Monday, May 17, 2010

8-3, Tsunami Politik Masih Berarus Membadai....

Tercatatlah sudah bahawa suatu ketika dahulu, sebuah kubu kuat parti pemerintah yang sangat zalim terhadap rakyatnya mampu diruntuhkan dengan menghimpun kekuatan para pendukung pihak kebenaran dalam menyampaikan ketidakadilan parti pemerintah tersebut. Sibu yang bersejarah pada tanggal 16 Mei 2010 akan tetap abadi sebagai kenangan paling indah buat para pejuang semua kerana tanpa menghirau segala tohmahan dan celaan puak pezalim saban hari di kacamata televisyen dan akhbar pengampu, mereka terus berjuang dalam serba kekurangan pendengar dari kawasan luar Sibu untuk melawan dakyah pezalim. Sekalung tahniah kepada pejuang Pakatan Rakyat yang berpayahan melawan arus semasa berada di sana memandangkan kekuatan Pakatan Rakyat bukanlah dari negeri-negeri di kepulauan Borneo dan mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk tiba ke Sibu. Sesungguhnya kehadiran mereka bagi membantu pergerakkan penerangan kepada pengundi-pengundi itu membuahkan hasil lumayan dengan pengisytiharan kemenangan buat DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dengan menumbangkan keegoan parti pemerintah zalim yang masih takbur hasil kemenangan sementara di Hulu Selangor. Kepenatan penulis dalam mengharungi tempoh berkempen semasa di Hulu Selangor kini sudah berbaloi serba sedikit dengan keputusan yang dicatatkan di Sibu dimana kedua-dua kawasan adalah lubuk tuaian undi buat parti pemerintah zalim sejak sekian lama.

Tetapi fakta mengenai tsunami politik di Malaysia nyata masih berarus untuk membadai pihak kezaliman semenjak dari keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak dahulu lagi yang menyaksikan gabungan pembangkang adalah seramai 9 orang, meninggalkan parti pemerintah zalim memerintah dengan 62 orang. Walaupun pada hakikatnya wakil mereka dalam sidang DUN Sarawak ini meningkat seorang berbanding 61 yang dimenangi pada 2001, tetapi peratusan wakil yang mereka miliki adalah berkurangan kerana pada 2001 mereka menang 61/62 kerusi DUN sedangkan pada 2006 mereka menang 62/71 kerusi. Ini jelas terbukti bahawa konsep TEORI DOMINO dalam penolakkan pengundi ke atas parti pemerintah berpaksi kezaliman sebenarnya bermula dari SARAWAK pada tahun 2006, dan bukannya dari Semenanjung seperti yang diketahui berlaku pada PRU 2008. Dalam satu ucapan yang didengari penulis mengenai sikap orang di Sarawak yang cuping telinganya mencecah hingga ke pusat, apabila kita menerangkan untuk mengundi parti selain dari yang dominan sekian lama mereka tidak mengetahuinya tetapi apabila disebut nama ANWAR IBRAHIM maka mereka sebulat suara mengatakan bahawa ANWAR adalah orang BAIK. Amat memualkan bagi kita yang kononnya mengaku 'celik' ini tetapi tidak melihat kebaikkan yang ditampilkan oleh DS Anwar Ibrahim sedangkan penduduk di sebuah kawasan yang mundur (mundur kerana pemerintah negeri sejak sekian lama memerintah tetapi tidak mampu menyediakan kemudahan asas yang baik untuk rakyatnya sedangkan negeri kaya) itu sudah terbuka mindanya untuk cenderung berubah memilih kebenaran yang disampaikan melalui calon Pakatan Rakyat.

Memang benar bahawa dalam satu pilihanraya kecil yang diadakan pada April 2009 di Batang Ai dahulu telah dimenangi oleh calon mewakili parti pemerintah zalim, tetapi harus diingat bahawa waktu itu ia diadakan serentak dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau di Semenanjung. Sambil dilihat dalam pilihanraya Batang Ai itu sebagai kemenangan percuma yang Pakatan Rakyat lepaskan kerana sibuknya pimpinan atasan mempertahankan Bukit Gantang dan Bukit Selambau, namun calonnya dari PKR juga tidak berkurang sokongan dari pengundi. Inilah yang disebut bahawa kepimpinan melalui teladan apabila melihat ketelusan dan adilnya pemerintahan kerajaan Kelantan dibawah kendalian Tok Guru sekaligus membuka minda pengundi bukan ISLAM untuk menyahut perubahan menolak parti berpaksi kezaliman.

Jadi, siapa kata HUDUD tidak sesuai untuk zaman ini dan dalam negara ini yang terdiri dari berbilang kaum dan anutan?????
Jika inilah yang terus kita perolehi dalam mana-mana pilihanraya dimana pengundi bukan ISLAM boleh mengundi calon orang ISLAM berbanding calon parti berpaksi kezaliman yang bukan ISLAM, adakah ini bermakna mereka tidak percaya dengan keADILan ISLAM?????
Bangang sangatkah pemerintah ini sampai masih nak nafikan keADILan ISLAM terhadap semua kaum dan anutan?????
Kalau bangang sangat pun, tak bolehkah kamu mendengar penghujahan dari kami yang dari dulu konsisten mahu menegakkan hukum ALLAH di negara ini?????
Apakah Pak Mau Ufti kamu pun turut bangang sehinggakan terpaksa bersetuju dengan fahaman sesat kamu itu?????
Masih tak sedarkah kamu yang rakyat kini sudah tak bodoh sebagaimana yang kamu bodohkan setiap hari di televisyen dan akhbar pengampu kezaliman?????
Jatuhkah darjat kamu apabila mendengar keluhan dari rakyat jelata melalui tusukan ke sanubari mereka tentang keperitan dan kepayahan mereka?????

Terang lagi bersuluh apabila keputusan dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Sibu ini membuktikan bahawa kempen ganas yang diamalkan parti pemerintah berpaksi kezaliman sebagaimana yang diperbuat dalam pilihanraya Bagan Pinang dan Hulu Selangor sudah tidak lagi relevan. Mungkin amalan haprak itu kiranya relevan diamalkan di kawasan yang majoriti melayu memandangkan mereka agak sukar berfikir secara matang kerana kitab yang dipegangi adalah akhbar pengampu dan siaran berita televisyen penipu tetapi untuk kawasan yang majoriti adalah pengundi CINA, ianya menunjukkan parti pemerintah zalim mendukungi keganasan seperti yang ditonjolkan itu. Semoga tsunami politik yang melanda negara semenjak Pilihanraya Negeri Sarawak 2006 itu akan berarus deras sekaligus menghantar Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya pada PRU ke-13 kelak. Semoga kita pendukung-pendukung agama kebenaran ISLAM akan terus istiqomah untuk menghadapi segala asakan dari pemerintah zalim dan merapatkan ukhuwah sesama sendiri dalam berganding bahu mentadbir Putrajaya.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment