Sunday, May 9, 2010

Maksud Perkataan 'Barua'....

Penulis baru selesai menelaah maksud tersurat dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Kedua tahun 1996 dan mendapati bahawa perkataan barua telah dikemukakan pada mukasurat ke-110. Ini yang penulis dapati dalam penulisan yang tersurat :

barua :- 1. orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman; 2. kata makian.

Penulis me'merah'kan perkataan yang diperolehi dari kamus yang diiktiraf oleh kerajaan ini adalah kerana pada tanggal 8 Mei 2010 telah berlakunya suatu peristiwa yang tidak pernah terjadi dalam sejarah tempat tinggal penulis apabila menyaksikan sejumlah besar anggota keselamatan dikerahkan mengadakan sekatan jalan semata-mata bagi menghalang atau melambatkan pergerakkan kunjungan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, DS Anwar Ibrahim. Difahamkan terdapatnya 4 sekatan jalan atau road closing di kawasan yang dominan dengan perumahan anggota kerajaan demi menjayakan misi mereka untuk menggagalkan DS Anwar dari membela warga setinggan yang rumah mereka dirobohkan oleh pemerintah zalim baru-baru ini. Bagaimanapun sebelum dari ketibaan DS Anwar ke tempat program penerangan itu sudah berlakunya kejadian dimana seorang penyampai, Suhaizan Kayat yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat telah ditahan oleh anggota keselamatan kerana menyampaikan ceramah dengan mengatakan bahawa tindakan mereka mengadakan road closing itu adalah mencirikan mereka sebenarnya barua u*n*. Tanpa perlu melihat maksud kedua untuk perkataan barua itu, penulis cukup yakin yang menjadikan Suhaizan Kayat berkata begitu adalah selepas dia mengambilkira maksud pertama perkataan tersebut dari kamus yang digunapakai waktu ini. Persoalan berlegar didalam minda penulis kerana apabila bersemuka dengan ketua balai yang menahan Suhaizan, dia mengatakan bahawa perkataan itu langsung tidak sesuai ditujukan kepada pihak keselamatan kerana ianya seolah-olah menggambarkan bahawa dia adalah bapak barua.

Jika memang adanya arahan pun untuk menyekat kemaraan rakyat ke program penerangan itu dari pihak parti paksi kezaliman, apakah tidak benar maksud pertama perkataan barua yang dilontarkan oleh Suhaizan itu ditujukan kepada mereka???
Apakah menjadi suatu kesalahan bagi seorang pemimpin rakyat bergelar Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, datang ke sebuah kawasan dalam negara yang melingkungi pengundian wakil ke parlimen untuk berjumpa dengan rakyat???
Kenapa tidak diteruskan sahaja melaksanakan sekatan jalan di kawasan ini selepas dari kunjungan penuh makna DS Anwar kerana penulis hampir-hampir sahaja berlaga ketika memandu dengan 2 buah motosikal yang tidak memasang lampu hadapan???
Apakah hendak ditunggu sehingga Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Anggota Parlimen kawasan ini almarhum dahulu baru dikampungi kawasan ini???

Semoga ALLAH membuka mata rakyat yang menyaksikan proses penahanan Suhaizan Kayat ini sebagai melambangkan tanda-tanda awal penggulingan parti pemerintah zalim secara pilihanraya dalam usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

KEADILAN UNTUK SUHAIZAN KAYAT !!!

No comments:

Post a Comment