Saturday, May 1, 2010

Cadangan Orang Gila....

Sesungguhnya ISLAM sudah mewujudkan sebuah perundangan yang MAHA ADIL untuk semua kaum dan segala zaman. Jadi kenapa harus kita bersikap takbur dan angkuh untuk melaksanakan undang-undang sendiri tanpa mengambil pedoman Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas dalam menyatakan pendirian? Apakah ini yang boleh kita banggakan dengan melantik seorang yang jahil tentang ilmu agama ke persidangan Dewan Negara? Sangat gila cadangan dari seorang yang dibayar elaunnya oleh rakyat sebagai senator apabila dia mencadangkan hukuman kasi ke atas seseorang bapa yang bayinya di buang. Inikah jawapan yang mampu menyelesaikan masalah pembuangan bayi dalam negara? Nak dikata bahalul, nampak seperti seorang yang berpelajaran kerana tak mungkin seorang yang bangang akan dilantik menjadi ahli Dewan Negara. Atau kemungkinan ahli yang ini seorang yang mempunyai perniagaan dan kepakaran untuk mengkasi orang atau haiwan. Lantas difikirkan ianya akan membuatkan dia beruntung, lalu dicadangkan kepada ahli Dewan Negara yang lainnya untuk dibahaskan oleh menteri yang menghabiskan beras negara selepas kalah dalam pilihanraya umum 2008 lalu. Lihat disini.

Sangat tidak masuk akal cadangan dari ahli ini kerana sudah termaktub dalam pelembagaan ISLAM bahawa seseorang yang didapati berzina jika belum berkahwin maka dia harus dikenakan dengan hukuman sebatan dan jika sudah berkahwin dan sudah merasai perhubungan kelamin yang sah maka orang itu dijatuhkan dengan hukuman rejam sampai mati. Agak lama penulis mengkaji perlakuan kasi ini dalam ISLAM tetapi sampai sekarang tidak bertemu akan kesalahan apa yang boleh disabitkan dengan hukuman kasi ini. Ini menunjukkan bahawa hukuman kasi adalah bertentangan dengan ajaran ISLAM dan melambangkan satu bentuk kekejaman ke atas manusia. Bersesuaian sangatlah dengan parti yang disertai oleh ahli Dewan Negara berkenaan iaitu parti paksi kezaliman apabila dicadangkan usul yang berbentuk zalim juga. Jadi tidak hairanlah ianya dilontarkan dari wakil parti paksi kezaliman kerana hanya orang zalim yang akan bersetuju dengan akta zalim.

Semoga ALLAH melindungi negara ini dari segala bentuk kezaliman datangnya dari tangan-tangan yang mendukungi parti paksi kezaliman. Dan semoga ALLAH membolak-balikkan hati golongan zalim ini supaya tidak terus bergelumang dengan dosa yang dimurkai.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment