Monday, May 3, 2010

Belum Berjuang Sudah Karam....


Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Begitulah nasib seorang yang bergelar Setan Merah kerana lantaran dari kedangkalan fikiran dia untuk memahami akta hasutan dan provokasi melampau dilakukannya ke atas seorang ulama' tersohor dunia ISLAM masa kini menyebabkan dia ditahan oleh pihak berwajib. Hanya kerana keangkuhan dia yang sanggup menjalani hukuman gantung sampai mati seandainya dapat membunuh ulama' tersebut, dia kini menjadi buruan dari seluruh pejuang kebenaran dan menjadi alat kebencian seluruh umat ISLAM terhadap Setan Merah. Dan penulis berasa sangat lucu terhadap Setan Merah ini kerana beliau belumpun pernah bertemu sapa dengan ulama' tersebut untuk menzahirkan cita-cita jahanam dia tetapi sudah 'gugur' di medan neraka ciptaan parti yang mendukungi kezaliman itu. Baru sekarang dia akan mengenal apakah implikasi dari tindakannya yang cetek ilmu itu sebelum mampu merealisasikan impian setan untuk melenyapkan golongan ulama' dari memakmurkan bumi ALLAH ini. Lihat disini.

Woiii malaun !!!
Apakah engkau sekarang ini berasa aman berada dalam lindungan pihak berkuasa???
Jika engkau tidak berasa aman didalam sana, bagaimanakah engkau ingin menghadapi tali gantung yang engkau hajati itu???
Sesungguhnya tali gantung yang akan menobatkan engkau sebagai hero dalam neraka buatan itu sudah semakin hampir, kenapa engkau tidak meminta agar diperlihatkan dengan bilik gantungan itu sebelum melaluinya suatu hari nanti???
Apakah dengan ugutan engkau itu akan menggentarkan hati seluruh pendukung kebenaran ISLAM di atas pelosok muka bumi ini???
Apakah kedendaman engkau terhadap seorang ulama' tersohor itu sehingga bertindak dayus terhadap ulama' terbabit???
Tidak yakinkah engkau dengan janji ALLAH bahawa setiap zaman yang datang akan dilantik seseorang untuk bertindak memimpin dan menyatukan ummah???
Ataukah engkau sudah menganuti ajaran kerajaan langit yang diasaskan berdasarkan teori akal semata tanpa wahyu???
Atau mungkin engkau sudah mengakui ke'nabi'an haji kahak yang ditangkap dalam bulan Ramadhan pada ketika dia sedang bersarapan???

Bertaubatlah wahai Setan Merah. Penulis tidak ingin bermusuhan dengan engkau hanya kerana ugutan dayus engkau itu. Bagi kita umat ISLAM, selagi ianya tidak dizahirkan maka hukuman terhadap engkau berupa qisas tidak akan dijatuhkan. Akan tetapi ugutan engkau itu akan menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa ISLAM ini menghalalkan darah orang termasuk sesama umatnya sendiri semata-mata ingin menjadi hero dalam neraka buatan. Janganlah engkau terpengaruh dengan budaya setan yang dibawa oleh pasukan yang jersinya dipakai oleh engkau itu. Ingatlah bahawa sebagai orang ISLAM, kita mempunyai sebuah kekuatan untuk membincangkan masalah yang melanda melalui rundingan secara musyawarah. Janganlah engkau membangkitkan emosi engkau secara zahir dan diperlihatkan kepada golongan yang bukan ISLAM seterusnya merencatkan pemahaman mereka terhadap kesyumulan ISLAM. Insaflah, Setan Merah.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment