Thursday, April 29, 2010

Hutang Sudah Langsai????

Sekalung tahniah penulis ucapkan kepada seluruh pendukung Pakatan Rakyat sehingga menjayakan misi untuk memberikan tentangan yang sengit kepada parti pemerintah paksi kezaliman dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor. Juga diucapkan tahniah kepada seluruh pengundi yang berjaya meningkatkan sokongan mereka kepada calon Pakatan Rakyat walaupun hasrat mereka untuk melihat Zaid Ibrahim ke Parlimen tidak tercapai. Sesungguhnya undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat itu adalah sangat besar nilainya buat kami yang bertugas selama tempoh berkempen sedangkan pihak parti pemerintah paksi kezaliman ianya adalah satu tamparan yang hebat kerana walaupun sudah mula berkempen sebelum dari hari penamaan calon, namun undi yang diberikan oleh rakyat Hulu Selangor hanya dibezakan dengan majoriti 1,725 berbanding Pakatan Rakyat. Sepatutnya dengan segala jentera yang diperalatkan oleh mereka secara zalim, majoriti undi yang boleh diperoleh oleh puak paksi kezaliman adalah melebihi 10,000 sebagaimana yang pernah direkodkan mereka dalam pilihanraya umum 2004. Amat memalukan kerana pengendali pilihanraya ini hanya berpeluk tubuh sahaja sedangkan parti paksi kezaliman secara terangan melakukan kesalahan dalam berkempen iaitu berkempen sebelum dari waktunya dan berkempen pada hari pengundian. Memanglah dalam akhbar arus perdana yang berlidah biawak tidak menjuruskan ianya adalah untuk mengundi mana-mana pihak tetapi atas kapasiti mat itu sebagai dewa tertinggi dalam pentadbiran negara yang menyuruh pengundi keluar mengundi awal dan mengundi untuk kesejahteraan, pengundi sudah dipengaruhi minda mereka dengan kewujudan muka dewa itu dan parti yang disertainya. Ini sudah jelas bahawa pelanggaran undang-undang oleh parti paksi kezaliman berlaku dalam mana-mana pilihanraya. Namun apa yang dilakukan oleh pengendali pilihanraya yang sepatutnya bersikap adil ini ialah membiarkan sahaja diri mereka dilacurkan tangan-tangan kejahatan dan kezaliman.


Apapun segala keputusan mengenai pilihanraya ini akan diserahkan kepada pihak judiciari memandangkan calon Pakatan Rakyat sudah membuat petisyen untuk mencabar pengendali pilihanraya ini. Diharapkan keputusan dari pihak judiciari akan menyebelahi pihak kebenaran dan memuaskan hati semua. Semoga ALLAH tidak melunturkan semangat kepada seluruh pendukung perjuangan yang ingin melihat kebenaran dan keadilan tertegak dalam bumi Malaysia ini.

Pilihanraya sudah usai. Sekarang adalah masa untuk menuai hasil dan menuntut janji yang ditabur semasa tempoh berkempen. Dan yang terkini kita melihat sebuah berita dimana dewa tertinggi dalam pemerintahan negara bertindak untuk 'mengotakan janji' pilihanrayanya dengan menyampaikan sumbangan sebanyak RM 3 juta kepada SRJK (C) Rasa. Penulis tidak ingin melihat ia sebagai rasuah dalam pilihanraya kerana ia akan ditentukan kelak tetapi apa yang menarik perhatian adalah dimana dalam kenyataan itu dikatakan bahawa hutang antara pemerintah dengan pengundi SUDAH LANGSAI. Lihat disini. Ini bermakna sudah tidak ada lagi peruntukkan yang akan disalurkan oleh pemerintah zalim ini dengan mana-mana pihak yang berada dalam kawasan parlimen Hulu Selangor ini sehingga sekurang-kurangnya sebelum pilihanraya umum ke 13 atau kematian di sini memandangkan perjanjian antara mereka dilangsaikan dengan saluran sumbangan tersebut. Sangat beruntung penulis ucapkan kepada pengundi berbangsa cina di kawasan ini kerana walaupun tidak memberikan undi kepada parti paksi kezaliman, nasib mereka tetap dipandang oleh pemerintah zalim. Penulis sangat berbesar hati dengan sokongan yang mereka berikan kepada calon Pakatan Rakyat hanya kerana ingin melihat pihak kebenaran berada mewakili mereka. Seterusnya simpati penulis lontarkan kepada pengundi dari kawasan FELDA di sana memandangkan undi yang mereka berikan untuk parti paksi kezaliman dipandang lekeh dan diperkotak-katikkan oleh mereka.

Semoga mereka melihat undi yang diberikan kepada parti paksi kezaliman ini adalah satu kesilapan besar dalam hidup mereka kelak untuk tidak lagi memberikan sokongan pada pilihanraya umum ke 13. Amin.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment