Friday, January 8, 2010

Perhimpunan Tanpa Permit Sudah Diisytiharkan Halal Oleh Pemerintah.... Dimanakah Rasionalnya Menghalalkan Barang Yang Diharamkan Mereka Dahulu???

Dimanakah konsistennya pemerintah negara Malaysia apabila mereka sekali lagi terpaksa merubah pendekatan mereka dan secara tidak langsung meniru corak pemerintahan di 5 buah negeri termasuk sebuah yang dirampas secara tak bertamadun, dengan mereka kali ini menghalalkan pula perhimpunan aman oleh rakyat jelata walaupun tanpa permit yang sah dari pihak yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan permit. Apa sudah jadi dengan otak dan benak pemerintah ini? Apakah mereka sudah semakin terdesak dengan asakan rakyat sehingga tidak mampu untuk berfikir pada idea sendiri melainkan menciplak idea orang lain yang mereka sifatkan sebagai tak bertamadun? Malang sungguh pemerintah ini kerana tidak mampu mengeluarkan idea yang membangun sehingga terpaksa menceduk idea orang lain yang saban hari dicerca diherdik tanpa perikemanusiaan. Lihat disini.



Semoga ALLAH memberkati fikiran-fikiran yang memberi idea yang baik untuk ISLAM dan melaknat tangan-tangan yang menceduk idea tersebut yang kemudiannya mencerca dan memfitnah golongan yang mengeluarkan idea tersebut.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment