Monday, April 26, 2010

Keputusan Adalah 7-3...

Seperti yang sudah tersurat apabila keputusan diumumkan oleh pengendali pilihanraya malam tadi menunjukkan bahawa ketakmenangan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Seperti yang sudah dijangka apabila kelihatan berpusu-pusu puak menteri pusat memasuki perkarangan dewan tempat perjumlahan undi, penulis bersama 2 orang beradik serta 3 orang sahabat, bergegas berangkat pulang ke negeri asal perjuangan iaitu, Johor. Namun dalam ketika perjalanan pulang itu, sudah mula terdetik untuk penulis kembali semula ke Selangor membantu perjuangan apabila pelbagai khabar angin mengatakan adanya anggota Dewan Undangan Negeri telah kembali ke negeri abadi. Tidak kurang dari 3 kematian yang kononnya digembar-gemburkan ke telinga penulis sepanjang berada di Hulu Selangor namun semuanya dinafikan oleh individu yang terbabit.

Apa yang menarik perhatian penulis sepanjang di Hulu Selangor ialah sebuah pesta untuk menarik undi secara berleluasa. Jika ianya adalah berbentuk penerangan terhadap sesuatu isu, bagi penulis ia adalah perkara lumrah dalam pertandingan. Tetapi apa yang paling menghairankan ialah terdapatnya sogokan terhadap pemilih yang berada sekitar kawasan FELDA yang keterlaluan dan disifatkan oleh penulis sebagai melanggar etika berkempen seperti yang disyaratkan. Tidak perlulah penulis mengemukakan bukti kerana di maya ini bukanlah medium yang sesuai untuk dibuktikan. Adalah terlalu durjana buat parti pemerintah pusat yang zalim kerana telah mempergunakan ketandusan maklumat pemilih di kawasan terpencil untuk mengaburi mata mereka dari melihat parti kebenaran. Adakah ini tidak dianggap oleh pemerintah zalim sebagai rasuah dalam pilihanraya? Apakah pengendali pilihanraya ini terlalu buta untuk melihat salah laku yang diamalkan oleh parti paksi kezaliman sehingga membiarkan sahaja suruhanjaya yang sepatutnya berlaku ADIL, menjadi budak suruhan pemerintah zalim? Dengan segala media arus perdana dipergunakan untuk menghentam parti lawan dan kononnya mendesas-desuskan aspirasi pemerintah zalim, apakah kita akan mampu untuk menghadapi sebuah suasana pilihanraya yang benar-benar telus dan ADIL? Nyata sekali dewa tertinggi dalam pemerintahan pusat ini telah menggunakan ikonnya yang digelar dengan MAHAzalim untuk menindas dan menghenyak pejuang-pejuang keADILan dengan seluruh jentera yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan sampailah ke media telah dikelabui dari berlaku ADIL. Lihat disini.

Semoga ALLAH tidak menjadikkan ketakmenangan pihak kebenaran di Hulu Selangor ini sebagai pematah semangat dari terus berjuang bermati-matian menegakkan agama suci ISLAM. Sesungguhnya tazkirah dari setiap perkara yang didatangkan ALLAH adalah untuk lebih menguatkan lagi azam kita supaya terus istiqomah dalam menerangkan isu kepada rakyat. Semoga ALLAH memperkenankan doa kita semua untuk melihat ISLAM kembali digemilangkan atau dijemput ALLAH sebagai tetamu-Nya yang SYAHID.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment