Wednesday, May 12, 2010

Katak Sudah Mula Tunjuk Gigi....

Jangan disangka katak tidak mempunyai gigi untuk menggigit tuannya yang berusaha menaikkan imej katak berkenaan. Seorang katak Bayan Baru bersama seorang senator yang opportunis baru-baru ini telah mula memberikan kesan terhadap orang yang membeli mereka sebagai hamba di pasaran PKR apabila mereka kelihatan seolah-olah berkeinginan menjatuhkan reputasi seorang menteri mewakili parti pemerintah berpaksi kezaliman berhubung kritikan mereka dalam isu kerugian Pos Malaysia Berhad. Sambil disifatkan sebagai mempunyai agenda tertentu dalam menjatuhkan imej menteri selepas membuat kenyataan mengenai kerugian syarikat yang mendominasi pasaran itu melalui media massa, mereka juga dipertuduhkan kerana tidak berusaha untuk mengembalikan semula keuntungan syarikat itu yang pada masa hadapan akan diswastakan sepenuhnya oleh pemerintah zalim. Lihat disini.

Woiii, Katak-Katak !!!
Apakah agenda kamu semua untuk membuka pekung tuan kamu yang sudah berusaha membeli kamu dari pasaran PKR yang laris itu???
Tidakkah kamu terhutang budi dengan tuan kamu sekarang yang sudah meninggikan taraf hidup kamu kepada jutawan yang butawan sekarang???
Ataukah kamu belum lagi diberikan dengan ganjaran yang sepatutnya kamu perolehi menyebabkan kamu melenting terhadap menteri yang pernah menjaga kewangan negara???
Kenapa dalam kempen Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen Sibu ini kamu tidak turut serta bagi memenangkan calon yang dipilih itu sebagaimana yang kamu perjudikan dalam PRK Hulu Selangor???
Adakah kamu sudah ketandusan idea untuk mengaibkan DS Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain atau kamu memang mengambil sikap berdiam diri selagi tidak dibayar???
Ataukah kamu merasakan bahawa pengundi di kawasan Sibu ini tidak pernah mahu melayan kenyataan tak masuk akal jajaan kamu semasa di Semenanjung???

Penulis tidaklah ingin mencampuri urusan yang membabitkan percakaran dalam parti pemerintah berpaksi kezaliman dalam penulisan kerana ianya akan menyebabkan blog penulis ini penuh dengan cerita yang bercampur aduk serta tidak bermanfaat. Tetapi memandangkan katak-katak yang diketengahkan oleh parti pemerintah berpaksi kezaliman ini asalnya dahulu dari Pakatan Rakyat, maka terdetik dalam minda penulis untuk mengarang tentang segala tindak-tanduk mereka seterusnya. Semoga ALLAH menetapkan hati kita untuk terus istiqomah dalam perjuangan menegakkan kebenaran dalam negara.

ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!
ALLAHUAKHBAR !!!

No comments:

Post a Comment