Tuesday, May 18, 2010

MAHADEWA Dan Timbalannya Saling Bercakap Merapu...

Diibaratkan seolah-olah jerangkung berkata lain dan hantu raya berkata lain. Namun matlamat mereka tetap dilihat sama iaitu untuk menyesatkan manusia sehingga ke akhir zaman. Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Sibu telah berakhir dengan kemanisan untuk pejuang Pakatan Rakyat tetapi cakap-cakap mengenai kesilapan dan penolakkan rakyat terhadap parti pemerintah berpaksi kezaliman masih kedengaran disana dan disini. Pelbagai tohmahan dan kejian dihamburkan kepada perayu undi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ini dengan dikatakan memainkan isu sensitif bagi meraih sokongan dari pengundi di Sibu. Tanpa melihat kepada kepincangan yang sedang berlaku dalam kempen ganas mereka dan kepimpinan negeri yang sudah terlalu lama memerintah secara kuku besi, mereka nyata tidak mengambil iktibar langsung terhadap kekalahan mereka dalam 8 pilihanraya kecil lalu. Sudah tidak wujud istilah post mortem dalam parti mereka bagi mencari kesilapan yang dilakukan sepanjang tempoh berkempen selain dari menuding jari kepada parti lawan yang menyebabkan kekalahan mereka. Tidak dinafikan bahawa kekuatan Pakatan Rakyat adalah asas kukuh penolakkan besar-besaran rakyat terhadap kezaliman yang disajikan sepanjang tempoh 64 tahun kewujudan mereka tetapi yang membingungkan adalah mengapa harus mereka tidak mengkaji kelemahan yang berlaku sama ada ianya merupakan krisis dalaman mahupun peringkat nasional. Tanpa perlu melihat kepada kekuatan yang ada kepada parti pemerintah berpaksi kezaliman ini yang menggunakan seluruh jentera penerangan untuk menyampaikan aspirasi zalim mereka, penulis sendiri mampu untuk menganalisis kelemahan yang wujud dalam Pakatan Rakyat untuk dibaikpulih menjelang PRU ke-13 bagi menawan Putrajaya dengan berkat ALLAH.

Apabila sebelum dari berakhirnya tempoh berkempen untuk meraih undi di PRK Sibu, MAHADEWA telah membuat janji kepada seluruh pengundi bahawa janji kemenangan calon mereka akan disertai dengan PROJEK TEBATAN BANJIR BERNILAI RM5 JUTA. Walaupun mereka seringkali menyalahkan pemerintahan Tok Guru yang didakyahkan sebagai gagal mentadbir kerana tidak mampu menyelesaikan masalah banjir di Kelantan tetapi dengan segala kesempitan dan kekangan kewangan dari pemerintah zalim pusat, Tok Guru dilihat sebagai sangat berjaya memerintah berbanding dengan pemerintah negeri Sarawak yang memerintah sejak sekian lama dan sangat kaya berbanding Kelantan namun tidak mampu untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu. Tanpa perlu berjanji untuk meraih undi di Sibu, mereka sepatutnya sudah menyelesaikan masalah terbabit sejak sekian lama bagi menyinambungkan rejim mereka.

Namun selepas dari saatnya pengumumkan keputusan oleh pengendali pilihanraya Sibu itu, MAHADEWA dilihat seolah-olah sudah mula berdolak-dalik untuk menunaikan janjinya itu kerana keputusan tidak menghantar calon mereka ke Dewan Rakyat telah melukakan hatinya selain dari kedukaan MAHADEWI yang gagal mendakap Piala Thomas. Walaupun mengecapi kegembiraan sementara yang mereka rasai semasa memenangi Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat, namun politik dendam yang bersarang dalam lubuk hati mereka telah menyebabkan segala janji dipersetankan demi melangsaikan kezaliman yang diwarisi sejak turun temurun. Sambil menyifatkan dia sebagai jerangkung dalam pemerintahan, rupa-rupanya hadir pula seorang hantu raya yang menafikan cuti mingguan hari Jumaat untuk negeri Johor. Inilah yang penulis sifatkan dengan ayat permulaan kiriman ini apabila timbalan MAHADEWA telah mengemukakan janji untuk tetap meneruskan janji mereka kepada penduduk Sibu walaupun terpaksa menelan kepahitan. Nampak sahaja seperti cadangan timbalan MAHADEWA ini sedikit mahu mengurangkan rintihan pengundi kebenaran tetapi dengan kapasiti dia bercakap sebagai orang kedua dalam pentadbiran, apakah dia mampu menyelesaikan janji tanpa pertolongan MAHADEWA??? Lihat disini dan disini.

Sesungguhnya janji yang disemai oleh parti pemerintah berpaksi kezaliman ini adalah janji yang sangat tidak boleh dipercayai kerana banyak sudah bukti yang mampu menterjemahkan lidah mereka adalah demi memberi projek kepada kantung sendiri tanpa memikirkan keluhan dan rintihan rakyat. Tidak diketahui bagaimana dengan kehidupan rakyat yang mengundi dari kawasan Pekan dan Pagoh melainkan jika adanya pilihanraya kecil dari kawasan tersebut, maka barulah kita akan ketahui apakah masalah mereka yang sebenarnya. Semoga ALLAH memelihara iman kita semua dari terus dipesongkan oleh jerangkung dan hantu raya ini dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment