Friday, May 7, 2010

Dan Sebenarnya...

Seperti yang dijanjikan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan iaitu YB Husam Musa, dalam satu siri program penerangan di ibunegeri Kelantan telah mendedahkan berkenaan status RM 4 juta yang khabarnya diberikan sebagai upah kepada Mat Kena Tendang untuk menjatuhkan rejim pemerintahan mahaleLAH adalah palsu dan fitnah. Sambil berjenaka dan nada menyindir YB Husam menjelaskan bahawa jika harga semurah RM 4 juta diperlukan untuk menggulingkan tampuk pemerintahan negara, dia memerlukan suatu dana bernilai RM 20 juta untuk membawa Pakatan Rakyat menjadi pemerintah Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak. Tambahnya, perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya PAS sudah seringkali dibantu oleh para dermawan seluruh negara yang banyak menginfakkan harta mereka semata-mata mahu melihat tertegaknya daulah ISLAMIYYAH dalam pentadbiran negara. Sebagai mengambil contoh dirinya yang hanya berpendapatan sebanyak RM 400 sewaktu mula berkhidmat di Pejabat PAS tetapi mampu keluar untuk memberikan penerangan kepada rakyat kerana adanya golongan dermawan yang ingin mengambil keuntungan akhirat dengan membantu perjuangan disamping keinginan besar mereka untuk melihat pentadbiran kerajaan yang amanah dan berlandaskan hukum ISLAM. Lihat disini.

Woiii, Mat Kena Tendang !!!
Puaskah hati kamu dengan membuat pengakuan palsu berunsur fitnah ini kepada umum???
Berapa pula yang kamu perolehi dari parti berpaksi kezaliman dengan menyebarkan dakwaan sebegini???
Apakah jatuhnya rejim mahaleLAH dan menaHANTUnya itu adalah kerana penulisan dan penggambaran kamu semata-mata tanpa adanya tangan YANG MAHA BERKUASA dalam menjatuhkan seseorang???
Apakah tanah balak yang kamu inginkan untuk ditarah sebagai cagaran untuk kamu terus mendukungi aspirasi Pakatan Rakyat dan sebagai bayaran pula untuk menggulingkan rejim dewa dan dewi tertinggi dalam pemerintahan negara lantas kamu tidak diberikan menyebabkan kamu berpaling tadah???

Beginilah yang berlaku jika kita hanya mengharapkan sebuah ganjaran berupa duniawi semata-mata tanpa keikhlasan dalam membuat pekerjaan menghebahkan perkara kebenaran. Tanpa berselindung penulis langsung hilang rasa kepercayaan untuk menjadikan laman Mat Kena Tendang ini sebagai sumber ilham dalam menulis perkara yang menguntungkan perjuangan ISLAM dalam negara. Biarlah selepas ini kita akan berseteru dalam menyebarkan ideologi masing-masing demi menghajati apa yang diinginkan. Semoga ALLAH meneruskan gerakan untuk membersihkan barisan pejuang agama-Nya dari sifat nifaq yang wujud dalam jiwa. Sesungguhnya ISLAM tidak memerlukan suatu kuantiti umat yang ramai dalam menegakkan hukum tanpa kualiti sebagai umat yang taat.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment