Monday, May 10, 2010

Ariffin Mohamad Sudah Pandai Bersosial...???

Pengasas ajaran Kerajaan Langit yang suatu ketika dahulu telah mencetuskan kontroversi dalam negara sehingga perkampungan mereka menjalankan aktiviti upacara pemujaan di Besut dikunjungi serata masyarakat untuk didakyah, nampaknya hari ini sudah pandai meneruskan gejala sesatnya dengan memanfaatkan pula sebuah laman sosial di internet untuk kembali menarik sokongan. Dalam satu kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi meminta supaya Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat pemilik sebenar laman sosial itu kerana laporannya dibimbangi akan mempengaruhi masyarakat khususnya umat ISLAM supaya kembali dengan ajaran mereka. Sambil menambah yang laman kini menjadi kegilaan ramai sehingga ada yang ketagihan menulis di situ itu, secara terang-terangan mempersendakan ISLAM disamping begitu berani memuatkan kenyataan ajaran ISLAM yang dipesongkan sehingga dibimbangi akan kembali menarik pengaruh terutamanya golongan muda untuk bersekongkol menyebarbiak ajaran Kerajaan Langit. Dalam kenyataan yang sama beliau menambah dengan memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana atas tindakan dari Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS beberapa buah negeri membuat laporan polis terhadap kafir bangga, akhirnya menyebabkan laman itu telah ditamatkan dari laman sosial berkenaan. Lihat disini.

Penulis agak hairan dengan sikap pemerintah dan Pak Mau Ufti dalam negara ini kerana sudah terlalu lama mereka memfatwakan bahawa ajaran Kerajaan Langit itu adalah sesat tetapi sampai sekarang pengasas ajaran tersebut dibiarkan bebas tanpa pengawasan dari mana-mana individu yang berkuasa menahan dan mendakwa. Tertanya-tanya dalam diri penulis adakah Pak Mau Ufti ini sudah termakan dengan dakyah yang disebarkan oleh Ariffin ini sehinggakan mereka membisu, membuta dan mentuli dalam menguatkuasakan status sesat Ariffin.

Apakah bangsat sangatkah undang-undang pencegahan penyebaran ajaran sesat dalam negara ini sehingga ramainya orang yang mampu mengaku tahu tentang ISLAM dengan baik sedangkan realitinya mereka dayus dengan ilmu???
Pak Mau Ufti ini tidak menjalankan tugas merekakah dalam menerangkan kebenaran ajaran ISLAM yang sebenar dalam negeri masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan tentang banyak hukum hakam dalam agama???
Ataukah sebenarnya Pak Mau Ufti ini hanya menjadi tukun tua yang tiap bulan pergi ke mesin ATM untuk mengambil gaji tanpa mempedulikan akidah rakyat yang sedang didakyah untuk dipesongkan???

Semoga ALLAH melindungi kita semua dari terus melayari laman sosial yang berusaha memesongkan akidah kita samada dalam diam mahupun secara terang-terangan. Ingatan untuk Pak Mau Ufti supaya kembali ke jalan ISLAM sebenar dengan meningkatkan dakwah anda kepada seluruh rakyat supaya institusi anda tidak terus dipandang lekeh oleh masyarakat dengan rata-rata dihukumkan HARUS SANA, HARUS SINI.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment