Monday, February 1, 2010

Malang Buat Mat Jambry Kerana Kenyataan Bodoh...















Sudahlah masam, kelat pulak. Sudahlah tak putih, berkilat pulak. Sudahlah haram, bangang pulak.

Begitulah apa yang boleh penulis gambarkan kepada seorang menteri mandat haram dari negeri Pasir Dua Butir apabila mengeluarkan kenyataan tidak berfikir panjang walaupun dia seorang yang belajar tinggi. Kenyataan itu adalah apabila dia menyuruh kesemua ahli dewan undangan negerinya yang "membangkang" berjumlah 28 kesemuanya termasuk menteri halal meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat bagi membuktikan bahawa rakyat yang memilih mereka pada pilihanraya umum 2008 samada masih mahu mereka menjadi suara rakyat di dewan. Apakah menteri pasola ini terlalu bangang atau terlepas pandang pada undang-undang yang ditetapkan oleh pengendali pilihanraya di Malaysia?? Tidakkah dia mengambilkira bahawa seseorang yang sudah menjadi wakil rakyat lalu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, sekiranya ingin untuk bertanding semula dalam sebuah pilihanraya maka dia harus menunggu sehingga 5 tahun sebelum idahnya dimansuhkan oleh pengendali pilihanraya. Dan pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti juga, buat pertama kali kita menyaksikan bahawa parti pemerintah telah kehilangan jantannya apabila menarik diri dari menyertainya sambil mengatakan bahawa pilihanraya yang diadakan adalah sebagai membazir duit rakyat. Penulis lebih gemar pada Saudara Kamarul Ramizu kerana sanggup untuk turun padang dan menyertai pilihanrayanya yang kedua selepas Bukit Gantang walaupun kehilangan wang deposit buat kali kedua berbanding dengan pemerintah yang bacul. Jika fakta membuktikan bahawa semua pilihanraya kecil ini adalah sebagai membazir wang rakyat, apa salahnya jika menteri haram ini membubarkan sahaja Dewan Undangan Negeri yang menyaksikan 59 buah kerusi akan dipertandingkan berbanding hanya 28 kerusi jika ianya dikosongkan. Sungguh dangkal pemikiran seorang yang diangkat oleh pemerintah zalim ini untuk mewakili sebuah kerajaan negeri yang didalamnya lahir dengan pelbagai ahli cendekiawan melalui Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mahupun melalui Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Lihat disini. Semoga ALLAH membuka mata hati kita semua untuk melihat kemungkaran dan kebodohan golongan opportunis ini.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment