Tuesday, May 11, 2010

64 Tahun Wujud Dengan Mendakyah Kezaliman....

Saban tahun negara akan menyambut tarikh 11 Mei dan ianya adalah sambutan untuk memperingati penubuhan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan semangat asabiyyah yang tinggi tanpa menghiraukan kepentingan fitrah manusiawi terhadap pelaksanaan undang-undang ISLAM secara menyeluruh. Kewujudan koloni mereka walaupun sudah pernah diharamkan pada 4 Februari 1988 lalu tetapi kembali ditimbulkan oleh MAHAzalim, namun ideologi mereka untuk tidak melaksanakan ISLAM sebagai aturan tertinggi dalam organisasi mahupun negara masih tidak berubah malahan sebelum dari pengharaman itu juga mereka sudah bertindak zalim membantai sebuah perkampungan dinamakan MEMALI. Atas kapasiti dosa yang dipalit sekali dengan nama MAHAzalim inilah, maka parti yang dihalalkan semula oleh pendaftar pertubuhan ini seringkali dilabelkan memahat kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat yang mendukungi kebenaran.

Penulis tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai perwatakkan yang dimainkan oleh 4 presiden yang terdahulu kerana tidak hidup pada zaman mereka mempunyai kuasa dan jika mempunyai maklumat pun tak ada gunanya kerana mereka sedang dihisab di alam barzakh. Cukuplah jika penulis mengulas mengenai 2 bekas presiden dan 1 presiden sekarang untuk kita sama-sama menilai adakah mereka bersifat zalim mahupun warak.

Presiden ini dilahirkan pada tanggal 20 Disember 1925 di sebuah daerah yang merupakan ibunegeri kepada Kedah (sekarang ini dipimpin dengan baik oleh YAB Ustaz Azizan Razak). Walaupun sudah berumur 84 tahun, namun kesamsengan dan keegoan dia untuk terus berpolitik menghentam Pakatan Rakyat masih tidak luntur sebagaimana lunturnya kehitaman rambutnya walaupun tidak menjadi seperti rambut penggusti bernama Ric Flair. Tidak diketahui kenapa harus dia terus menerus membantai perjuangan Pakatan Rakyat sedangkan dia sudah boleh diletakkan sebaris dengan calon veteran yang menunggu masa dipanggil Malaikat Maut, tetapi kelihatan seolah-olah dia terlalu mempertahankan kemeLAYUan dia walaupun dia bukan melayu asli. Mahu dikatakan sudah nyanyuk sebagaimana yang didoakan oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor supaya dipanjangkan umur MAHAzalim ini, tidak juga kerana kalau seseorang itu sudah nyanyuk dia tak mungkin akan mengungkit sebuah pemberian ikhlas 2 buah pelantar minyak dari mahaleLAH kepada kerajaan Brunei seperti yang ternyata dalam blognya. Hendak dikatakan sudah buang tabiat kerana ajal semakin hampir pun masih ragu-ragu kerana ketika dia bertindak keluar dari parti pemerintah berpaksi kezaliman itu juga adalah suatu yang hampir mustahil tetapi ianya tetap berlaku dan ia bolehlah diklasifikasikan sebagai sifat buang tabiat terhebat dalam sejarah hidupnya. Dan kini selepas hampir 2 tahun dia membuat keputusan keluar dari parti berpaksi kezaliman, tiada tanda-tanda yang dia akan pergi meninggalkan kita semua di atas dunia walhal tanda untuk seseorang itu pergi sudah boleh diperlihatkan sekitar 100 hari sebelum ajal. Agaknya perseteruan yang dilancarkan oleh dia ke atas pejuang kebenaran ini akan terus-terusan sehingga nyawa berada di ghargarah kelak, wallahua'lam. Dikenali dengan gelaran MAHAzalim, MAHAfiraun dan MAHAdey adalah kerana sepanjang pemerintahan berusia 22 tahun, berbagai-bagai kerosakkan dan kezaliman berpaksi kepada ajaran zionis telah diperbuatkan dalam negara. Kezalimannya yang paling menyerlah adalah bagaimana selepas hampir 4 tahun dia mentadbir sebagai MAHAdewa, sebuah proses pembantaian besar-besaran telah dilakukan ke atas penduduk kampung MEMALI dimana 14 orang termasuk Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud @ Libya telah menemui ALLAH dalam keadaan yang paling dihajati oleh seluruh pendukung ISLAM iaitu SYAHID. Walaupun dinafikan oleh MAHAzalim ini bahawa mereka semuanya adalah SYAHID dengan pelbagai cara penerangan termasuk dengan menyiarkan sebuah drama, namun segalanya tidak pernah mengubah sejarah perjuangan mereka dan pengalaman yang dilalui oleh rata-rata pengunjung yang pernah menziarahi makam mereka di Parit Panjang, Baling. Kerahan pasukan keselamatan yang begitu ramai serta menggunakan kelengkapan seperti sedang memerangi kumpulan subversif yang bersenjata penuh telah membuktikan bahawa arahan MAHAzalim ini adalah untuk menghapuskan seluruh penduduk MEMALI. Jika benar mereka hanya ingin menangkap seorang yang pernah menjadi pendakwah kerajaan yang bertauliah, kenapa harus mereka menitahkan sebegitu ramai anggota untuk berkampung di MEMALI. Itu cuma satu perkara yang disentuh tetapi merupakan dosa yang paling besar dilakukan oleh tangan MAHAzalim ini yang perlu disesali dan taubat nasuha dengan segera selagi nyawa belum sampai ke ghargarah. Tidak dinafikan bahawa dosa MAHAzalim terlalu banyak sehingga tak tertulis di ruangan ini. InsyaALLAH akan penulis sampaikan dari masa ke semasa demi menjimatkan ruangan.

Penggantinya adalah seorang yang mahaleLAH atau mahatidoLAH. Dilahirkan pada 26 November 1939 (sama pula hari lahirnya dengan ayah penulis walaupun tak setua) dan merupakan anak kelahiran Pulau Pinang (yang kini dipimpin oleh YAB Lim Guan Eng). Pada awal kenaikan dia sebagai mahadewa dalam negara, dia kononnya dilihat sebagai imej yang bersih berlatarbelakangkan keturunannya yang merupakan antara ahli awal yang berkecimpung dalam PAS. Antara aspirasi awalnya sebagai mahadewa ialah ingin membanteras rasuah secara besar-besaran dan jerung pertama yang ditangkap adalah bekas pengerusi Perwaja Steel serta seorang lagi ahli politik yang bersekongkol dengan dia dalam membela kezaliman. Sesudah dari itu, tak ada lagi penahanan mana-mana jerung yang berjaya disabitkan dalam kes rasuah malahan kes Perwaja Steel juga menemui jalan buntu apabila jerung berkenaan telah dibebaskan dibawah pentadbirannya. Merupakan seorang yang kaki tidur dan sangat suka menipu sehinggakan dia dikritik kerana pada tanggal 12 Februari 2008 dia mengatakan bahawa hari esoknya (13 Februari 2008) tidak akan berlakunya pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum dijalankan, tetapi telah membubarkan parlimen pada tarikh berkenaan tanpa muka bersalah kerana telah berkata bohong pada hari semalamnya. Dan nyata sekali bahawa rakyat jelata seluruhnya yang layak mengundi tak dapat menerima penjelasan yang diberikan lalu bertindak untuk memberikan undi yang luar biasa banyaknya kepada Pakatan Rakyat sehinggakan berjaya menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen untuk parti pemerintah berpaksi kezaliman. Juga merupakan seorang yang berdendam kerana kekalahan yang diterima pada Pilihanraya Umum 2008 itu telah dibalas kepada rakyat dengan meningkatkan penjualan harga petrol dalam negara kepada 78 sen seliter menjadi RM2.70 pada Jun. Namun seperti yang dilaksanakan oleh mana-mana mahadewa berhubung dengan janji pilihanraya kecil apabila Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan Parlimen Permatang Pauh kosong, dia mulai kendur dan menyatakan bahawa harga petrol dalam negara akan diselaraskan kepada harga yang munasabah. Nyata bahawa rakyat tidak lagi mempercayai janji mahaleLAH ini dan pengakuan sumpah mubahalah Mat toSEYFULLBAUKARI telah menyebabkan undi sokongan buat DS Anwar meningkat dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Permatang Pauh seterusnya diangkat menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Adat menjadi manusia, apabila kita menang dengan besar kita sering didampingi oleh manusia yang talam dua muka dan apabila kita kalah dengan teruk kita akan dilanyak dengan berbagai-bagai kritikan walaupun dari orang yang pernah kita percayai. Itu yang terjadi ke atas mahaleLAH ini apabila sokongan padu yang dia perolehi semasa PRU 2004 tak dapat diteruskan sehingga PRU 2008 apabila dia dibelasah teruk walaupun dalam himpunan agung mereka. Akibat yang perlu dia hadapi ialah turun dari takhta mahadewa bagi memberikan peluang kepada Mat Mongolia memimpin negara menjelang April 2009. Dia kini tidur untuk selamanya dalam arena politik tanahair (walaupun belum menemui Malaikat Maut) dan hanya mengulas isu-isu kecil yang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.

Tanggal 3 April 2009 merupakan hari yang paling menggembirakan untuk seseorang yang meninggi jawatan sebagai mahadewa dalam negara. Walaupun kenaikkan dia diselubungi dengan pelbagai kontroversi sebagai kaki betina, namun akibat dari ketandusan pengampu aspirasi zionis dia naik juga memimpin negara mengikut kehendak hawa nafsu dia dan mahadewi yang dikasihi. Dia merupakan antara perdana menteri yang paling banyak terpaksa melalui siri pilihanraya kecil dengan didahului 3 pilihanraya kecil serentak di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Imejnya terpalit dengan calar yang membusuk apabila membuat keputusan bacul tidak meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti yang menyaksikan calon dari PKR menang mudah dalam pilihanraya berkenaan. Walaupun berjaya dalam 2 pilihanraya kecil yang terkini iaitu di Bagan Pinang dan Hulu Selangor tetapi ianya adalah diketahui umum bahawa mereka mengeksploitasi undi pos yang banyak di Bagan Pinang dan undi penduduk tanah rancangan di Hulu Selangor. Tak cukup hanya memenangi pilihanraya kecil sahaja, dia bertindak pula memaksa anggota parlimen dan dewan undangan negeri yang memihak Pakatan Rakyat supaya berpaling tadah membuntut katak Pasir Mas sebagai ahli yang bebas walhal ia adalah sebahagian dari komponen parti pemerintah berpaksi kezaliman. Naiknya sahaja sudah tak diyakini sebagai seorang yang bersikap adil, apatah lagi ketika sedang memegang tampuk pemerintahan. Dengan cara menghalalkan judi bolasepak menjelang sepak mula kejohanan Piala Dunia, dia dilihat sebagai seorang yang sangat tak menepati ciri-ciri Pengerusi OIC.

Semoga kewujudan 64 tahun parti berpaksi kezaliman ini akan ditamatkan riwayat mereka oleh ALLAH dalam sedikit masa kerana sudah berbagai kerosakkan yang diperbuat sepanjang tempoh itu. 64 tahun mentadbir tanpa adanya pemikiran untuk mendirikan sebuah negara ISLAM adalah tempoh kekejaman dalam negara.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment