Monday, May 10, 2010

Parti Pemerintah Paksi Kezaliman Memalu Gendang Lapuk...

Kempen Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Sibu baru sahaja dimulai sejak Sabtu namun segalanya serba kucar-kacir melihatkan adanya sentimen perkauman yang dimainkan oleh parti pemerintah zalim dengan memperlihatkan wajah sebenar mereka mengenai asas perjuangan. Ini termasuklah gendang lama yang kini dipalu semula dalam kempen pilihanraya disini dengan mendakyah bahawa undi calon DAP membawa erti yang mereka memberi undi untuk NEGARA ISLAM. Asas utama difahamkan gendang ini dipalu adalah kerana kebersamaan DAP dengan PAS yang membentuk sebuah gagasan bernama Pakatan Rakyat. Walaupun menurut Lim Kit Siang yang gendang itu sudah berkubur dalam Pilihanraya Umum 2008 serta statistik Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Bukit Gantang dimana calon PAS meraih 84 peratus undi kaum cina di Kuala Sepetang dan Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Hulu Selangor menyaksikan calon PKR mendapat 82.5 peratus sokongan kaum cina di Rasa, namun di Sibu ianya adalah amat mempengaruhi minda pengundi untuk tidak mengalih sokongan mereka kepada parti pemerintah paksi kezaliman. Sambil meluahkan rasa keyakinan untuk calon yang ditampilkan mampu meningkatkan undi Pakatan Rakyat berbanding pilihanraya lalu, dia menzahirkan bahawa senjata pemusnah yang dimainkan oleh parti pemerintah paksi kezaliman itu tidak akan dilayan untuk didengari oleh pengundi. Lihat disini.

Woiii, Pemerintah Zalim !!!
Sanggupkah kamu mempergunakan isu ini untuk meraih sokongan pengundi???
Tidak adakah dalam perancangan kamu untuk melaksanakan ISLAM sebagai rujukan tertinggi dalam pemerintahan???
Apakah kamu beranggapan bahawa dengan memperjuangkan semangat asabiyyah itu akan memperolehi redha ALLAH di akhirat kelak???
Masih tidak nampakkah kamu berbagai-bagai kerosakkan yang berlaku dalam masyarakat hasil daripada pengabaian kamu melaksanakan ISLAM dalam pemerintahan???
Apakah dengan mempunyai Pak Mau Ufti yang teramai dalam dunia itu sudah mencukupi untuk mengakui ke mata dunia bahawa negara ini layak memimpin pertubuhan OIC???
Beginikah cara kamu berhadapan dengan orang yang belum mendapat hidayah ISLAM di bumi Sibu semata-mata mahu mencapai matlamat politik kamu yang berkeinginan memperolehi majoriti 2/3 dalam parlimen sebelum ianya dibubarkan???

Jelaslah sudah bahawa pemerintah zalim ini sendiri mengakui yang sebenarnya ingin menegakkan sebuah negara ISLAM adalah PAS dan kebenarannya parti pemerintah zalim ini langsung tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan kerajaan ISLAM yang diredhai ALLAH demi menjaga periuk undi mereka di kawasan yang majoriti bukan ISLAM. Perkara ini sudah terbukti dengan pendedahan dari parti yang berkomponen membela kezaliman sekian lama. Terima kasihlah wahai parti pemerintah berpaksi kezaliman kerana kamu sudah mendedahkan sikap sebenar kamu yang berdendam dengan ISLAM dan memainkan sentimen penegakkan sebuah negara ISLAM inspirasi dari PAS tanpa perlu kami bersusah payah menerangkan kepada masyarakat ISLAM serata negara. Isu yang kamu timbulkan itu mungkin akan memenangkan kamu sementara di Sibu sedangkan di kawasan lain dimana terdapatnya pengundi ISLAM yang majoriti, kamu ibarat menjerut leher kamu ke tali gantungan dalam PRU ke-13. Semoga ALLAH membuka mata hati kita semua bahawa parti pemerintah berpaksi kezaliman ini sanggup menggunakan pelbagai isu termasuk mengenepikan asas pegangan ISLAM dalam mencapai matlamat haprak mereka.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment