Thursday, May 6, 2010

Ayuh, Rungkaikan Kebenaran...

Alhamdulillah kerana selepas sekian lama menunggu penjelasan dari seorang tokoh yang sangat disanjungi, akhirnya YB Husam Musa telah menyatakan kesediaan dia untuk melondehkan kebenaran dakwaan seorang pemblog yang ditawarkan sejumlah wang bagi menjatuhkan rejim mahaleLAH ketika zaman berkuasanya dulu. Memaklumkan perkara ini dalam laman sosialnya, Husam dikhabarnya akan membuat penjelasan mengenai isu itu dalam satu majlis penerangan di Taman Guru Kota Bharu pada malam ini. Sambil menjemput rakan-rakannya dalam laman sosial itu dan penduduk sekitar kawasan ceramah supaya hadir ke gerbang program, dia juga kelihatan seolah-olah mencabar Mat Kena Tendang (pemblog yang disebut) berkenaan supaya tidak bermain teka-teki iaitu menamakan 5 dalang yang mengupah dia. Lihat disini.

Woiii, Mat Kena Tendang!!!
Apa perasaan kamu menjadi seorang jutawan dengan hanya menulis dan menghentam seorang yang mahaleLAH???
Kemanakah kamu belanjakan seluruh RM 4 juta itu selepas berjaya menggulingkan rejim itu???
Apakah kamu memperolehi keseluruhan RM 4 juta itu atau mendapat sebahagian sahaja dari itu lantas membuatkan kamu tidak berpuashati dan mendedahkan hal ini???
Apakah perlu wang yang sebanyak itu diperhabiskan kepada kamu seorang sahaja untuk menjatuhkan kezaliman???
Lupakah kamu pada janji ALLAH bahawa jatuh bangun sesebuah empayar adalah bergantung kepada ketentuan ALLAH dalam membolak-balikkan hati manusia???
Dan sekiranya rejim mahaleLAH tidak dapat ditumbangkan dalam PRU 2008, apakah kamu dengan berbesar hati akan menyerahkan kembali wang yang diperolehi itu kepada 10 tangan yang mendalangi pemberian tersebut???
Apakah sebuah kerajaan negeri Kelantan mampu untuk menggerakkan perang saraf mereka ke atas rejim mahaleLAH yang menguasai seluruh jentera penggerak dalam melaksanakan misi kezaliman mereka termasuk media arus perdana yang tidak telus???

Tanpa perlu kita membuat pelbagai spekulasi berterusan mengenai Mat Kena Tendang ini, sama-samalah kita menunggu apakah perkara yang akan didedahkan oleh YB Husam dalam penerangannya malam ini. Semoga ALLAH bersama kita dalam menegakkan kebenaran dalam negara.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment