Tuesday, May 4, 2010

Berkurangkah Indeks Rasuah Dalam Negara...???

Tanggal 3 Mei 2010 adalah merupakan detik yang bersejarah buat seorang Mat Opportunis yang merupakan bekas ketua buangan Angkatan Muda Keadilan apabila kenyataan pengampunan dia yang disebarkan melalui akhbar arus perdana telah membuahkan hasil dimana dia dilantik oleh pemerintah menjadi wakil kezaliman ke Dewan Negara. Senator Mat Opportunis ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan telah menyatakan bahawa dia berhak untuk mewakili partinya yang berpaksi pada kezaliman lantaran kegagahan dia yang menjadi hero dalam membendung kes rasuah peringkat tertinggi pentadbiran negara. Kebersamaan dia dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi membasmi rasuah (GERAK), telah membuahkan hasil yang lumayan buat negara kerana banyaknya kes rasuah yang berprofil tinggi telah dilaporkan ke pihak berkuasa tanpa pendakwaan. Lihat disini.

Woiii Mat Opportunis !!!
Apakah sumbangan engkau dalam membasmi rasuah dalam negara???
Tidakkah sebuah badan antarabangsa yang menyukat indeks rasuah Transparency International, meletakkan Malaysia berada di tangga ke-56 dan ianya semakin meningkat setiap tahun??? Lihat disini.
Jika engkau betul-betul memerangi rasuah, kenapa kedudukan negara ini setaraf dengan negara dunia ketiga dan langsung tidak menunjukkan apa-apa perubahan ke arah menuju negara maju???
Mampukah engkau mengemukakan kes rasuah berprofil tinggi yang berjaya engkau laporkan ke pihak berkuasa dan memenangi kes tersebut selepas pendakwaan???
Apa pula yang terjadi dengan kes-kes rasuah ikan bilis yang berlaku dalam negara???
Apakah engkau memilih bulu dalam melaporkan kes-kes rasuah yang berlaku dalam negara???
Tidakkah pula tindakan engkau itu akan menjejaskan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa???

Pejam celik pejam celik, lihatlah kebenaran yang dipertontonkan kepada kita. Jelas sekali kehadiran Mat Opportunis ini telah banyak menyusahkan sistem politik tanahair kerana cakapnya sahaja seperti deruan ombak tsunami di pantai Acheh tetapi isinya kosong tanpa ada fakta. Kononnya mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa penyalahgunaan kuasa oleh MAHAzalim, namun sekarang menjilat pula ludahnya apabila menyatu dalam parti berpaksi kezaliman. Semoga ALLAH melindungi kita semua dari terus dikelabukan penglihatan kita melihat parti kebenaran.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
TERIMA KASIH MAT OPPORTUNIS KERANA MENINGKATKAN INDEKS RASUAH DALAM NEGARA !!!

No comments:

Post a Comment