Saturday, May 1, 2010

Bukti Pemerintah Zalim Berkempen Sebelum Dari Sepatutnya....

Haprak lagi menghaprakkan apabila secara jelas membuktikan bahawa berlakunya pelanggaran dari sudut berkempen semasa pilihanraya dilakukan oleh parti pemerintah berpaksi kezaliman. Belumpun sampai seminggu kita berpenat lelah melawan hujah yang isunya ditimbulkan menjelang pilihanraya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor, hari ini kita sudah mampu melihat penyalahgunaan kuasa yang diperuntukkan ke atas sesebuah pertubuhan politik yang bertanding secara pilihanraya dalam negara. Nyata sekali segala jentera akan dipergunakan oleh parti paksi kezaliman pada pilihanraya kecil kawasan parlimen Sibu ini memandangkan peratusan pengundi yang merupakan majoriti adalah dari kalangan kaum yang tidak menyokong mereka dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Walaupun kelihatan gah seperti gergasi sebagaimana yang kita saksikan dalam kacamata peti televisyen, namun hakikatnya mereka saling tak ubah seperti ketandusan idea untuk berperang secara sihat dengan parti yang diasaskan menyatu dalam Pakatan Rakyat. Atas desakan inilah yang membuatkan mereka sanggup melacurkan segala apa sahaja jentera berkecenderung menerima sumber kewangan dan manfaat dari kemenangan sementara mereka. Lihat disini.

Namun apa yang lebih disesalkan ialah kita melihat dalam isu ini sebuah badan yang diasaskan untuk melancarkan perjalanan pilihanraya dalam negara hanya berpeluk tubuh dan langsung tidak melakukan apa-apa tindakan dari menyanggahi salahlaku dewa dan dewi tertinggi dalam pemerintahan negara. Nampak secara jelas dan terang bahawa pengendali pilihanraya yang sepatutnya menjadi pengadil sudah berpaling tadah dan menjadi sebuah pengtidakadil dalam pertandingan sesebuah pilihanraya di Malaysia. Walaupun dewa tertinggi itu dikhabarkan melawat ke kawasan parlimen Sibu atas kapasiti dirinya sebagai DEWA, namun penulis yakin sekali bahawa kunjungan dia ke sana adalah untuk memancing undi penduduk di sana sama seperti yang dilakukannya ketika melawat Hulu Selangor minggu lepas. Tidak mungkin seorang berpangkat dewa akan melakukan kunjungan ke sebuah pedalaman bernama Hulu Selangor beberapa kali melainkan untuk menabur janji dan meraih sokongan berbentuk undi.

Bercakap banyak pun tiada gunanya kerana jentera yang dikuasai oleh mereka adalah kuasa tertinggi dalam mengendali pilihanraya iaitu pengtidakadil, maka apa yang mampu terbuat oleh kita sebagai pendukung aspirasi Pakatan Rakyat ialah menerangkan bentuk kezaliman bermaharajalela dalam negara. Cuma diharapkan dengan cara ini sahaja yang mampu menyekat parti paksi kezaliman dari mencapai kemenangan pada pilihanraya kecil kawasan parlimen Sibu kelak. Kita tak mampu untuk mengupah pemuda tahan lasak seperti yang mereka pergunakan dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang dan Hulu Selangor tetapi kita ada kekuatan dari segi berhujah. Jika mereka tidak mengambil iktibar dari kesilapan lampau dan terus-terusan menghantar pemuda tahan lasak ini ke Sibu, maka mereka seperti menjerut leher mereka ke tali gantung tajaan pengundi Sibu kerana pengundi di sana adalah majoriti bukan berbangsa melayu. Dan sefaham penulis, pengundi Cina ini amatlah tidak menyukai budaya keganasan dan kebingitan yang selalu dilakukan pemuda upahan parti paksi kezaliman ini. Mereka seluruhnya adalah bangsa yang celik dan berpelajaran dalam menilai aksi dan tingkahlaku dimainkan oleh pendukung parti yang bertanding. Semoga ALLAH mengizinkan kemenangan untuk parti yang memperjuangkan kebenaran dalam pilihanraya kecil Sibu ini berkat dari usaha tidak jemu dari seluruh pendukung Pakatan Rakyat.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment