Thursday, May 6, 2010

Ganjaran Sekiranya Menang Piala Thomas, Uber...

Menjelang pesta paling melekakan dalam dunia berlangsung di Afrika Selatan pada 11 Jun akan datang, sebuah pesta yang tidak kurang melekakan juga akan turut mengambil tempat terutamanya bagi peminat permainan badminton di Malaysia. Lebih kurang sebulan sebelum sepak mula kejohanan Piala Dunia bolasepak, tangkisan mula kejohanan Piala Thomas badminton akan berlangsung di ibunegara pada Ahad ini selama seminggu. Dan sebagai tuan rumah kejohanan, pastinya harapan menggunung disandarkan kepada pemain-pemain negara dalam membawa pulang piala orang bukan ISLAM itu yang tidak dimenangi sejak tahun 1992. Walaupun wisel pertandingan belum lagi ditiupkan oleh pengawal perlawanan, semboyan ganjaran memenangi piala tersebut sudah dibunyikan wanita pertama negara selaku penaung badminton negara. Kononnya ia adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat para pemain dalam mengembalikan piala paling 'prestij' sukan badminton, tetapi ia juga adalah sama seperti janji pilihanraya yang seringkali dicanangkan sama ada pilihanraya umu atau pilihanraya kecil. Inilah buktinya contoh ganjaran yang bakal dimenangi oleh pemain-pemain badminton negara seandainya mereka dapat mendakap piala berkenaan dari tangan penguasaan negara China. Lihat disini.

Sesungguhnya penulis lebih rela berputih mata melihat para pemain Malaysia hampa mendakap piala ini dari terus melihat wanita pertama negara melakukan dosa berpelukkan dengan golongan yang bukan mahramnya di depan khalayak ramai. Ini bukanlah kali pertama menggambarkan wanita pertama itu berpelukkan dengan lelaki yang bukan mahram. Jika sebelum dari ini tidak ada kemurkaan ALLAH ditunjukkan kepada kita secara langsung, dibimbangi kemenangan pemain badminton kita dalam kejohanan ini dan diganjarkan sedemikian rupa akan mengundang kemurkaan ALLAH secara langsung. Semoga ALLAH memakbulkan doa penulis untuk tidak melihat kemungkaran berlaku dalam meraikan 'hadiah' pemain badminton ini. Jangan bicara mengenai semangat patriot dalam jiwa jika ianya bercampur dengan kemungkaran.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment