Saturday, May 1, 2010

Kayanya Orang PAS....

Heboh diperkatakan oleh seorang pemblog dari mana entah datangnya apabila dengan tiba-tiba sahaja membuat pengakuan 'ikhlas' berhubung dirinya telah dijaja bersama bayaran sebanyak RM 4 juta semata-mata bertujuan menjatuhkan rejim mahaleLAH selama tempoh berkuasanya. Tidak dinafikan bahawa penulis agak tertarik dengan karikatur yang direkanya semasa memblog menghentam rejim parti paksi kezaliman tetapi setelah agak lama tidak melayari blog berkenaan, dia sebenarnya merupakan tali barut yang berkepentingan dalam memblog. Murah sangatkah diri anda sehingga sanggup membiarkan diri dipergunakan bagi menghentam rejim paksi kezaliman ini? Berpadananlah dengan status tali barut itu kerana setelah sekian lama membiarkan karikatur menghina rejim mahaleLAH, tidak ada satu pun laporan polis dibuat oleh mana-mana individu terhadap pemblog berkenaan walhal ianya adalah mengaibkan dan langsung tidak masuk akal. Lihat disini.

Apakah kaitan antara melakukan 'super impose' wajah mahaleLAH dan anak menaHANTUnya ke dalam poster-poster filem itu? Apakah kita yang berada di pihak kebenaran ini sudah ketandusan idea untuk berhujah dengan mereka sehingga perlu untuk menyerang peribadi dan mewatakkan wajah mereka sedemikian rupa? Ataukah lidah pemblog ini sudah kelu di saat ingin mengarang dalam blognya kerana lontaran yang di kirim adalah berbentuk perkara tidak benar?

Diingatkan kepada pemblog berkenaan bahawa untuk menjatuhkan sesebuah rejim, kita tidak perlu disumbang sebanyak RM 4 juta sebagai habuan dunia. Melalui tinta sahaja yang nilainya tak sampai RM 100, kita dapat menyaksikan ketumbangan sesebuah rejim yang mahazalim. Kami tidak perlu untuk mengupah anda sebanyak itu jika ingin menumbangkan mahaleLAH dan menaHANTUnya itu. Cukuplah kami bagi para pejuang mencakna buah fikiran kami menurut prinsip yang dilandaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah dalam menangkis serangan bertali arus dari pihak berpaksi kezaliman kerana kami yakin pada janji ALLAH bahawa sesungguhnya pihak kebenaran PASTI akan dapat mengalahkan pihak zalim. Apalah gunanya kami mengupah kami sebanyak itu jika Putrajaya pun kami tak mampu gapai dalam pilihanraya umum 2008 lepas. Ini bermakna anda sudah gagal dalam memenuhi harga diri anda yang senilai RM 4 juta itu kerana rejim mahaleLAH tidak tumbang sepenuhnya dalam pilihanraya sebaliknya cuma dinafikan majoriti 2/3 sahaja dalam suara parlimen. Itupun sekarang ini ianya sudah banyak berkurang dan mereka hampir kembali menguasai 2/3 majoriti apabila ramainya katak yang makan di pinggan dan minum di cawan. Anda sepatutnya memulangkan sahaja wang yang dijilat itu atas kegagalan ini. Dan apa yang pasti, penulis tidak dibayar walau sesen pun dari mana-mana individu dalam menegakkan aspirasi Pakatan Rakyat sebagaimana pemblog berkenaan.
ADA UNTUNG, ADA POSTING...
TAK DAK UNTUNG, RAHSIA PECAH...
Mungkin itulah prinsip yang dipegang oleh pemblog berkenaan. Renungkanlah bahawa kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Abdullah Bin Rawahah R.A. adalah lebih tajam dari mata pedang buat golongan zalim.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment