Tuesday, January 5, 2010

Lojikkah Penjualan Enjin Bernilai RM 100 Juta Hanya Melibatkan Pegawai Rendahan???


Untuk yang ke sekian kalinya, rakyat Malaysia akan berdepan dengan satu lagi kekeliruan dan kecelaruan yang dimainkan oleh pemerintah dan pegawai yang mewakili seluruh rakyat Malaysia dalam bidang kehakiman apabila mereka ingin menutup kes-kes berprofil tinggi yang dibangkitkan oleh rakyat iaitu melibatkan penjualan secara tidak sah 2 buah enjit jet milik TUDM. Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam yang kononnya handalan di Malaysia menyebut bahawa transaksi yang berjalan hanya melibatkan pegawai peringkat bawahan dalam susur galur TUDM dan langsung tidak membabitkan pegawai atasan mahupun mereka yang berkuasa dalam pemerintah. Lihat di sini.

Malang sungguh kita sebagai rakyat Malaysia kerana sanggup membiarkan diri kita semakin di tipu oleh pemerintah dan mereka yang bersekongkol dengan pemerintah dalam penipuan. Lojikkah sebuah transaksi yang melibatkan sebuah enjin jet yang sepatutnya digunakan untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh dan bernilai RM 100 juta, hanya membabitkan pegawai peringkat rendah dalam TUDM? Ramai orang mungkin akan tertipu dengan kenyataan ini tetapi tidak bagi penulis. Ini kerana penulis bekerja dalam sektor awam dan penulis tahu yang pegawai peringkat rendah ini tidak mungkin akan laku tandatangan mereka sekiranya transaksi itu melibatkan jumlah yang melebihi RM 5 ribu. Ternyata sekali lagi kita dibodohkan dan ditipu sewenangnya oleh pemerintah thogut seperti yang pernah dilakukan mereka sebelum ini.

Apa untungnya mereka memperbodohkan kita seperti ini? Tidakkah mereka mengambil seberapa banyak pengajaran hasil dari pembohongan mereka sehingga hampir dicabut kekuasaan mereka peringkat pusat oleh ALLAH dalam pilihanraya umum lepas? Ataukah mereka memang tidak akan berubah dari terus membohongi rakyat sehingga matahari terbit dari barat? Mungkin juga mereka masih beranggapan bahawa rakyat Malaysia adalah jumud dan mudah ditagih undi mereka menjelang pilihanraya dengan pelbagai janji manis yang bersifat pembohongan. Wallahua'lam.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment