Saturday, February 13, 2010

Kami Dengar Dan Kami Taat.... Satu Contoh Wala' Yang Wajib Dituruti

Alhamdulillah kerana setelah beberapa ketika YB Khalid Samad yang merupakan ahli parlimen Parti ISLAM SeMalaysia untuk kawasan Shah Alam dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS, akhirnya YB telah menyatakan pendirian untuk tidak mengemukakan rayuan di atas tindakan menggantungnya dari jawatan sebagai Yang Dipertua PAS bagi kawasan Shah Alam selama enam bulan. Sambil menegaskan bahawa Jawatankuasa Disiplin parti boleh untuk menarik balik tindakan berkenaan sekiranya mereka tersilap percaturan, YB Khalid menaruh sepenuh kepercayaan kepada Jawatankuasa Disiplin berkenaan keputusan yang diambil. Tahniah penulis ingin dipanjangkan kepada YB kerana menunjukkan ketaatan yang tinggi dalam menghormati tindakan diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sudah pasti pihak yang di sebelah sana akan semakin membenci situasi dan pendirian yang diambil oleh seorang YB Khalid Samad ini didalam mereka ingin melihat keruntuhan kepercayaan terhadap pimpinan atasan dalam PAS. Semoga ALLAH memelihara ukhuwah yang terbina di dalam Parti ISLAM SeMalaysia ini dari diporak perandakan oleh puak-puak yang mendengki ikatan perpaduan ini. Lihat disini.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment