Thursday, May 6, 2010

Satu Lagi Projek Setan Pemerintah Zalim....

Desas desus yang bertiup kencang menjelang kejohanan bolasepak paling melekakan di dunia sedang dipertimbangkan oleh pemerintah zalim dalam negara apabila mereka sedang menimbangkan untuk memberikan lesen JUDI secara sah bagi mengelakkan berleluasanya aktiviti pertaruhan dan perjudian HARAM ke atas perlawanan membabitkan pasukan yang bertanding di Afrika Selatan. Ini dijelaskan oleh Mat Awang Liku iaitu seorang BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN menjelang Pilihanraya Umum 2008 lalu, dalam satu kenyataan atas kapasiti diri dia sebagai orang kedua dalam kementerian kewangan di persidangan Dewan Negara. Dinyatakan juga tujuan kerajaan untuk menimbangkan tawaran jahilliyah berkenaan adalah kerana aktiviti taruhan secara haram (dari perspektif Mat Awang Liku) tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Dari terus membiarkan taruhan secara haram (dari perspektif Mat Awang Liku) itu terus berlaku tanpa pengawasan kerajaan (kononnya ia dianggap ketirisan hasil dalam negara), apa salahnya jika mengambil sedikit untung dari taruhan HALAL (dari perspektif Mat Awang Liku) demi kegunaan negara terutamanya dalam aspek pembangunan sukan. Demikian menurut langkahan pertuturan Mat Awang Liku ini. Lihat disini.

Woiii, Mat Awang Liku !!!
Apakah engkau terlalu terdesak sangatkah dalam membolot segala kekayaan dalam negara sampaikan apabila sudah tidak ada sumber lain untuk ditarah maka engkau mahu menghalalkan perkara yang sudah diharamkan dalam ISLAM???
Sudah tandus sangatkah hasil pendapatan dalam negara untuk dimajukan dengan menggalakkan aktiviti gejala sosial berleluasa dari judi???
Berkurang sangatkah pegawai penguatkuasa yang dilantik untuk memantau perjudian HARAM (dari perspektif Mat Awang Liku) dalam negara sehingga mereka semua dilekakan menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia???
Ataukah engkau terlalu ingin untuk mengangkat diri sebagai pesuruh tuhan dalam neraka ciptaan parti paksi kezaliman engkau sehingga sanggup mengubah hukum ISLAM yang disyariatkan???
Tidak cukup lagikah dosa memborosi berbatang-batang cerut yang engkau hisap saban hari bernilai ratusan ringgit sehingga engkau nak tambah dengan dosa mengiktiraf perjudian sebagai cara hidup???

Nyatalah sudah bahawa parti pemerintah yang wujud di bumi Malaysia ini adalah sebuah pertubuhan yang berpaksi pada kezaliman lantaran persetujuan yang mereka capai dalam menimbangi tawaran menghalalkan apa yang sudah diharamkan oleh Rasulullah S.A.W. itu. Perbuatan berjudi tidak hanya diharamkan oleh ISLAM semata-mata malahan seluruh agama samawi mahupun budaya tidak pernah mengikitraf judi sebagai cara hidup dalam kehidupan sosial mereka kerana kerosakkan yang ditimbulkan adalah membawa kesan yang sangat dahsyat dalam menyebarbiakkan masalah yang pelbagai. Menyelesaikan masalah adalah lebih baik dari menimbulkan masalah dan penyelesaian kepada masalah haruslah lebih berhikmah dari menghadapi masalah. Semoga ALLAH tidak megilhamkan perbuatan menghalalkan perkara yang diharamkan ini ke hati-hati penguasa yang berkenaan demi mengelakkan kemurkaan ALLAH terhadap seluruh penduduk di bumi Malaysia.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment