pagoh ini mampu berkata begitu kepada seorang yang telah menelan dahulu kepahitan dalam politik kartun negara kita. Siapa Mat Pagoh ini untuk berkata demikian kepada seorang yang telah menjadi pengasas kepada Petronas ini??? Apakah Mat Pagoh ini mahu menyanggahi perjanjian yang dimeterai oleh Wira Gua Musang ini semasa memimpin Petronas??? Apakah kebersamaan Wira Gua Musang ini dengan ribuan warga Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz dianggap sebagai perbuatan khianat kepada puak Mat Pagoh??? Bukankah ini menunjukkan bahawa Wira Gua Musang ini sedang memperjuangkan hak rakyat. Sepatutnya Mat Pagoh berterima kasih kepada Wira Gua Musang kerana telah merealisasikan slogan Juara Rakyat yang dicanangkan oleh Mat Pekan. Dangkal sungguh pemikiran seorang Mat Pagoh ini dalam mentafsir kehadiran seseorang dalam majlis penerangan oleh Parti ISLAM SeMalaysia. Semuanya yang dianjurkan oleh PAS adalah ditafsirkan sebagai bersalahan dengan pelembagaan puak Mat Pagoh. Jika benar begitu, mengapa pula pemuda puak Mat Pagoh ini mengajak pemuda PAS seluruhnya memimpin perhimpunan haram yang dihalalkan semasa isu kalimah ALLAH sedang hangat??? Tidakkah itu juga akan menyalahi dengan pelembagaan puak Mat Pagoh. Apapun, tahniah juga penulis panjangkan kepada Wira Gua Musang ini kerana mempertahankan prinsip membela rakyat walaupun menghadapi kemungkinan dihadapkan ke jawatankuasa tindakan tatatertib puak Mat Pagoh. Semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan maunah-Nya ke atas pendukung-pendukung ISLAM seluruh dunia dalam menghadapi tohmahan dan cacian puak yang membenci ISLAM.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ROYALTI UNTUK KELANTAN !!!

No comments:

Post a Comment