Wednesday, May 12, 2010

Konsert Gila Babi Sampai 12 Jam....

Lepas satu projek gila pemerintah, kini bercambah satu lagi perancangan menuju neraka ALLAH apabila tanggal 15 Mei kelak akan menyaksikan sebuah persembahan berupa konsert yang akan dilangsungkan selama 12 jam tanpa henti. PAS melalui Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa telah membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana mengelak dari membuat penjelasan berhubung konsert yang dijadualkan itu kerana telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert. Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi manakala bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi. Pada 6 Mei lalu, Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok dilaporkan mendesak kerajaan menjelaskan sebab konsert panjang melibatkan kumpulan daripada Barat tersebut diberikan diluluskan sedangkan kenyataan dari kementerian adalah mengecewakan dengan beranggapan kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia. Sambil mendedahkan yang antara lirik dalam lagu dipopularkan itu menggalakkan sesi melakukan perbuatan seks beramai-ramai dan penggalakkan budaya menghisap ganja dan pengambilan dadah untuk tujuan rekreasi, PAS difahamkan terdapatnya campurtangan dari Jawatankuasa Rayuan bawah kementerian dengan menggunakan kuasa veto bagi membenarkan kehadiran artis tersebut walaupun ianya sudah 2 kali ditolak.

Woiii, Pemerintah Zalim !!!
Tidak cukup lagikah kerosakkan yang engkau perbuatkan selama kewujudan parti zalim engkau dalam negara 64 tahun lampau???
Walaupun saban hari pelbagai hiburan berunsur lagha dihidangkan ke kaca televisyen rakyat, tidakkah adanya usaha engkau untuk mengurangkan ia memandangkan gejala sosial dalam masyarakat sudah membarah menjadi semakin parah???
Engkau sangat tersentuh dengan budaya buang anak yang merebak dalam negara, tetapi adakah ini usaha yang engkau lakukan untuk mengurangkan budaya itu???
Jika ceramah PAS mahupun kuliah agama yang dilangsungkan secara marathon begini, sanggupkah engkau meluluskan ia demi meningkatkan pengetahuan rakyat terhadap ISLAM???
Apakah dengan cara menganjurkan konsert yang berterusan menjemput artis luar ini akan menyebabkan imej negara di mata negara luar dipandang mulia???

Nyata sekali bahawa 64 tahun negara yang ditadbir oleh mereka telah dipengaruhi dengan budaya liar dan haprak negara penjajah durjana malahan yang lebih hina adalah konsep zionis yang sudah mula diterapkan dalam pemerintahan. Dengan bertindak menyekat rakyat dari mendengar ucapan kebenaran dan program ceramah berunsur nasihat dalam negara, konsep membutakan, membisukan dan mentulikan pemikiran rakyat adalah perlu mereka laksanakan dari membiarkan rakyat terbuka minda mereka menerima kebenaran. Semoga ALLAH tidak mengizinkan program haprak ini dari berlangsung sebagaimana program perkauman bagi memperingati peristiwa 13 Mei yang ditangguhkan baru-baru ini.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment