Thursday, February 25, 2010

Mengata Dulang Paku Berserpih, Mengata Orang Dia Tu Yang Lebih...

Itulah ungkapan yang boleh penulis sifatkan kepada stesen televisyen yang paling berpengaruh dalam menyebarbiakkan doktrin kefahaman songsang rakyat Malaysia apabila bersempena dengan kedatangan Maulidurrasul S.A.W esok, maka dengan sengaja mereka merencana untuk mengadakan satu pesta yang pernah difatwakan haram oleh pak mufti bermula 27 Februari iaitu sehari selepas sambutan maulid. Setelah beberapa hari mereka terlalu asyik menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang kerana kononnya tidak membenarkan perarakan menyambut maulid (walhal ianya hanya baru cadangan) yang dikatakan bercanggah dengan 'semangat' menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W., tetapi rupanya mereka sengaja mahu mengalih mata kita semua untuk memprotes jadual pesta haram( menurut pak mufti ) yang diadakan sehari selepas maulid. Ternyata agenda sulit mereka untuk menuding ke arah kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah sikap seorang yang tak bertamadun kerana sekalipun benar Pulau Pinang tidak dibenarkan untuk berarak, ianya adalah selari dengan ISLAM iaitu tidak pernah dianjurkan untuk umat ISLAM dari menyambut maulid pada masa Rasulullah S.A.W. masih hidup. Malahan orang yang paling bergembira sehingga membebaskan hamba pada masa lahirnya Rasulullah S.A.W. adalah ABU JAHAL. Jadi, di mana kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini??? Adakah adat yang kita warisi kini perlu diteruskan semata-mata untuk tidak menghampakan generasi terdahulu sedangkan ianya tiada dalam ISLAM??? Tidakkah kita kini seperti sudah menghalalkan suatu perkara yang tidak ada nas yang sah dari mana-mana Al-Quran dan Hadis??? Tidakkah boleh kita menumpukan kepada perkara yang lebih penting iaitu menegakkan hukum ALLAH dengan menyeluruh??? Tepuk dada tanya iman.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
MANSUHKAN JOM HEBOH !!!

No comments:

Post a Comment