Tuesday, May 4, 2010

Media Yang Tidak Telus....


Sebuah pertubuhan yang mengkaji mengenai kebebasan media berpangkalan dari negara Pakcik Sam telah mengeluarkan hasil kajiannya bersempena dengan Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut pada setiap 3 Mei. Freedom House yang berpusat di Washington DC adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa ini telah meletakkan senarai media bagi negara ini pada kedudukan ke-142 dari 196 negara yang dikajinya iaitu naik 2 anak tangga dari kedudukan tahun lalu. Menurut kajian yang dijalankan itu, mana-mana negara yang memperolehi 32 peratus ke bawah media yang tidak bebas adalah berstatus bebas atau free dan negara Malaysia diletakkan pada peratusan 64 mempunyai media yang tidak bebas membawa makna dua kali ganda melebihi angka yang sepatutnya kita tuju untuk menjadi bebas (bukan menjadi katak). Lihat disini.

Nyata sekali apa yang diluahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan dimana mereka telah membuat tuntutan kepada Yang Dipertuan Agung dalam himpunan BERSIH pada 2007 iaitu akses kepada media demi mengembalikan keadilan dalam sistem pilihanraya negara adalah bertepatan kerana kita sendiri dapat menyaksikan saban hari hanya sebelah pihak yang mendominasi media arus perdana sambil dinafikan hak pihak yang berlawanan arus dengan mereka. Ketidakadilan ini telah membuka ruang kepada Freedom House dalam melangsaikan kajian mereka kepada media negara kita dalam menyembunyikan aspirasi Pakatan Rakyat setiap kali menjelang pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. Pelanggaran etika kewartawanan dalam negara telah dipandang lekeh oleh pertubuhan ini dimana negara diletakkan setaraf bersama beberapa negara yang diketahui umum sebagai pendukung penuh aspirasi pemerintah mereka walaupun menelan kepahitan. Mata rakyat telah dikelabui dengan rekaan cerita yang tidak masuk akal, telinga rakyat telah ditulikan dari mendengar aspirasi pihak yang tidak sebulu dengan parti pemerintah paksi kezaliman dan mulut rakyat telah dikunci dari memperkatakan kebenaran dalam kacamata media saban hari.

Inikah yang dibanggakan oleh parti pemerintah paksi kezaliman apabila mereka memenangi mana-mana pilihanraya yang berlangsung???
Jika media kita bersikap bebas, apakah mereka masih mampu untuk menyampaikan aspirasi zalim mereka kepada rakyat???
Tidakkah juga media ini berasa hina dengan kedudukan yang dikeluarkan semata-mata mahu menegakkan benang basah ciptaan pemerintah zalim???
Ataukah mereka masih terus-terusan mendakwa bahawa kajian ini tidak telus dan berniat jahat terhadap negara sebagaimana yang dipertuduhkan ke atas Transparency International yang menyukat indeks rasuah???
Dan jika kajian ini tidak telus, kenapa harus negara jiran di Temasek yang menjadi sekutu terkuat negara Pakcik Sam juga dilabelkan sebagai mempunyai media yang tidak bebas???

Renungkanlah perkara ini dengan dalam supaya rakyat tidak terus dibutakan, ditulikan dan dibisukan dengan wang ringgit atau aspirasi yang berselindung dari pemerintah paksi kezaliman. Janganlah sampai kita melihat setiap rumah yang ada di negara ini tidak lagi mempunyai peti televisyen atau kertas suratkhabar untuk dijual timbang hanya kerana tidak ingin mendengar lagi pembohongan yang disebarbiakkan. Semoga ALLAH melindungi kita semua dari bahaya terjebak mendukungi aspirasi kezaliman yang digendangkan pemerintah.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment