Monday, May 3, 2010

Mulia Sungguh Martabat Dewa Ini....

Penulis agak tertarik dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewa tertinggi dalam pemerintahan berpaksi kezaliman dalam negara yang menyebut bahawa kebersamaan beliau dengan presiden negara Pakcik Sam beberapa ketika lepas adalah kerana terlalu inginnya presiden itu bertemu dengan Dewa ini. Dalam kenyataan Dewa ini semasa berada di kawasan yang akan dihujani dengan projek mee segera kerana adanya pesta pilihanraya iaitu Sibu, dinyatakan yang presiden Pakcik Sam itu begitu tertarik dengan program pelan Model Ekonomi Baru yang diumumkannya pada penghujung Mac yang rata-ratanya hanya menguntungkan golongan kayawan dari membela rakyat pendapatan rendah. Dalam ucapan yang dapatlah penulis sifatkan sebagai satu pelanggaran undang-undang pilihanraya oleh pemerintah zalim di Sibu, Dewa ini juga mengingatkan penduduk Sibu bahawa pihak pembangkang akan datang berkampung dari sana untuk memperjuangkan hak rakyat Sibu (walaupun dalam kenyataannya di sebut lain memandangkan dia adalah lawan Pakatan Rakyat). Lihat disini.

Woiii Dewa !!!
Apakah kamu sedar bahawa rakyat sekarang sudah celik dari pembohongan yang selalu kamu cengkamkan dalam hidup kami ???
Apakah terlalu mulia diri kamu sehinggakan presiden sebuah negara pendukung kezaliman terbesar yang kepingin bertemu dengan kamu ???
Jika benarlah kenyataan kamu yang presiden itu ingin berjumpa kamu, kenapa kamu yang harus menyembah dan bersujud di kakinya bertemu di Rumah Putih ???
Tidakkah kamu boleh menerangkan mengenai perlaksanaan model kamu itu di negara ini sendiri atau sekurang-kurangnya jika takut dengan bantahan rakyat, bertemu sahaja di negara berkecuali ???
Apa kena mengena pula dengan tindakan kamu yang membatalkan penghantaran minyak ke sebuah negara yang kamu naungi sebagai presiden Oh, I See iaitu Iran sejurus kamu pulang dari perjumpaan itu ???
Apakah dalam perjumpaan itu kamu tidak ditanya oleh presiden itu tentang bagaimana 2 buah enjin jet F-5E yang hilang itu yang kemudiannya dijumpai di Uruguay oleh ejen perisikkan negara itu ???
Adakah kamu juga tidak ditanya mengenai misi pengaman yang ingin dihantar oleh negara mentor kedua kamu itu dalam menegakkan kezaliman, ke Afghanistan bagi melerai pergolakkan yang jadi meruncing di sana akhir-akhir ini ???
Dan apakah maksud kamu mengatakan bahawa pihak pembangkang akan datang berkampung di Sibu bagi menjalankan kempen menarik undi dalam pilihanraya kecil yang dilangsungkan 16 Mei nanti ???
Tidakkah ini menggambarkan bahawa kamu sudah melanggar akta pilihanraya dengan berkempen sebelum dari penamaan calon dan kami dari Pakatan Rakyat menurut undang-undang kerana belum berkampung di Sibu sebelum dari tarikh penamaan calon ???
Apakah pengendali pilihanraya di Malaysia ini terlalu buta dan tuli untuk mentafsir kehadiran dewa ini ke kawasan pilihanraya telah melanggar akta yang sudah diperuntukkan ???
Ataukah undang-undang yang dicipta di Malaysia ini hanya untuk dilanggari tanpa perlu dipatuhi seperti kebanyakkan pak menteri yang melakukan pelbagai salahlaku ???

Itulah sahaja persoalan demi persoalan yang ingin penulis utarakan sebagai menjawab ucapan umum dewa tertinggi dalam pentadbiran negara ketika dia sedang melangsungkan kempen memancing undi di Sibu. Tetapi persoalan ini tidak hanya terhenti di sini. Akan timbul lebih banyak lagi persoalan jika dia bersuara pada masa mendatang. Kepada Mat Pagoh yang semasa pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor bertindak sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil, jagalah kesihatan kamu dan janganlah terlalu mengikut emosi kamu lantaran kemarahan kepada DS Anwar Ibrahim. Sesungguhnya kesihatan kamu adalah sangat penting sekurang-kurangnya sehingga sebelum dari tarikh pembubaran parlimen akan datang kerana dewa tertinggi kamu pastinya tidak ingin melihat satu lagi pilihanraya di kawasan Pagoh.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment