Monday, May 10, 2010

Akhirnya, Anjing Memandang Pada Tuannya...

Kemana tumpahnya kuah jika tak ke nasi, kemana perginya seekor anjing untuk berhadas jika tak ke rumah tuannya. Itulah situasi yang dapat kita lihat dalam perbicaraan kes lawat (tak ingin menggunakan istilah yang dipertuduhkan kerana bimbang akan diperhitungkan sebagai satu persubahatan) Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, DS Anwar Ibrahim dalam prosiding yang disambung semula pagi ini. Tanpa berselindung lagi Mat toSEYFULLBAUKARI telah mendedahkan bahawa 4 hari sebelum dari tarikh dia membuat laporan polis, dia mengaku di hadapan mahkamah mengadakan perjumpaan dengan DEWA tertinggi dalam negara. DS Anwar dalam satu kenyataan yang direkodkan hari ini berkata yang dia bersyukur kerana pengakuan itu dibuat oleh Mat toSEYFULLBAUKARI dalam tirai mahkamah dimana perjumpaan itu dilakukan pada tarikh 24 Jun 2008 di kediaman DEWA Jalan Duta yang masa itu dia berstatus timbalan kepada mahaleLAH. Bukti ini akan lebih menguatkan lagi hujah peguam Karpal Singh untuk melibatkan DEWA tersebut dalam satu lagi konpirasi peringkat tertinggi terhadap DS Anwar sebagaimana yang terjadi keatasnya pada tahun 1998. Tambah Mat toSEYFULLBAUKARI sesudah dia berjumpa dengan DEWA terbabit, pada sebelah malamnya dia telah berjumpa dengan seorang pegawai keselamatan berpangkat 3 ketul atas bahu untuk mengadakan perbincangan sebelum membuat laporan polis. Lihat disini.

Woiii, Mat toSEYFULLBAUKARI !!!
Apakah engkau berasa besar hati dengan pendedahan engkau ini untuk mengaibkan seseorang yang pernah meringkuk dalam penjara hanya kerana buku 50 Dalil itu???
Apakah tidak cukup tempoh birai besi yang dijalani oleh seorang Anwar atas perlakuan yang langsung tidak ada kebenaran dahulu???
Apakah dendam engkau sebenarnya terhadap seorang Anwar dan berapa pula bayaran yang engkau perolehi atas konpirasi yang dirancang sekali ini???
Apakah ISLAM yang engkau pelajari itu mengkehendaki bahawa si penuduh yang membuat sumpah mubahalah tanpa perlu mengemukakan 4 orang saksi yang bersih dari sifat fasik di muka pengadilan???
Jika ianya perlu untuk melakukan sumpah mubahalah, mengapa pula engkau tidak menarik semula laporan polis yang engkau buat pada 28 Jun 2008 memandangkan keperluan bersumpah sahaja tanpa mengemukakan saksi???
Dan apakah sumpah engkau itu terpakai, memandangkan imam masjid yang bersaksi di hadapan engkau itu sendiri membuat pengakuan umum bahawa dia diperalatkan sesudah menikahi satu pasangan di masjid yang sama???
Kenapa pula engkau membuat sumpah mubahalah itu sejurus selepas penamaan calon dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Permatang Pauh sekitar Ogos sedangkan laporan polis dibuat pada Jun???
Apakah pengakuan engkau ketika disoal oleh seorang peguam BUKAN ISLAM bahawa engkau seorang umat ISLAM yang taat sehingga tak mandi junub sampai melewati banyak waktu solat itu boleh meyakinkan orang ramai??? Hakk, Ptuihhhh..........
Mengapa kenyataan DEWA engkau sebelum ini yang mengaku tidak pernah kenal engkau tetapi engkau pula mengaku ada berjumpa dengan DEWA itu di kediaman Jalan Duta???
Apakah engkau sengaja mereka-reka cerita untuk mengaburi rakyat Malaysia atau sebenarnya engkau ada membela hantu raya bagi perjumpaan dengan DEWA itu???

Itulah sebahagian dari sekian banyak persoalan yang berlegar-legar dalam minda seluruh rakyat Malaysia berhubung dengan peristiwa yang sedang melanda dalam negara. Sesungguhnya keupayaan DS Anwar dalam menghadapi pelbagai situasi sukar dalam hidupnya langsung tidak pernah memadamkan semangat beliau untuk terus mengadakan perjumpaan dengan rakyat khususnya di perkampungan kecil kawasan KemPAS baru-baru ini walaupun terpaksa berhadapan kesukaran melawan sekatan jalanraya yang dilakukan oleh barua pemerintah. Semoga semangat DS Anwar ini mampu diserap dan dihargai oleh seluruh pejuang-pejuang kebenaran dalam negara untuk terus memantapkan lagi perjuangan ke arah sebuah negara berkebajikan. Semoga ALLAH terus mendedahkan kepada rakyat mengenai sikap sebenar parti pemerintah paksi kezaliman ini agar minda mereka tidak terus dikongkong dengan pemikiran thogut.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment