Wednesday, May 5, 2010

Tidak Hairan Setan Merah Biadap, Jika Ketuanya Begini...

Satu kenyataan bersifat kurang ajar oleh seorang yang berpangkat orang kedua dalam struktur galur tertinggi peringkat negeri Selangor parti pemerintah paksi kezaliman dimana dia memberi ingatan kepada seorang ulama' tersohor supaya tidak membawa perangai Kelantan ke negeri Selangor. Sambil ianya dilihat bahawa mempersendakan warga Kelantan seluruhnya yang bernaung di bawah panji ISLAM yang berjalan baik, ianya juga tidak mampu menggambarkan konsep yang dibawa oleh orang pertamanya iaitu menyatukan seluruh negeri dalam Malaysia memayungi 1Malaysia. Jelas sekali bahawa menteri yang selalunya bersikap egois dan samseng ini ingin menjadi pendukung penuh aspirasi kezaliman akibat dari kenyataan yang sanggup menghina janggut ulama' tersebut dengan diperkatakan bahawa janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor. Lihat disini.

Woiii Mat Tanjung Karang !!!
Samseng sangatkah engkau sampai mencabar seluruh rakyat Kelantan untuk tidak membawa perangai mereka ke negeri engkau???
Tidakkah kesamsengan Mat Derih bekas MB Terengganu, jelas diperlihatkan dengan mata tetapi kenapa membenarkan dia membawa masuk perangai busuk dia ke negeri engkau semasa berkempen di Hulu Selangor???
Mat Derih juga mengingkari arahan sultan ketika tidak diumumkan menjadi MB Terengganu selepas PRU 2008, kenapa tidak ada satu ungkapan keluar dari mulut engkau untuk mempertahankan baju kuning itu???
Apakah dengan tindakan engkau yang agresif menentang Pakatan Rakyat itu akan membuahkan hasil dan seterusnya bakal melantik engkau sebagai MB Selangor yang baru seandainya parti pemerintah paksi kezaliman kembali mendominasi Selangor???
Walaupun engkau berjaya menumbangkan rejim Mat Penyapu sebagai orang pertama dalam struktur galur negeri parti paksi kezaliman engkau, apakah engkau yakin bahawa tidak ada orang lain yang tidak bertindak seperti engkau itu???
Apakah penghinaan engkau terhadap perbuatan menyimpan janggut yang diamalkan Tok Guru itu tidak dapat diklasifikasikan sebagai penghinaan juga terhadap sunnah Rasulullah S.A.W.???
Apakah engkau berani bercakap benar tentang penglibatan adik engkau dalam kes pengedaran bahan terlarang sewaktu engkau berkuasa mentadbir Kementerian Dalam Negeri???
Tidakkah perbuatan mengeksploitasi masjid sebagai gelanggang politik di negeri Selangor itu datangnya dari parti paksi kezaliman engkau dimana majlis solat hajat dan doa selamat dianjurkan untuk memenangkan calon engkau yang bukan ISLAM di Hulu Selangor???

Begitulah yang dapat penulis coretkan tentang seorang yang terlalu yakin bahawa dia adalah calon yang paling layak memerintah negeri Selangor andainya diizinkan mereka kembali menakluki pentadbiran dalam pilihanraya umum akan datang. Sikapnya yang keterlaluan dalam mempertahan kebiadapan politiking telah mengundang perasaan benci kebanyakkan rakyat terutamanya dalam negeri Selangor sehinggakan tumbangnya rejim pemerintahan Mat Penyapu pada pilihanraya umum 2008. Ingatlah wahai Mat Tanjung Karang bahawa ego kamu itu hanyalah bersifat sementara sahaja. Lihat apa yang sudah terjadi ke atas Mat Derih yang dihina sebegitu teruk sehingga ada yang melabelkan dia dengan Mat Stadium Runtuh semasa kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Kamu mampu menyerang seorang Tok Guru tetapi kamu takkan mampu menyerap tekanan dari seluruh rakyat yang mengundi kamu kerana kasihnya mereka terhadap Tok Guru sebagaimana mereka kasih kepada Rasulullah S.A.W.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment